Saturday, May 10, 2008 4 Comments A+ a-

Pada suatu hari yg tenang, pukul 6.30 pagi aku telah siap sedia turun breakfast dengan Farah dan Rahmat. Kemudian aku dan Farah meneruskan perjalanan kami ke Sekolah Wangsa Melawati untuk menduduki peperiksaan MUET. Dengan penuh confident, kami berasa nervous untuk module Speaking. Sedang kami berbual-bual, kami baru tersedar untuk menyemak kembali slip peperiksaan. Alangkah terkejutnya kami apabila mendapati bahawa peperiksaan yang akan mula dalam masa 20 minit lagi itu bukanlah Speaking module, tetapi Reading Comprehension, Writing dan Listening.

Terus-terus aku berasa panic dan mencari di dalam beg jika aku membawa peralatan yang lengkap. Harapan aku hampa dan aku mula bertambah panic! Nasib baik Farah ada membawa pensel 2B sebanyak 2 batang dan meminjamkannya kepada aku sebatang. Begitu juga dengan pen. Pen-pen yang aku bawa semuanya tak boleh pakai. (Baik tak payah bawak!) Dan kenangan yang paling manis, perlu aku highlight kan disini adelah bila Farah memotong pemadam nye dengan menggunakan pembaris. Oh sungguh lucu ketika itu!

MUET exam berjalan dengan lancar, penuh efisyen pihak yang menguruskannya. Tetapi tidak pada diri aku yang menjawab soalan. Bak kata budak-budak sekarang, "sungguh hampeh". Pada pendapat aku, Fatin yang Darjah 2 tu boleh mengarang jauh lebih baik dari aku. Malu. Aku malu. Tetapi, aku teruskan juga walaupun aku sudah tidak mampu untuk memikul kemaluannya.

Akhirnya pada pukul 1 ptg, exam selesai. Aku bersyukur. Tetapi perasaan nervous aku belum ada kesudahannya kerana Speaking module akan muncul pada hari Isnin pula. Sementara menunggu hari itu tiba, sempat lagi saya pergi ke majlis persandingan kawan saya, Ijam. Oh Ijam sudah kawen. Satu demi satu kawan aku pergi meninggalkan alam bujang mereka. Aku seorang sahaja yang masih setia disini. Kedudukan aku sebagai presindent The Singles Club sewaktu di kolej memang utuh walaupun sudah 6 tahun meninggalkannya. Waduh. Sadis sekali. Ahahahaha...

Dan pada petang Sabtu yang indah ini, aku tidak mahu berfikir perkara lain. Kerja, projects mahupun peperiksaan. Aku mahu menonton movies yang sudah di download. Aku mahu tidur. Selamat tinggal blog. Untuk kali ini.

4 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
8:18 PM delete

Hahahahaha......klakar gilernye

Reply
avatar
shahrul Faiz
AUTHOR
4:21 PM delete

sungguh mulia kawan mu itu..

adakah die single?

Reply
avatar
Digitalite
AUTHOR
4:54 PM delete

tsk. kalo aku jadik farah, aku mintak dalam rm20 sebelum kasik pensel, rm20 lagi utk pen dan RM30 untuk pemadam yg terpaksa dikerat... kawan punya pasal, aku waive service charge memotong pemadam and that 1.2 micrometer lost of pembaris hasil geseran pemadam masa memotong which i can easily mintak for like RM50 theehehehe... so nasib baiklah farah...

Reply
avatar
scabbers
AUTHOR
11:59 AM delete

Farah : ko la satu2nye kawan aku. ahaks!!

Shahrul : ye, kawan sy itu mmg baik. maaf, dia sudah berkahwin dengan ofismate IMU juga. hehehe..

Voldemort : nasib baik aku tak amik exam ngan ko. kalo tak mmg insaf ler!! sanggup aku kuar beli sendiri kat 7E. :P

Reply
avatar