Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

I Heart JB !

JB is the best during Ramadhan month, dudes! Seriously. The food! OMG, the food! Tak sempat pulak nak amik gambar all the delicious food we had. Sibuk makan lah katakan...

Oh btw, Friday aku bukak posa dgn classmate aku kat kolej dulu. Kenny Rodgers @ The Mall. Mummy didn't seem to mind aku sampai rumah at midnite, just because I had a date with a single guy who has a stable job and a similar backgrouond. Oh Mak.

Anyway, Saturday we went to Xtra. My ultimate favorite pasar Ramadhan in JB. Almost as big as Putrajaya, only pilihan makanan dan tahap kesedapannya lebih best. Makanan wajib - Kacang poll, chocolate cake, caramel & ABC lumayan. Tapi baru 1 pasar dah penuh boot kereta aku. Lepastu ke Kg Melayu Majidee pula. Makanan wajib - Nasi kerabu & popiah goreng. Sama juga la dengan Xtra, by the time kuar dari pasar, tangan dah merah angkat plastik beg.

Bukan cuma 2 tempat, malah kami lalu depan gerai2 di depan rumah Manpik, di JP Perdana. Takda yg nampak menarik pun, lalu kami meneruskan perjalanan ke Setia Indah. Beli air, tapi gerai nya sikit sangat dan makanan tak menarik.

Malam tu kami ke Carries, atas permintaan saya. The last time I went there was like, 20 years ago. Seriously. Menarik juga mall tu, sebab Metrojaya nya banyak pilihan. I fell in love with a Sisley handbag yg ada 40% discount. Tapi tak beli dulu, kena bajet & fikir macam2. Mall dah nak tutup, kami ke Coffee Bean. Sedang Cousin Nur & I meng-order makanan, kami terdengar Mummy & Makton berbual2. Then Makton called out my name.

Aku toleh.

Ada seorang pakcik. Rupanya dia adalah bapa Ahmad. Eh, excited aku masa tu! I missed him very much (Ahmad, not the father ok), lama sangat tak contact. Then bapak dia blah, tetiba ada 2 org budak yg menyerupai Ahmad masuk. Makton tegur, tanya if diaorg anak pakcik tadi. Diaorg kata ya. Then Mummy tanya diaorg tu yg sulung dgn yg bongsu ke. Dan yg lelaki tu cakap ya, dia bongsu. Then Mummy tanya, tak kenal aku ke? Dia tengok aku dia tanya, "Jaja ek?" (Jaja tu my best friend in school, and his college mate in MMU) Hahaha.. tak kire lah dia ingat aku Jaja ke sape . Janji aku dah jumpa balik Ahmad!

Excited giler ok! He looked so young. Dapat la sembang2 jap citer pasal update masing2, then mak dia pulak datang sembang2 dgn kiteorg. Last2 exchange numbers & balik. Hehe..

Sunday pulak seperti the years before, kami ke Angsana - the best place in JB to do your hari raya shopping. Baju, tudung, hiasan rumah, kuih-muih... mewah! Tak habis kat situ, kami ke Kotaraya untuk membeli Halwa Maskat yg katanya sedap dan tiap2 tahun juga beli kat sana. Mall tu tak se-best Angsana, tapi ok la when it comes to pilihan kuih-muih. Semua orang dah penat, tapi aku blom puas hati sbb tak dapat beli handbag. So kami ke Danga City Mall nak tengok2 Metrojaya nya. Banyak handbag! Tapi takda satu yg melekat di hati. Cuma beli seluar tidur yg comel.

Seluar tidur saya - with balls

Bik Kaseh called saying dia masak stew & mee goreng. Tapi Yati stopped just outside Kotaraya untuk beli lauk2 masakan kelantan. Sedap jugak. Singgah Xtra lagi untuk beli jelaburan (kuih-muih dan minuman). Kacang poll lagi! Hehehe..

Semua orang dah nak pengsan, tapi aku nak patah balik Carries beli the Sisley handbag which by the time aku dah takleh lupa & had to have it! Mummy ikut, dan bagaikan jodoh, dapat parking betul depan pintu masuk. Sampai je kat handbag tu, ada kakak salesgirl yg membantu dengan baik sekali. Makanya, I bought the bag! Yeay!!!

My 40% discount handbag

And now I'm happy. I heart JB. =)

Berbuka Pada Hari Biasa

Hari : Khamis
Lokasi : Old Town White Coffee Danau Kota
Turut Hadir : Munah & me
Tujuan : Tiada.

Just because the exit on DUKE (to Ampang) is wayyyy congested, I took the exit to Gombak. Apa agaknya berlaku di Ampang ya, jem start from Wangsa Melawati. Gila.


Hor Hee & Asam Laksa, Ais Limau

Munah with her traditional Asam Laksa & ais limau, and I tried a new set of menu for Ramadhan. Hor Hee, tembikai susu pudding, kurma 2 bijik, 2 popiah sayur, 1 samosa kari & sirap bandung cincau. The set costs RM11.90, which is an okay price to me. Semuanya sedap.


Set Ramadhan & trademark roti yg dah kene makan oleh saye

Lepas our main course, we ordered our favorite Kaya & Butter Toast, dan blackcurrent smoothies. Syiok!


Kesimpulannya

Satu je yg mengecewakan... Adik melayu yg comel keje kat situ takda. It's been months since I last went there, so aku tatau la dia da berhenti ke apa. Maybe baru kene panggil masuk Uni kot. Hehehe..

Berbuka over the Merdeka Weekend

Day : Saturday
Location : Wong Solo, Ampang (again!)
Turut Hadir : Mummy, Makton, BikMuna, Dina, Hani, Nurin & me

Cumi goreng tepung & Ayam penyet


Empal sapi , Pecel lele, Gado-gado & Siakap masam manis

Kami order Surabaya Set 4 (utk 7 orang) - Nasi putih dan air mineral 600ml each, ayam penyet 5 ketul, siakap masam manis, tahu & tempe goreng each. Ditambah dengan gado-gado, empal sapi (daging yg sedap giler tu), cumi (sotong) goreng tepung, pecel lele (keli goreng) dan mee goreng. Malangnya mee goreng datang lambat, tangan dah kotor dan tak sempat amik gambar. Kene ngap bersih semuanya!

Oh tak lupa juga, kami ke Taman Melawati untuk membeli kuih-muih untuk makan malam dan sahur. Aduhai, seronok nya suasana dan makanan-makanan yg ada! My favourite pasar Ramadhan in KL! Hehe..

Day : Sunday
Location : Home sweet home
Turut Hadir : Mummy, Makton, Dina, Nurin & me


Pelbagai jenis air, makanan dan kuih-muih


Pudding & stew kegemaran from Makton
(please excuse periuk yg tak kemas itu)


We went to Setiawangsa quite early, around 4pm, kedai2 tak banyak yg dah bukak. Tapi macam2 gak hasil pembeliannya! Then headed to Putrajaya to check out the pasar Ramadhan punya scene yg ramai orang kata best. Dan ya, memang best. Sebab BANYAK SANGAT stall jualan. Sampai nak putus jari kami mengangkat barang-barang. Boot kereta kelisa yg comel saya tu pun padat jadinya!

Day : Monday (Selamat Hari Merdeka!)
Location : Rumah Munah
Turut Hadir : Mummy, Makton, Makdah, Paktan, Munah, Nur, Dina, Nurin, Fatin, Syahmi & me.


Tuna pie, kuih sagu, cekodok, potato salad & tomato salad
(entah ye ke tidak nama nye. main hentam!)



Ikan kicap, sambal udang, macaroni & cheese, steamed chicken wing & others
(maafkan gambar yg menggigil itu. saye dah tak tahan tgk makanan!)


Makton masak lauk ikan kicap, sambal udang & jemput2 pisang. Munah, the tuan rumah masak masakan omputih which I am not sure of. Like Mum always say, "Eat, don't ask". And so I did. So dua hari aku makan ayam. Seketul yg kecik je sehari. Hahah. Oh ya, sebelum sampai rumah Munah, singgah sebentar di pasar Ramadhan @ Danau Kota. Ramai giler manusia! Dan so far, paling ramai lelaki muda yg-kelihatan-bujang. Me likey!

Kesimpulannya, sangat kenyang! Alhamdulillah.. =)

Empat Sekawan Menyambut Hari Lahir

Perkara : Acara berbuka puasa bersama-sama, merangkap sambutan hari jadi.

Lokasi : Secret Recipe Sogo

Waktu : 6.30 - 8pm

Ahli : Dahlia, Zura (the birthday girl), Et & yours truly.

Behind the Scene : Dahlia dan kawan2 baik nya sewaktu sekolah. Dahulunya kami semua berjiran dan teman ke pejabat menaiki tren. Sekarang semua telah membuat hala tuju sendiri dan birthday girl telah pun berumahtangga.

Air sirap sejuk free

Pada jam 7, semua pengunjung diberi minuman percuma - Air Sirap. Dan juga Kurma sebagai pembuka.


Kawan-kawan

Sementara menunggu waktu, kami bercerita tentang kisah hidup masing2 dan of course lah tidak lupa juga ber posing untuk kenangan!

My meal

Saya memesan Choclate Banana untuk minuman, dan Mee Sup Daging (bukan nama sebenar) sebagai makanan. Kedua-dua nya percubaan pertama. Walaupun gambar kurang menarik, tetapi berbeza sekali dengan rasa nya. Daging sangat lembut, fishball pun ok, kuah nya sedap sekali. Disertakan sekali sambal cili hijau yg pedasnya tidak keterlaluan mahupun kekurangan. Namun begitu, minuman saya telah menjadi seperti air basi. Sangat yucky. Nasib baik ada sirap free.

Dahlia & Japanese Soba

Di atas ialah gambar Dahlia bersama makanan nya. Dia telah memesan Japanese Soba dan Jus Tembikai sebagai juadah berbuka puasa. Kedua-dua nya pun sedap, walaupun soba tu makan sayur jek takde daging. Hehe.

Kek sedap

Sebagai penutup majlis, Et telah memesan sepotong kek Butterscotch sebagai "birthday cake", yg mana hanya di jamah sedikit sahaja oleh birthday girl. Selebihnya telah dikerjakan oleh kami bertiga. Sedap!

Harga makanan saya : RM27

Berbuka di Wong Solo, Ampang

Untuk pertama kali nya, semalam saya berbuka puasa dia restoran Ayam Bakar Wong Solo di Ampang, berdekatan dengan rumah.

Kasihan kan? Walaupun dekat namun saya tidak pernah ke sana. Bukan apa, takut tak cukup duit. Hehe. Semalam berbuka dengan Dahlia & rakan sepejabatnya, Sharifah.

Mereka order Ayam Penyet dan saya order Sapi Bakar a.k.a Daging.

Set Sapi Bakar - Daging, tahu bakar, tempe goreng & sambal terong

Pengalaman kali pertama mengunyah daging di dalam mulut, terasa sungguh nikmat! Dagingnya lembut, masih panas dan ada rasa rempah yg enak sekali attach to it. Memang boleh buat orang mengidam! Which I think I already am, now.

Set Ayam Penyet - Ayam, tahu bakar, tempe goreng, sambal terong & extra sambal (RM3)

Ayam penyet nampak lazat, bersama sambal cili yg sangat pedas dan menggiurkan. I didn't rasa the ayam, tapi now dah terliur teringatkan Ayam Penyet yg sedap giler babas kat Restoran Kampung Daun @ Bandung. =P~

Minuman kami

Saya dan Dahlia adalah manusia yg tamak. Kami order 2 jenis minuman each - Jus Alpokat & Jus Mangga. Kalau jus2 tersebut tidak dibuat terlalu awal, pasti rasanya lebih sedap. Tapi kasihan juga kepada yg membuat air. Pelanggan ramai yg perlu di layan. Begitu juga dengan tukang masak. Ayam penyet telah sejuk, tapi mujur daging masih panas.

Ayam penyet kena attack dengan Sharifah

Sejuk2 pun ayam tu, still makan habis sampai ke tulang. Licin terus pinggan masing2. Contoh pinggn licin ditunjukkan dibawah:

Sangat licin pinggan saya sebab daging SANGAT sedap.

Total bill was around RM60++. I didn't see 'coz the girls paid first. Bahagian saya cuma RM22.50 untuk makanan & minuman - minuman. So kire ok lah, cheaper than Nasi Padang @ Sari Ratu or Natrabu. Tapi ni bukan masakan Padang, penyet asal Surabaya kan?

Apa pun, conclusion is.. SEDAP GILER.

Resdung

Mbak yg tolong flush out lendir from the nose last Saturday kata, at least for 3 days sejak treatment haritu kena jaga makan. Berpantang. No telor, no ayam, seafood, iced drinks, ice cream, belacan and such lah. And aku telah melakukan sebaik mungkin. Walaupun maybe ada gak la telor sbb dalam lauk da mmg masukkan kan? Dan ice tu kalo pi fast food mmg aku terpaksa. =P

And now it's been a week and I feel better. Oh, I drink a whole lot of air masak juga ok. Muka dan hidung dah kurang gatal. Terasa ringan sikit la in the head.

Setelah banyak membaca, aku dapati petua masukkan-air-dalam-hidung-dan-hembus everytime sampai ke satu2 destinasi, is the best. Dan, aku juga masih mengamalkan pantang. Terasa macam orang tua sbb minum teh-o panas. Ngga keren dong!

Aku bercita-cita untuk meneruskan kawalan makanan ni. Cuma takut Makton or Yati or sapa2 yg masak kat Muar tu kecik hati sbb aku tak makan masakan diaorg. Hmmmm... Sikit2 buat jamah ok la kot. Susah beb nak control. Udang and seafood I don't mind. Telor, ayam dgn ice cream tu! Gilaaa.....

Maka sekarang ni aku ada obsesi kat masakan Hokkien / Chinese style. Nasi putih & fish. Sometimes sweet sour, sometimes lemon, garlic-whatever... dan macam2 lagi lah. Steamed fish pun buat aku terliur skang nih.

Oh lapar! Dan wish me luck for my pantang.

Burrrppp!!

Macam bodo2 je my cousin & I pegi makan kat Restoran Cheng Ho semalam. I checked out a website yg kata it's not that expensive, tapi bila sampai sana.. huhuh.. tetau jek la. Waiter kata portion nye besar, sbb tu mahal. So we went in jugak, saje nak try la kan.

If you're planning to have a big makan2 with the whole family, it's good if you go there. And yea, wear something nice too. Diaorg pakai meja bulat macam kat majlis2, so it's a bit awkward bila makan berdua. Menu pun menunjukkan yg dia galakkan kita datang beramai2.

We were the ugliest two inside, ok. Dengan tshirt tido, seluar track, tudung tak match + tak gosok & selipar jepun, I think we made history. Orang lelaki yg datang takda pakai round-neck tshirt. Most of'em pakai kemeja macam pegi pejabat. Orang perempuan ramai yg pakai baju formal, kemas dan cantik dipadankan dengan tudung labuci2. Bersama designer handbag besar, jangan lupa. There's one woman masuk with her daughter, maid ikut belakang. When we saw the maid, kiteorg looked at each other.

"Shit. Maid dia lagi cantik dari kita!"

I mean, seriously. Bukan la rupa paras (we have to give ourselves some credit gak kan..), but gaya.

We ordered a set for 1-3 persons, at RM69.90. Nasi putih + 4 dishes + chinese tea (bottomless). And I tell ya, 4 orang makan pun boleh, ok! Banyak. And both of us had to stuff ourselves sampai nak muntah. Bayar 70ringgit tu, takkan taknak habiskan!

Anyway, makanan sedap. We had sweet & sour chicken, sotong butter, tofu masak ape ntah, and kangkong belacan. Semua sedap2. Kiteorg tak amik gambo pun sebab segan. Last night memang full house. Kiteorg sampai awal, around 8.30++ masih banyak empty tables. By 9, dah full... then siap ada yg beratur tunggu giliran kat luar. Peh.

Service charge RM3++, so our bill totaled up to RM73++. For two REALLY stuffed ugly customers, I think it was not bad at all. The portion and price of food is almost like Cozy House. Sedapnya maybe sama gak kot. Maybe next time nak berjumpa ramai2, bleh la ke situ. The place is in Wangsa Maju. Blakang Care4. Parking banyak sebab that area masih banyak empty shoplots.

And now I'm broke. So no food for me until the end of the month.