Pagi tadi jiran aku kat Muar, Cikgu Sidek meninggal dunia kat IJN, KL. Mummy called, dan Nur msg masa aku tgh tidur pagi tadi. Terkejut aku, tapi masih boleh sambung tidur. Mungkin sebab hujan dan sejuk. (Siap mimpi bermandi manda dengan keluarga dalam parit yg sangat bersih dan jernih air nya, pastu air dia sejuk macam ice)
Pada aku, Cikgu Sidek tu jiran yg paling aku rapat dengan. Eh, bukan la dengan arwah, tapi dengan anak2nye. Sebab anak2 dia sumer pompuan. Kak Ana, Kak Ani, Kak Aya, Kak Lin & Kak Nurul. Every year raya memang pegi rumah dia. At least masa aku kecik la, sampai dah darjah besar sket, dah stop. Now cucu2 arwah pulak yg akan datang. Rumah kiteorg mmg dekat jek. Betul berdepan. Dan jalanraya yg memisahkan rumah kiteorg tu kecik je, muat2 2 kereta.
Tadi Mummy called lagi, citer pasal tolong2 kat rumah arwah sebelum jenazahnya dibawa pulang dari KL. Tiba2 aku terbayang arwah yg dalam kapan. Macam mana agaknya rasa mati. Aduh, gerun sungguh. Sampai nak menangis rasa ketakutan.
Sekali lagi aku doakan semoga roh nya, dan semua umat Islam yg telah meninggal dunia, dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.
Semalam mendapat berita kematian dari Mummy. Lek Yatim telah meninggal dunia lebih kurang jam 2ptg di rumahnya. He's Arwah Bapak punye adik bongsu, and was the only remaining sibling yg masih hidup sebelum ni.
Maka berakhirlah satu generasi, iaitu generasi Yaii dan Nyaii, adik beradik Arwah Bapak. Anak2 moyang Abd. Latif. Yang aku ingat nama2 mereka; Nyaii Sar, Lek Seman, Lek Sutipah dan Lek Yatim. Errr... ada yg lain ke ek? Hehehe.. tak ingat lah.
Anyway, Mummy, Makton, Makdah, Paktan, Manjib & Nur pergi ziarah dan tahlil di rumahnya malam tadi. Jenazahnya akan dikebumikan harini. Baru je raya haritu kami semua beraya ke rumahnya. Sempat lah aku berjumpa dan bersalaman dengan atuk sedara yg paling comel tu. Hehehe, seriously dia sangat cute orangnye. Masa tu dia masih kuat lagi berjalan turun-naik tangga. Pakai kain pelikat yg diangkat tinggi, nasib baik dalamnye ada seluar panjang. Hehehe..
Dan bersatulah kembali keluarga Arwah Bapak di dunia seterusnya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah
I bet today everybody's blogging about the death of Michael Jackson. And not to forget Twittering & Facebooking about it. I bet Google & Yahoo search engines are going bonkers nak melayan requests for "Michael Jackson" searches. But hey, why not? He's THE pop king, ok! Nobody in this world yg tak tau siapa tu Michael Jackson, unless he was just born yesterday. And everybody likes his songs and videos. Oh, except for Pizli & budak2 opes aku ni. (I told u my officemates are wierd.)
Anyway, Mummy called this morning to gimme the news (selalu mcm ni. dulu Left Eye from TLC mati pun Mummy called, tapi my cousin lahirkan anak tak call plak), Nur & Dahlia texted. Farrah Fawcett pun mati gak kan? Tapi aku tak kenai dia, dan aku bukan peminat. So, sorry dude.
Of course I was shocked when I heard the news. And I especially remembered the video I bought of his concert kot? Bad. That was his song yg start buat aku minat. It's a 1987 album, and masa tu aku da besar sket dan dah minat music. Masa Thriller kuar, I was a baby. Hehehe.. At that time I was really a big fan of his. Cassette tapes pun beli gak.
His video clips are the best, man! The first I liked was Remember The Time. Starting dari tu, whenever his video comes on, aku akan terpacak depan TV nak tengok. Video Earth Song, Ghost, and lagu yg ada orang buat line panjang satu dunia sambil pegang tangan tu? Memang lagu2 dan video dia semua memberi efek kepada manusia di seluruh dunia, tanpa mengira kaum dan agama.
Erkk.. aku nak hantor karangan SPM ke? =P
Apa pun, Michael Jackson memang best beb. Dulu masa nak kemas2 rumah for renovation, terjumpa berkotak2 majalah zaman 80an hakmilik Munah & Nur. Peh, siap ada lirik lagu2 The Jackson Five, MJ dan semua yg masih berkulit gelap zaman tu. Ahaks. Syok giler menyanyi2. Sebaik je aku tak potong buat buku scrap!
Last news pasal dia kan, dia masuk Islam kan? Betul ke? Patut sedekah Al-Fatihah ke? (ini soalan Mummy pada aku pagi tadi. hhahaha..) Ok la Michael, sampai sini je ek post tribute nih. Gua caya sama lu!