Thursday, April 30, 2009 5 Comments A+ a-

Aku sayang korang semua.

Hari Tax Se-Malaysia

Thursday, April 30, 2009 4 Comments A+ a-

Aha... sudahkah anda melengkapkan, menghantar borang dan membayar tax anda? Jika belum, sila lah bergegas sebelum jam 12 malam ini.

Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cousin Nur kerana telah menguruskan segala-galanya. Saya ni taktau apa pun. Dan kepada Bik Chum yg telah membayarkan.

Makasih!!

=)



Saye baru tau akan kewujudan lagu ni. I know, I know... aku sangat slow. Sedih la lagu ni. Kalau bf bagi kat aku, confirm menangis seminggu. * Pastu aktif mencari yg lain * =P

Tido kol 3am pagi tadi, bangun kol 7.30am. Makan nasik masa lunch tadi. Sekarang layan lagu ni. Hmmmmm... kejap lagi ada yg berdengkur nih karang. Nescafe-O ais kawww kat mamak tadi tak jalan pun! Tipu!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ok, aku GAGAL lagi. Cis! Whatever lah! Confirm aku nak jadi tukang jaga Komodo kat Indonesia. Selamat tinggal.

2 Tahun Telah Berlalu..

Wednesday, April 29, 2009 3 Comments A+ a-

Tahniah kepada diri sendiri kerana dah full 2 years working for The Company. Sekarang my annual leave dah +1, effective immediately. Tapi bukan jadi 23, cuma jadik 15 je. Syukurlah, daripada Cousin Nur's friend punya company, management staff pun AL cuma 8 hari. Gila.

Incentive berbentuk duit? Tidak perlulah saya letakkan harapan walau 0.1% pun. Malah, gaji pun belum masuk lagi. Kering seakan padang pasir di Gurun Sahara.

Pengiraan tax pun telah berubah. Tahniah juga kepada diri sendiri sebab dah kena bayar. Banyak (dalam konteks orang gaji kecik macam aku nih), dan terpaksa pinjam duit Mummy. Yelah, gaji tak masuk lagi kan?

Nampaknya bank juga akan charge extra lah sebab bayar hutang lambat. Dah kena kuar duit lebih lagi tu. Cuti ke Kuantan pun nak guna duit gak ni. Eh yela, Annual Leave pun diperlukan jugak disini. * read : being sarcastic tahap dewa *

Tapi! Jangan ingat aku tak bersyukur. At least I still have a job. Dan family yg very supportive tatkala aku memerlukan. Cewah.



Video untuk hiburan. Both my uncles, yg hidup dan yg telah pergi, suka this guy. Pakcik2 yg mendidik aku dengar lagu rock.

Percutian Kuantan

Tuesday, April 28, 2009 0 Comments A+ a-

Ade sape2 pernah dok hotel kat Pantai Beserah, Kuantan tak? Apart from Swiss Garden, De Rhu & Duta Sands?

Agak2 ada tak yg < RM100 satu malam, bilik condition ok, swimming pool & betul tepi beach?

Kalau tau, terjumpa website ke, any info ke... lemme know, ok! Please! Thank you!
=D

Weekend in Surabaya

Wednesday, April 22, 2009 12 Comments A+ a-

Last weekend was something else. With the flu still attached, I made it up Mount Bromo! Using the stairs lah. Hehe.. And, I went crazy.. shopping!!

First off, Surabaya. VERY hot when we arrived. Ade (my friend yg uruskan our trip) welcomed us at the airport, with our tour guide, Wawan. Had Nasi Padang for lunch @ Silanggang Jaya Restaurant. After we dropped Ade off at the bus terminal, we headed straight to Cemoro Lawang. Halfway through the highway, we stopped by the roadside to see a village yg dah ditenggelami lava.

Ade & ayam sedap Tinggal bumbung je..

On the way naik ke Cemoro Lawang, keadaan dah makin sejuk. Pemandangan sangat cantik dihiasi kabus. Along the roadside, terdapat bunga2 yg kembang segar dan tanaman sayur - mostly kobis & kentang. Sumber pendapatan penduduk sana. It reminds me of Edward Cullen. I thought at any moment he would jump out of the mist. Heheh.. We stayed at a hostel called Cafe Lava. VERY comfy bed, bantal & selimut! And yes, superb dishes too. We had Nasi Goreng Jawa, Soto Ayam, Nasi Campur dan Potato Cheese. I had a cabin all to myself, coz one of my friend can't make it for the trip. Sangat kesian dia, ok! She had to work. Boss tak kasi cuti. Ape punye boss daa!!

Pemandangan naik ke Cemoro Lawang Pemandangan dari depan hotel

Kat sana, sunrise & sunset awal. 6am dah macam 8am. Begitu jugak bila pm. So @ 3am I was up dan mandi. Heater rosak, so mandi dengan air sejuk macam ais yg mencucuk hingga ke tulang. Best beb! Malam tu bintang penuh di langit! Cantik sangat rasa nak tidur luar je. Anyway, 4am dah naik jeep ke kaki Mt. Penanjakan. Sejuk yg amat! Bought gloves for Rp15.000 dan sewa jacket for Rp10.000. Tourist ramai sangat kat atas tu so berhimpit2 dan berebut2. Most with camera yg canggih2. Around 5am++, dah nampak cahaya oren. Tapi that morning was a bit cloudy, so sunrise tak se cantik dalam gambar yg ada di internet. Tapi memang sangat terpegun dengan kecantikannya.

Sunrise @ Bromo - Tengger - Semeru View dari dekat sket..

Then kami turun dan teruskan perjalanan ke lautan pasir. Nak naik 250 anak tangga untuk tengok kawah Mt. Bromo. Masuk je kawasan tu, kuda2 dah start kejar. Coz u have to walk from the jeep parking area to the stairs. It's about 2 - 3 km. Jauh, so we decided to naik kuda. First time for all of us! My kuda's name is Pablo. Naik tangga SANGAT memenatkan! Ada la dalam 5 pit stop kami buat. Gila tak fit langsung. But it was so worth every peluh yg keluar. The view was spectacular! Me & Ely sat at the cliff to enjoy the view, cik Linda kite duduk berhampiran tangga terlindung dari cahaya matahari yg terik-gila-walaupun-baru-pukul-7pagi.

View from the top Kawah Mt. Bromo

By 8.30am, we have reached our hostel balik semula for breakfast. I bought a souvenir t-shirt for myself and 20 keping postcards for Nur. Mahai betul budak naik motor tu bagi. Itupun dah puas aku bargain. "Nggak ada apa2 mbak, janji kita cocok!", katanya sambil mencuit aku. Ewah-ewah budak sorang nih... Hehehe.. We checked out early sbb nak pi Madakaripura Waterfall. Signboard says 5km. DO NOT believe the sign. It was more like, 105km. Tapi we didn't go in because kena panjat batu2 kat waterfall tu. Kasut licin, plus.. ada seorang lelaki sedang mandi tanpa seurat benang pun. Nasib baik dia membelakangkan kita. If not mmg histeria beb!

Lantai 2 Bersiap dalam bilik..

We headed back to Surabaya, check in hotel. Quds Royal Hotel. Paling tinggi in the area. Interior macam istana, but cuma 3 bintang aja. Makanan kat hotel tu?? Superb!!! Dan murah, of course. That evening we went to ITC - International Trade Centre. Where we had dinner @ the foodcourt and do a little bit of shopping. Kami makan Nasi Timbel. Ely kata yg kita makan tu kurang sedap, tapi try aje la. Kurang sedap pun jadi sedap giler! Pedas nak mampos. Tak lupa, Es Teler. I requested untuk tengok city centre, tapi it was too far away! Plus our driver, Toriq dan Wawan bukan orang sana. They're from Yogyakarta. So tatau jalan la. Sesat2 masuk satu taman rekreasi ni. Rupanya tempat berpacaran. Kena bayar Rp5000 sorang plak tuh! Baik berpacaran kat rumah jek. Haha.. Aku msg Ade tanya apsal tak amik org Surabaya, dia kata susah nak jumpa yg boleh dipercayai.

Nasi Timbel Es Teler

Malam tu aku & Ely takde keje, order lagi makanan. Hahaha... Room service yg murah. Kami order Fish & Chip, Pisang Keju & Air Oren. Hahaha.. Aku lupa nama air tu ape. It's a combination of orange, lime & susu. So far the best drink I've had kat sana. Semua sekali, plus tax & service charge, baru Rp71.000 kot? Rm20++ la...

Pisang Keju Air paling best

The next morning, we had breakfast kat hotel. Every single food yg ada, aku try. Air pun sama. Haha. Sedap dan portion nya banyak. Nasi Goreng, Ayam, Soup, Sayur Campur, Roti Bakar with Strawberry Jam & Chocolate Rice, Pancake, Omelette.. I ate 'em all!

After check-out, we went straight to Plaza Jambatan Merah. We read in a forum yg kata sini shopping murah. And yes, WAY TOO CHEAP to even imagine! We were expecting to buy kebaya for RM50, konon nya the cheapest lah. Sekali tu paling murah Rp35.000. Equals to RM12 lebih kurang. Sepasang kebaya. Tak gila ke? Hah.. aku ape lagik... tunjuk lah skill shopping aku. Tawar menawar, bermesra alam dengan rakyat dan akhirnya aku dapat 6 pasang kebaya, 4 helai kain batik, 4 helai baju, 1 kain lace (utk pengantin-to-be Cousin Lin) and 1 helai telekung. Lace kat sana SANGAT cantik dan murah. Aku rasa macam nak kawen jek sbb nak beli utk diri sendiri. Hahah..

Giler banyak kain! Hampir gila...
* gambar credits to Ely Yanniz *

Percaya tak, aku bawak RM500 siap tak habis. Tapi aku dapat shopping dan makan giler banyak! Beg tak cukup la, so I had to stop my shopping extravaganza lah kan. Hehehe.. Kami belanja Wawan dan Toriq @ a kedai makan. Kami bertiga had Nasi Kebuli Ayam while the two guys had Ayam Bakar. Murah gak, total dalam Rp90.000++. Sebab takut jem, so we headed to airport awal la. Sekali tu jalan tak jem langsung! We arrived 4 hours earlier dari flight. Hahaha.. Lepak2 je la kat airport tu. Tengok2 orang. Hehehe...

Nasi Kebuli Ayam Kawan-kawan di Juanda Airport

I had a wonderful time. Kenyang & puas hati. Cuma bab shopping je tak brapa puas. Should've bought more! Hahaha.. Akhir kata... THANK YOU, Air Asia. Now, Everyone can fly! Really!

=)

A Whole New Me

Monday, April 20, 2009 6 Comments A+ a-

"Maybe sebab aku dah dengar banyak experience orang, dah tau apa akan jadi next. Dah pandai sangat lah bab2 ni, so sebab tu aku tak pernah bercinta", kata aku kepada Dahlia.

Aku nak jadi bodoh.

Since aku cakap tu dengan Dahlia, I've tried to let myself fall & jadi bodoh. Aku taknak memilih. Aku taknak fikir. Aku just nak have fun dan rasa apa yg orang lain boleh rasa.

Bukannya kena kawen pun kan?

Releks lah brader!!

Mari kita tengok apa akan jadi next. Dia akan tinggalkan gf dia kah? Dating kat Koh Samui kah? Makan Nasi Padang hari2 kah? Shopping endlessly kat Vivo City kah?

And yes, aku taknak sembunyikkan sangat ape aku rasa. Kalau aku suka, aku nak confess je. Dia taknak, nasib la. Ingat, ini bukan tujuan kawen. Jadi takde nye aku nak rasa frust giler or whatever. Aku nak rasa je!!

Wish me luck ;)

Exam PTD

Wednesday, April 15, 2009 9 Comments A+ a-

Dukacita anda GAGAL ujian yang telah diadakan pada 21/2/2009.


Ok, takpe. Tima kasih. Next time aku cuba lagik. Tula aku kata, orang terrer macam Hafezh je yg bleh lulus (tapi pastu tak pegi interview) :P

Since dah fail, dengar la lagu sedih....

Happy Birthday to Me

Monday, April 13, 2009 7 Comments A+ a-

Bangun pagi, kuar dari bilik... ada Birthday Card dari Mummy on the table... * terharu giler rasa macam nak nangis *



Pastu Mummy kasi duit lagi utk aku pi buat facial, sebab muke da gatal. Tapi kedai tu busy giler dia cuma ada empty slot kol 6ptg. Mummy kata simpan je duit tu, nanti balik Muor nak buat bleh guna. Hehehe..

Makdah pun kasi hadiah gak. Mentholatum; satu baru satu lagi yg tinggal half. Aku slalu sakit2 bahu aa, kadang2 sampai rasa dia menyengat giler. So if balik Muor, aku akan meleset2 kat Makdah nak mintak sikit cream tu. Hehehe..

At the party malam tu, Cousin Lin plak bagi hadiah. Siap wrap, ok! Patung berupa kambing biri-biri betina yg comel kaler pink. Hahaha.. Excited aku, sbb dapat hadiah bersama budak2 kecik yg lain. Wak Fuad & family pun datang. So ada total of 11 kids, 1 baby and about 20 adults. Memang best!


And of course I bought myself a camera kat PC Fair. Rm490. Sony Cybershot bodo2 jek la... kalo orang tengok mesti kene gelak punye la, sbb manusia da tak pakai kot. Tak kisah la kan, janji aku bleh amik gambar. 10.1 megapixel, biler masuk pc cun gak la gambornye. * lagi2 kalau aku lah model nye. haha *

Makton bagi RM100 yg dah di convert jadi Rupiah. Tapi Makton kata jangan belikan ape2 utk dia. Tu untuk aku spend kat sana nanti. Yeay! * Saaaaaaaayang Makton! * Masa semua orang nak balik smalam, Mummy bagi aku lagi hadiah. Dalam envelope berupa wang ringgit. Peh, serious shit rasa macam nak nangis lagi. Mana la datang nye duit Mummy tu bleh kasi aku banyak2.

So cita2 aku skang, next year aku confirm akan bawak Mummy & Makton ke Jakarta. Kesian pulak tengok Mummy baca catalog yg my fren the travel agent tu bagi. Macam mana aku nak mampu support 3 orang skali ke sana? I dunno, but I'll figure it out. Whatever it takes, walaupun aku cuma boleh spend RM5 sehari.

Makdah pun kasi lagi extra RM5 sebelum balik, yg mana aku terus singgah kedai runcit beli aiskrem Magnum Almond. =P~



Dan malam tadi tengok movie (atas katil yg takde sarung dan bersepah2 seperti gambar di atas) The Notebook and fell in love lagi! Dengan Ryan Gosling. Dulu aku tengok Young Hercules sbb dia, tapi takde la sampai suke giler. Malam tadi lepas tengok dia senyum, biasa la terus cair kan.. dan love story yg best itu, mmg fall in love lagi. Maka terpaksa ketepikan Adik Nazrin dari pc fair tu. Hahaha..

Overall, a GREAT birthday weekend!

Adik oh Adik

Sunday, April 12, 2009 4 Comments A+ a-

"Ha, kak.. Maxis Broadband mau?", kata one Chinese guy yg not so cute.
"Takpa", aku reply dan terus tengok tempat lain.

30 seconds later...

"Sori kak, amik masa kejap", terdengar suara yg agak sedap menegur aku. Dalam hati dah menyampah malas nak layan. Skali aku pusing je tengok dia... terus tukar jawapan yg dah plan dalam hati tadi.
"Ye?", jawab aku sambil mata tak bekelip tengok dia, bercampur sikit2 senyum.

I fell in love~~~~~~

...for the 100th time or so, I lost count. Comel giler with a very manly voice, seorang budak who looks not more than 19 offer aku Maxis Broadband. Serious shit comel, I had to buat tak tau kat Mummy yg dah dok tarik2 tangan aku soh jalan. Hishhh peluang berbual dengan mamat comel bukan datang selalu. Biler ada, jgn sia-sia kannye.

Who the hell cares what he has to say, as long as he's cute dengan suara sedap. Eh tapi in this case I cared, actually. Sbb dah agak tensen dengan Streamyx nye servis yg lagi slow dari siput. Isk isk tak penah aku rasa sangat conscious nak becakap with a kid, tapi tadi aku rasa mcm bodo lak ckp ngan dia. And Thank You to all yg meramaikan majlis PIKOM Pc Fair tadi. Dengan ada nye korang, dapat kami berbual dengan distance yg sangat rapat dan berlanggar2 gituh.

Everytime dia explain, Mummy kata.. "takpela, taknak". Tapi dia buat tatau kat Mummy, and.. errrr... aku pun... Ekekekeke...

* Sorry Mak! *

Dah agak2 tatau ape nak tanya lagi last2 aku tanya pasal registration fee. Dia pun cakap dan cakap, last2 aku kata... "Takpela dik, I still ada contract dgn Streamyx". Pastu dia kuarkan flyer "in case akak nak baca" dan scribble down his number "kalau ada apa2 nak tanya nanti".

Dan aku beredar dengan senyuman lebar.

Ungu - Andai Ku Tahu

Saturday, April 11, 2009 2 Comments A+ a-

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku

Andai ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku
Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku

Andai ku tahu
Malaikatmu kan menjemputku
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu
Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku

Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu
Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas disurga

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu
Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu

* Happy Birthday, Jhn *

Ariel - Menunggumu

Friday, April 10, 2009 0 Comments A+ a-



Ntah. Brapa lama laaa aku nak tunggu! Da naik fed-up dah ni.

Btw Ariel, I love u! =P

Lelaki Yang Dicari Selama Ini....

Thursday, April 09, 2009 0 Comments A+ a-

Punye lah lama giler aku nak tau nama mamat nih sape, sejak filem 9 Naga kuar dulu sampai skang umat manusia dah lupa akan kewujudan filem tu, sejak lagu Menanti Sebuah Jawaban (fav Indo song ever!) dah tak lagi berkumandang di radio... at last aku tau gak nama dia sape.

Fauzi Baadila.

I love you, man. Seriously.

I mean, SERIOUSLY!!



Kalau la dia ade depan mata, pastu cakap bahasa Indonesia. Peh, turn on beb! Kalo dia pi bukak baju mcm dalam citer 9 Naga tu? (Aku tak tgk, tapi gazzette slalu tunjuk dia tak pakai baju dgn badan yg sexy) Confirm aku jadi air terus.

Malam Tadi

Thursday, April 09, 2009 2 Comments A+ a-

Balik dari tengok diaorang punya gig malam tadi, lepak2 dulu. Then ikut diaorg balik tumpang bermalam sambil menyambung aktiviti lepak. Woke up with the quiet one beside me, and the two others gelak2 sambil perhatikan kiteorg. Then one of 'em gave me the quiet guy's phone number before I went off.

Rumah diaorg ni macam kat dalam supermarket yg buruk dan tak ramai orang. Jadiknye bila aku balik tu kene lalu supermarket lah. Banyak sangat orang Myanmar, ntah kenapa. Sampai je kat foodcourt, terasa ada orang macam pegang aku lightly kat bahu. When I turned rupanya seorang lelaki sedang memandang aku with a sleazy face. Dia tak hensem, pakai spek nerd, pakai cap, badan besar2 sket dan tinggi.

Aku ni pantang biler ada orang yg tak dikenali sentuh aku. Memang akan dibenci seumur hidup. Tapi dia tu mengerikan. Dia ikut aku dekat2 cakap nak berkenalan. Scary giler. So aku lari kat sorang uncle tengah makan. Mintak tolong. Tapi lelaki stalker tu ikut gak. Aku lari lagi ke pakcik lagi sorang, tapi dia ikut gak. Then aku menjerit "Tolong!!" sekuat hati. Semua orang tengok tapi macam buat tak peduli. Stalker tetap ikut aku sedekat yg mungkin.

Aku lari ke tingkat bawah. Takde escalator plak tu, lari turun tangga. Sampai bawah, rupanya takda ruang untuk aku keluar. Bawah tu tempat jual bunga2 plastik hiasan rumah, dijaga oleh 2 org awek. Aku menggelabah mintak diaorg tolong, tapi diaorg buat tak dulik. Stalker tu sampai bawah, awek 2 org tu bleh tegur2 dia plak.

Laaaa... rupanya stalker tu mcm berpengaruh la kat situ, dan awek2 ni sibuk meleset2 kat stalker nih sebelum dia terus kejor aku. Tapi aku lari balik naik atas sambil carik jalan keluar. At last jumpa jugak. Stalker tu still ada kat blakang. Memang takot giler lah masa tu. Tiba-tiba rasa macam kena langgar dan tercampak. Tapi tak rasa sakit dan ntah kenapa aku terbang sangat lama tak sampai2 tanah. Siap aku cuba terbang sambil berlari untuk lebih cepat.

Sambil tu jugak aku dail the quiet guy punya number. Nak mintak diaorg tolong. Tapi rupanya nombor tu nombor tipu. Brapa kali call tak dapat2. Last2 biler aku landing atas tanah, aku teruskan berlari sampai la kat satu pagar. Pagar tu besar macam pagar istana. Tapi aku on the opposite side of the road, yg mana sibuk dengan kenderaan. Ada London nye bus 2 tingkat lalu. Stalker still behind me. Jantung aku da nak tercabut time tu. Seram giler. Aku kesat peluh aku dengan kain.

Habis je kesat muke, stalker reached me and at the same time ada kereta langgar aku dari belakang dan kain tu terlepas dari tangan aku.

Aku tersentak lalu terjaga. Boleh dengar heartbeat aku yg laju tuh.

***********

Menurut Islam : Bermimpi diikuti oleh orang pemuda bermakna anda akan berjumpa dengan musuh.

Menurut Barat : Ini adalah mimpi kebimbingan, kadang-kadang mimpi ini ialah ketakutan benar bahawa akan diserang atau digertak. Secara lambang, ia menunjukkan anda mencuba melepaskan diri dari situasi yang susah ataupun anda tidak menghadapi hakikat.

***********

Or maybe not to trust those "friends" of yours.

Any Plans, Babe?

Wednesday, April 08, 2009 2 Comments A+ a-

My cousins have been asking about Pikom PC Fair 2009 @ KLCC Convention Centre this weekend. Whether it's confirmed, what kinda stuff are they selling, promos and what-nots. It's not like it's their first time going to one, but to this particular event in KLCC, yes. I've been to the fair a couple of times before. There's always something to buy!



Kinda like me in Central Market. There is ALWAYS something to buy, regardless of size, prize and function. Nah, I'm not a shoppaholic. I think and calculate before I spend.

Anyway, this time around I'm gonna buy myself a camera. My second birthday gift for myself. The first is of course, Surabaya. I don't care what kind of camera I'm gonna buy, just as long as it is functional and cheap. Hehehe.. Hopefully lepas ni, no longer kena pinjam camera orang lain when I go jalan-jalan. Malu aje.

Mung is buying an external hard disk, Nur is probably surverying laptops, Midi has some things of his own to buy. Afterwards, shopping in KLCC! Oh I've missed KLCC so much. It's been months! Nak jadi penghasut (seperti biasa) to my cousins yang akan go to reunions with their school friends la, college friends la... ape2 jenis reunion la. Baju kena ada beb. Not just that, matching pants and shoes pun mesti lah kan? Hehehehe...

It's going to be one hell of a weekend, I hope. Can't wait!

Thanks, yo!

Tuesday, April 07, 2009 4 Comments A+ a-

I would like to make a shout-out to those Traffic Police officers out there who are busy organizing the traffic in KL. Hari hujan, panas terik, early morning, noon, even bulan puasa up till 7pm... they're still out there making sure the traffic throughout KL flows smoothly.

Yet masih ramai yang merungut dan mengata. Me, I just pity them. Mesti penat dan lebih tension dari kita, the normal everyday drivers.

So,
Thank you, Officers!
* With hearts flying all over, flowers, teddies and hugs *


On another note, we'll be having a birthday party this weekend. Up in Bukit Antarabangsa. My no. 5 nephew will turn 7 (on the 16th actually, but since the whole family's coming to KL this weekend...) and I will be 27.

Twenty-seven.

Nah, I'm not freaking out. I can't wait to be 30 and still single. That would be like, way cool!

Orkid lah!

Monday, April 06, 2009 0 Comments A+ a-

Early Saturday morning, an old dude stopped by our home to give Mak Ton her 6-bottles of liquid fertilizer. In his car.. peh... banyak giler orchids! All fresh and full of colors. He was supposed to sell it @ the Pasar Tani, but since all of us was busy looking thru his window, he brought 'em out.



The old dude was a family friend, who had come over a few times before to see our garden and give Mummy & Makton tips and tricks of growing orchids. Anyway, there were these 3 beautiful, uncommon orchids and everybody at home who saw it went "Cantiknyaaaa....!!!". At the price of RM35 each, Mak Ton bought all three of 'em.



With a few other kinds of orchids plus the 6 fertilizers, Mak Ton spent RM206 within less than 30minutes. The old dude gave us a free Spider orchid. It was the coolest of all.




Imagine all the flowers we'll have for Lin's wedding. With the orchids, bougenvillas and others i-don't-have-a-clue-what-they-are, pictures are gonna be awsome!!

;)

Spam Mail

Saturday, April 04, 2009 8 Comments A+ a-

Look what I just received in my email.



Tau aa perut aku beso. Takyah la nak perli mcm ni extreme! Tampo kang baru tau!

B**ch!

2 Weeks To Go!

Friday, April 03, 2009 5 Comments A+ a-

For RM450, we have ourselves a driver (cum tourist guide) and a van. He'll pick us up at the airport, then tour Surabaya city, lunch (bayar sendiri) and head towards Cemoro Lawang. On the way, we'll stop by Madakaripura Waterfall, then straight to hotel @ Cemoro Lawang.

Madakaripura Waterfall

Day 2, at 2am, we'll head up the Gunung Pananjakan for the sunrise. After that Gunung Bromo tour, then off for breakfast at the hotel. Van will bring us back to Surabaya city, check-in hotel. Then bring us here and there for shopping and sightseeing for the whole day.

All that, excluding meals and day 3. If we were to take day 3 jugak plus meal, it'll cost us RM615. Mahal. But for my tour package, I think it's an Okay price considering we'll be comfortable in a van for the 4-hour drive to/from the mountains. Sewa jeep, entrace fee semua siap lah. And since the agent is my friend, I asked him to hook us up with a young, single and pleasant-looking male driver/tour guide.

* Wink wink *

So now we sit back, relax, wait for my three friends to confirm and then start jadi ceti. Eh, but what do I do, and think about, for another 13 days?

Oh lupa. My birthday's coming up next weekend! I have to start planning on my party.

Burrrppp!!

Thursday, April 02, 2009 2 Comments A+ a-

Macam bodo2 je my cousin & I pegi makan kat Restoran Cheng Ho semalam. I checked out a website yg kata it's not that expensive, tapi bila sampai sana.. huhuh.. tetau jek la. Waiter kata portion nye besar, sbb tu mahal. So we went in jugak, saje nak try la kan.

If you're planning to have a big makan2 with the whole family, it's good if you go there. And yea, wear something nice too. Diaorg pakai meja bulat macam kat majlis2, so it's a bit awkward bila makan berdua. Menu pun menunjukkan yg dia galakkan kita datang beramai2.

We were the ugliest two inside, ok. Dengan tshirt tido, seluar track, tudung tak match + tak gosok & selipar jepun, I think we made history. Orang lelaki yg datang takda pakai round-neck tshirt. Most of'em pakai kemeja macam pegi pejabat. Orang perempuan ramai yg pakai baju formal, kemas dan cantik dipadankan dengan tudung labuci2. Bersama designer handbag besar, jangan lupa. There's one woman masuk with her daughter, maid ikut belakang. When we saw the maid, kiteorg looked at each other.

"Shit. Maid dia lagi cantik dari kita!"

I mean, seriously. Bukan la rupa paras (we have to give ourselves some credit gak kan..), but gaya.

We ordered a set for 1-3 persons, at RM69.90. Nasi putih + 4 dishes + chinese tea (bottomless). And I tell ya, 4 orang makan pun boleh, ok! Banyak. And both of us had to stuff ourselves sampai nak muntah. Bayar 70ringgit tu, takkan taknak habiskan!

Anyway, makanan sedap. We had sweet & sour chicken, sotong butter, tofu masak ape ntah, and kangkong belacan. Semua sedap2. Kiteorg tak amik gambo pun sebab segan. Last night memang full house. Kiteorg sampai awal, around 8.30++ masih banyak empty tables. By 9, dah full... then siap ada yg beratur tunggu giliran kat luar. Peh.

Service charge RM3++, so our bill totaled up to RM73++. For two REALLY stuffed ugly customers, I think it was not bad at all. The portion and price of food is almost like Cozy House. Sedapnya maybe sama gak kot. Maybe next time nak berjumpa ramai2, bleh la ke situ. The place is in Wangsa Maju. Blakang Care4. Parking banyak sebab that area masih banyak empty shoplots.

And now I'm broke. So no food for me until the end of the month.

Becoming Stupid

Wednesday, April 01, 2009 1 Comments A+ a-

Scabbers : Ok yg ni RM8. Yg ni plak RM6. Jadik 8 + 6 = 12.

* Terbeliak mata my cousin *

Cousin : Ha?! Ape kata tadi 8 + 6??

Scabbers : Errr... (dah cuak sbb confirm jawapan salah) Tadi cakap 12.

Cousin : 8 + 6 = 14 la!!!

Dan kami gelak guling2 sambil dipandang oleh adik2 Sushi King.