Kalau Takda Duit, Jangan Ke Bandung
Factory Outlet SANGAT banyak. Jalan Dago, Jalan Riau, Jalan Setiabudi... dan pelbagai jalan lagi! Bandung memang champion dalam bab barangan branded yg tiruan, mahupun yg original tapi dah reject dan masih elok.My favourite is Merdeka FO, opposite Bandung Indah Mall. Pakaian wanita bersaiz besar, original imported brands, sangat lah banyak dengan harga yg sangat membuatkan jantung aku berhenti. Murah!! Maka aku telah menyambar 2 pants & 2 shirts dengan harga lebih kurang RM68.
Jalan Dago memang champion lah. Berderet2 sampai tak larat nak masuk. Jalan Riau ada The Summit yg pada aku best jugak. Jalan Setiabudi ada Rumah Mode yg sangat glamour dan mahal tu. Since kami datang waktu cuti sekolah, maka manusia sangat ramai di sekitar kota Bandung.
Pasar Baru adalah satu2 nya tempat di mana kami semua mendapat hasil tangkapan paling banyak. Kain batik & telekung. Rambang mata! Murah, tapi since duit limited dan digunakan lebih kepada makan... makanya terpaksa aku menggunakan khidmat kad kredit. Terima Kasih, CIMB! =)
Kami semua orang Malaysia yg ngga banyak uang, trus hang out di mall aja. First day malam ke Cihampelas Mall, lepak dan mentakedarah kat JCo Donut. The next day, petang, lepak di Paris Van Java. Di sini terdapat 2 perkara menarik yg perlu di highlightkan:
- Nampak Samuel Rizal!!! Actor yg belakon dalam movie Eiffel, I'm In Love. OMG he is one VERY HOT human being! Gambar curi2 dari jauh telah diambil dari camera canggih Encik Khairul.
- Tengok wayang di Blitz Megaplex. Memang tak salah la dinamakan the largest cinema in Indonesia. Besar gila dan spacious, obviously! Kami menonton movie Indonesia bertajuk Punk In Love. SANGAT lucu, sampai gelak tak cukup nafas dan keluar air mata. Takda manusia yg control gelak dalam cinema tu. Semua terbahak2. Oh, kecuali Encik Khairul yg membayar Rp27.000 hanya untuk tidur. Jet lagged balik US tak habis2. Hehehe... Btw, movie tu sangat recommended ya. If korang terjumpa kat black market Msia or download online, sila lah tengok. Thumbs up!
Dari segi makanan, Indonesia memang tak kalah. Kami memilih untuk makan makanan Sunda lebih banyak. 1st day ke Karamba. Kami makan Nasi Timbel, Nasi Liwet dan Gurame kicap? Gurame tu sejenis ikan. Ape-ntah-please-dont-ask-me-nama-ikan. Two thumbs up for gurame.
The 2nd day, for lunch kami ke Kampung Daun. Terletak di kaki bukit, tempat makan adalah di dalam hut dan duduk bersila di atas bantal. Disertakan air terjun dan angin dingin... memang sangat best tempat tu. Kami order Ayam Penyet, Nasi Goreng Kampung Daun, Nasi Pepes Daun Kemangi Sambal Pete & Nasi Kukus Kampung Daun. For dessert, we ordered Surabi pelbagai jenis - pisang, pisang keju, keju & kinca. Surabi ni macam lempeng.
Malam tu kami makan di De Cost Seafood. Makanan 5 bintang, harga kaki 5. Memang betul kata2 tu. Kami berempat makan cumi (sotong) mentega, cumi sambal padang, udang goreng, gurame goreng, ikan patin stim & ketam black pepper. Pak Ade, our driver makan nasi goreng dan tahu goreng. Masing2 beserta air jus dan Aqua sorang sebotol. Nasi unlimited, selesai sepinggan kami tambah lagi. Total hanya Rp203.000, bersamaan dengan RM58 lebih kurang.
3rd day kami lunch di Restoran Simpang Raya. Makan nasi padang pulak. Sambal ijo, dendeng, alpokat... peh! Kelas giler. Murah pun ya. Malam tu kami takde duit dah. Jadi kami lepak di Bandung Indah Mall dan makan Pizza Hut sebab dia leh terima credit card. Kesian kan? Tapi bila bil sampai, tak perlu credit card. Murah je, sorang RM8 lebih kurang. Dapat sorang 4 keping pizza, garlic bread yg banyak dan secawan air berlapis, tak ingat nama. Last layer kaler pink rasa stroberi, middle layer air coke and top layer susu. Syok gak.
Penginapan pula, memang macam kat rumah. Kami tinggal di Evi Guesthouse. Ramai sangat orang Malaysia yg dok kat situ, sebab dalam forum Cari, semua promo tempat tu dan Kak Aina, orang yg bertanggungjawab book kan kami bilik dan transportation. Nyaman udara kat situ, ada kolam ikan koi dan tempat berehat. Bilik ok, selesa dan murah. Makanan breakfast pun sedap. Ibu Evi friendly orangnya, rajin bersembang2 dengan semua tetamunya. Anak Ibu Evi, Irvan, hensem ada iras Yem. Kami duduk bilik berlainan jenis. My room besar, ada 2 katil, cermin dan almari besar dan air-cond. 3 malam di sana harganya Rp600.000 iaitu tak sampai RM200. Bila dah dibahagi 2, lagi ler murah! Recommended jugak guesthouse ni sebab dekat dengan bandar.
Tapi apa je yg tak dekat dengan bandar? Bandung tu compact gila. Dekat2 je semuanya.
Tempat wisata, kami ke Tangkuban Perahu. Ramai sangat penjual barang souvenir di sana. Tapi pemandangan tak secantik Danau Toba dan Bromo. Sejuk pun tak se-sejuk. Tapi ok la. Ambik2 gambar kawah gunung berapi dan lepak2 bersembang dengan penjual souvenir merangkap cameraman.
Kesimpulannya, if tak banyak duit atau nak cari tempat yg banyak culture atau pemandangan cantik2, takyah la gi Bandung. Airport pun kecik dan sempit giler babas. Tapi untuk sapa yg iman tak kuat dan suka bershopping, atau tujuan bisnes... iya, silakan ke Bandung. Memang syok!
Hati aku, seperti biasa lah. Memang tertinggal lagi di Indonesia.
* Catatan Encik Kerol disini
4 comments
Write commentswah! setuju banget :D
Replyfirst time dulu membazir byr hotel mahal yg cuma utk tidur 6 jam x 3 hari.
dan juga supir yg extravaganza mahal. fuh~
evi guesthouse tu mcm ok. can i hv contact no ke atau camane nk booking. my 2nd trip will b on feb next yr. but dis time, more focus on shoppin.. hehe.
kita kira beruntung gila, kesian member aku ni --> http://encikrashdan.blogspot.com/2009/06/cerita-indonesia.html
Replyarianna : kalo plan nak shopping sepanjang masa, yg murah2 sudah.. hehe.. evi guesthouse memang ok, ramai org malaysia yg dok sana gak.
Replyyg book kan kiteorg my fren punya wife. dia jumpa nama Kak Aina dalam forum Cari. nanti i tanyakan Kak Aina punya contact number ya. boleh book bilik & transportation skali dengan dia.
kerol : weiii kesian la member ko.. kalo aku mmg sakit hati ler dapat supir mcm tu.. sebaik pak ade tu tak banyak hal..
ok. tq :)
Replykesiannya.ramai yg ckp supir yg dr jakarta mmg selalu camtu.