Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Meoww ~

Kuching was superb!

Hotel a bit mahal, considering takda breakfast.. but maybe cuti sekolah kan peak season, so mahal la kot. Tapi the location, tilam & katil.. sangat best. Memang puas aku qadha' tidur!

We didn't go into mountains ke rumah panjang ke... just pusing2 around town je. And I kinda like their Waterfront tu. Barang2 murah, makan pun ok la... and it's just a minute away from the opposite kampung which sells kek lapis halal & makanan yg sedap.

But the most important thing is, Kuching is filled with cute guys! If I were to move permanently there, it'd be because orang kat sana comel2 dan oh-so-friendly! And the city is surprisingly clean! Memang jauh la nak compare to KL. Even Singapore pun I saw ada sampah sikit la, sana sini.. but Kuching memang bersih gila. Thumbs up for Kuching!

We went to Pasar Satok to buy some ikan, yg kata nya glamer kat sana, but don't ask me lah. Forgot the name already. Hehe.. Saw the Sarawak Museum, but didn't go. Crossing the river was interesting. Everybody takut nak naik sampan tu. But of course lah, kita kan semua gemuk2.. dan, diaorg tak biasa kot.. orang tua & budak kecik mah. Semua muke saspen je dalam "penambang" tu. Tapi kita cross twice! 50sen je tambang per person, so we went in the morning to buy kek lapis, then again at night to check out their night scene @ the foodcourt.

Memang happening! And boy, I tell ya... cute guys really made me dizzy lah. I did NOT want to go back, but I HAD to. Shucks!!!!!!

And now, I'm in the deepest shit ever @ work. Ok, I'm going to die now. See ya in heaven.. i hope!

Ayuh Cuti-Cuti Malaysia!

Ok, Penang 31st January - 2nd February 2010 confirmed; cousins trip. Jakarta 9th - 13th April 2010 pun confirmed; family trip. If only I can get some friends for Kota Kinabalu some time in July... Hmmmmm....

Anybody? IMU reunion probably? RM98 return per person. Ok what.. very cheap one! Hehehe.. Jomla jomla jomla!!!!

Langkawi tu sekelip mata jek dah kehabisan tiket yg murah2 pada time yg best. Semuanya dah mahal. KK banyak lagi beb.. dan flight time pun best2!

Monsters Do PD

Port Dickson, 1st August 2009 - Teluk Kemang beach was under attack by 7 monsters on Saturday morning.

The 6 monsters, plus 1 taking the picture

They bought food and drinks and stayed around for a few hours for a picnic and some gruesome action in the beach. They were nowhere to be seen in the area when the rain pours down again around noon.

After an hour of peace, they were being seen again in PD area. Reported by some witnesses, they then roamed over the firehouse at Tanjung Tuan for some uphill view of the sea.

The monsters going thru the woods in Tanjung Tuan

While they were lost in the woods, people in the area can feel the grounds shaking. A witness said that they were taking pictures.

"Yes, I saw them with my own eyes! They were trying to take jumping pictures. It was ugly.", said Ali, the cleaner at the area.

Around 5pm, they were seen heading back towards Sepang, but stopped by PD Town to attack a mamak stall at the roadside.

"They ate all my cendol, ABC, rojak, cincau drinks and goreng pisang!", claimed Mutu, the stall owner. "But thanks to them, my business was really good that day. I get to close early and spend time at home with my children", he added with a grateful smile.

Port Dickson is now in peace as the monsters are gone. The people of PD can sleep soundly from now on.

Kalau Takda Duit, Jangan Ke Bandung

Factory Outlet SANGAT banyak. Jalan Dago, Jalan Riau, Jalan Setiabudi... dan pelbagai jalan lagi! Bandung memang champion dalam bab barangan branded yg tiruan, mahupun yg original tapi dah reject dan masih elok.

My favourite is Merdeka FO, opposite Bandung Indah Mall. Pakaian wanita bersaiz besar, original imported brands, sangat lah banyak dengan harga yg sangat membuatkan jantung aku berhenti. Murah!! Maka aku telah menyambar 2 pants & 2 shirts dengan harga lebih kurang RM68.


Jalan Dago memang champion lah. Berderet2 sampai tak larat nak masuk. Jalan Riau ada The Summit yg pada aku best jugak. Jalan Setiabudi ada Rumah Mode yg sangat glamour dan mahal tu. Since kami datang waktu cuti sekolah, maka manusia sangat ramai di sekitar kota Bandung.

Pasar Baru adalah satu2 nya tempat di mana kami semua mendapat hasil tangkapan paling banyak. Kain batik & telekung. Rambang mata! Murah, tapi since duit limited dan digunakan lebih kepada makan... makanya terpaksa aku menggunakan khidmat kad kredit. Terima Kasih, CIMB! =)


Kami semua orang Malaysia yg ngga banyak uang, trus hang out di mall aja. First day malam ke Cihampelas Mall, lepak dan mentakedarah kat JCo Donut. The next day, petang, lepak di Paris Van Java. Di sini terdapat 2 perkara menarik yg perlu di highlightkan:
  1. Nampak Samuel Rizal!!! Actor yg belakon dalam movie Eiffel, I'm In Love. OMG he is one VERY HOT human being! Gambar curi2 dari jauh telah diambil dari camera canggih Encik Khairul.
  1. Tengok wayang di Blitz Megaplex. Memang tak salah la dinamakan the largest cinema in Indonesia. Besar gila dan spacious, obviously! Kami menonton movie Indonesia bertajuk Punk In Love. SANGAT lucu, sampai gelak tak cukup nafas dan keluar air mata. Takda manusia yg control gelak dalam cinema tu. Semua terbahak2. Oh, kecuali Encik Khairul yg membayar Rp27.000 hanya untuk tidur. Jet lagged balik US tak habis2. Hehehe... Btw, movie tu sangat recommended ya. If korang terjumpa kat black market Msia or download online, sila lah tengok. Thumbs up!


Dari segi makanan, Indonesia memang tak kalah. Kami memilih untuk makan makanan Sunda lebih banyak. 1st day ke Karamba. Kami makan Nasi Timbel, Nasi Liwet dan Gurame kicap? Gurame tu sejenis ikan. Ape-ntah-please-dont-ask-me-nama-ikan. Two thumbs up for gurame.



The 2nd day, for lunch kami ke Kampung Daun. Terletak di kaki bukit, tempat makan adalah di dalam hut dan duduk bersila di atas bantal. Disertakan air terjun dan angin dingin... memang sangat best tempat tu. Kami order Ayam Penyet, Nasi Goreng Kampung Daun, Nasi Pepes Daun Kemangi Sambal Pete & Nasi Kukus Kampung Daun. For dessert, we ordered Surabi pelbagai jenis - pisang, pisang keju, keju & kinca. Surabi ni macam lempeng.


Malam tu kami makan di De Cost Seafood. Makanan 5 bintang, harga kaki 5. Memang betul kata2 tu. Kami berempat makan cumi (sotong) mentega, cumi sambal padang, udang goreng, gurame goreng, ikan patin stim & ketam black pepper. Pak Ade, our driver makan nasi goreng dan tahu goreng. Masing2 beserta air jus dan Aqua sorang sebotol. Nasi unlimited, selesai sepinggan kami tambah lagi. Total hanya Rp203.000, bersamaan dengan RM58 lebih kurang.


3rd day kami lunch di Restoran Simpang Raya. Makan nasi padang pulak. Sambal ijo, dendeng, alpokat... peh! Kelas giler. Murah pun ya. Malam tu kami takde duit dah. Jadi kami lepak di Bandung Indah Mall dan makan Pizza Hut sebab dia leh terima credit card. Kesian kan? Tapi bila bil sampai, tak perlu credit card. Murah je, sorang RM8 lebih kurang. Dapat sorang 4 keping pizza, garlic bread yg banyak dan secawan air berlapis, tak ingat nama. Last layer kaler pink rasa stroberi, middle layer air coke and top layer susu. Syok gak.


Penginapan pula, memang macam kat rumah. Kami tinggal di Evi Guesthouse. Ramai sangat orang Malaysia yg dok kat situ, sebab dalam forum Cari, semua promo tempat tu dan Kak Aina, orang yg bertanggungjawab book kan kami bilik dan transportation. Nyaman udara kat situ, ada kolam ikan koi dan tempat berehat. Bilik ok, selesa dan murah. Makanan breakfast pun sedap. Ibu Evi friendly orangnya, rajin bersembang2 dengan semua tetamunya. Anak Ibu Evi, Irvan, hensem ada iras Yem. Kami duduk bilik berlainan jenis. My room besar, ada 2 katil, cermin dan almari besar dan air-cond. 3 malam di sana harganya Rp600.000 iaitu tak sampai RM200. Bila dah dibahagi 2, lagi ler murah! Recommended jugak guesthouse ni sebab dekat dengan bandar.

Tapi apa je yg tak dekat dengan bandar? Bandung tu compact gila. Dekat2 je semuanya.


Tempat wisata, kami ke Tangkuban Perahu. Ramai sangat penjual barang souvenir di sana. Tapi pemandangan tak secantik Danau Toba dan Bromo. Sejuk pun tak se-sejuk. Tapi ok la. Ambik2 gambar kawah gunung berapi dan lepak2 bersembang dengan penjual souvenir merangkap cameraman.

Kesimpulannya, if tak banyak duit atau nak cari tempat yg banyak culture atau pemandangan cantik2, takyah la gi Bandung. Airport pun kecik dan sempit giler babas. Tapi untuk sapa yg iman tak kuat dan suka bershopping, atau tujuan bisnes... iya, silakan ke Bandung. Memang syok!

Hati aku, seperti biasa lah. Memang tertinggal lagi di Indonesia.

* Catatan Encik Kerol disini

Perubahan Pada Bandung Trip

Ok, ada change of plan to the Bandung trip in July.

Tak jadi pegi 3d 2n. Decided to take 4d 3n instead.

Tak jadi pakai tour guide. Just sewa bilik @ a guest house & transport for 12 - 14 hours per day. Menggunakan khidmat Kak Aina yg akan tolong membuat tempahan. Mengikut feedback dari forum CARI, Evi guesthouse tu OK. Dan setelah bersembang dengan Kak Aina, katanya ia terletak TIDAK walking distance dari bandar dan pusat2 membeli-belah. Ia berada di kawasan perumahan berdekatan dengan bandar, about 15mins away naik keta. Atas bukit la, so malam2 sejuk... takyah pakai aircond pun takpe.

As for transportation, kita akan sewa Kia Pregio yg boleh memuatkan up to 10 orang satu van. Tapi untuk keselesaan, 8 orang satu van pun ok. Pengiraan kami di sini dibuat based on 8 orang anyway.

So, dengan ada nya pertolongan dari Kak Aina ni, satu orang total nya lebih kurang RM220, inclusinve tempat tidur & transportation for 4days 3nites. Since July tu Indonesia cuti sekolah, peak season and all.. please allow your budget to expand sikit, IN CASE kena tambah beberapa puluh ringgit.

Ok, flight tix sila book sendiri ok. Arin & saya telah pun book. RM350 per person + 15kg baggage masa RETURN flight.

* Konon nak shopping la, tapi tak sedor gaknye duit tu takde. Angan2 je lebih ni! *

Kamon babes... dah dapat yg murah ni! Jom la weiiiiii....!!!!! Oh btw, Hafezh... mana kau menghilang? Kenapa tiada kabar berita? Wassap brader...

Yang dah confirm :

Adult
1. Keon
2. Wife
3. Arin
4. Saya
5. Kawan keon
6. Wife kawan keon

Kids
1. Anak kawan keon

** Nota penting: Flight tix dah naik harga!! So sape yg nak ikut tu, please book flight dulu. Tempat kan Bandung pasti ada, dun worry. InsyaAllah..


Bandung Trip in July

Ok, I have here with me.. 3days 2 nights trip to Bandung. RM390 per pax EXCLUDING meals & flight ticket. I've checked Air Asia website, the cheapest flight to BANDUNG is:

Depart
Kuala Lumpur LCCT(KUL) to Bandung(BDO)
Fri 10 Jul 2009
Depart 0940
Arrive 1045

Return
Bandung(BDO) to Kuala Lumpur LCCT(KUL)
Sun 12 Jul 2009
Depart 1525
Arrive 1830

Total 308.00 MYR

Our IMU friend, Keon, yg nak ke sana dengan wife dia. So he's looking for friends to go with, in order to get the 390 price. That is for 8 person. If lebih ramai, lebih murah.

Itinerary tidak diketahui lagi, Mr. Ade will email to me soon. Sape2 yg nak pegi, sila lah bagitau, ok! I was hoping Farah, Rahmat, Dahlia, Omar, Arin, Hafezh & family, Pizli & family, semuanya boleh pergi... tapi, I don't think so lah kan. Apa pun, you guys are definately invited. On top of the list lagi! Tapi I understand, ada anak kecik agak susah sikit la. Tapi if you don't mind.. lagi bagus.

This could be the best reunion for IMU staff! I'll send out the words to more friends, ok!

=)

* Mengikut kata Keon, kita boleh naik coaster ke LCCT yg muat 12 orang. Untuk ini, Keon ada contact nya. Fare satu coaster RM150. Itu boleh tong-tong la braderrr... kan? kan?*

To read Keon punya forum, click here.

Ok, so far.. yg paling confirm is Keon & wifey lah. Orang2 yg memberi feedback baik, tapi belum confirm:
  1. Arin
  2. Hafezh & family
  3. Dahlia & friends (tak tau brapa orang)
  4. Farah & Rahmat
  5. Amir
  6. Yem
  7. Zulkifli (kawan saya)
  8. * yours truly *
Aha... ape lagi.. dah ramai ni, makin ramai makin best! Jom Najib! Bawak family kau skali.. Jom Pizli! Bawak Liza & Umar. Oh, Omar tak tau apa status. He's in China. Aku bet dia akan ikut if ramai yg pegi. ;)

** Please confirm A.S.A.P!! July peak season! Takut flight ticket tu, and... hotel kat sana pun weekend full. So PLEASE! Confirmkan se - awal yg mungkin!!! **

Thanks, guys!! Saya sayang kamu semua. Cewah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

OK peeps, here's the itinerary:

Day 1 : Airport, lunch, shopping factory outlet, dinner, check-in hotel.
Day 2 : Tangkuban Perahu, wisata petik strawberry, lunch, hotel, lepas maghrib dinner and free program at Jalan Dago
Day 3 : Check-out hotel, pasar baru bandung, lunch, airport.

Mr. Ade kata takda apa sangat kat sana except for shopping. Ada Kawah Putih, tapi perlu jalan agak jauh it seems. Apa2 cadangan tentang places to go, please confirm kan dulu nama anda dengan saya ok. For Day 2, if ada kelapangan boleh singgah Cihampelas Walk petang sebelum balik hotel. Ingat, book flight tickets secepat mungkin. Kang habis lak kang...

** For flight info, please refer to Keon's forum **

And note to those yg nak bawa anak : Kids 50% WITHOUT bed. If u want a separate bed for your kid, then it's full price. Sorry, that's the rule.

Kamon people! Jangan sia-sia kan semangat dan usaha kami. Jom Bandung!