Monday, September 06, 2004 0 Comments A+ a-

*Sigh*

Ade kerja... ada mood... tapi.......................... orang2 kat sini yg semuanya bermuka masam dan takde mood telah mematahkan semangat aku...

Ditambah pula dengan email dari seorang yg dengki dengan orang2 bawahannye... siap forward balik email original kat kitaorg...lepastu tekan kan plak "especially for those who have classes on the weekends". Dah la dulu kasik warning kat aku kata kalau kena datang weekend, mesti datang.... APEHAL DENGAN DIA NIH?

Tau la company ni bapak mertua dia yg punya... Apehal nak sekat2 hak orang pulak ni? Ape kena ni? Jeles ke? Jeles dia tak dapat sambung blaja macam kita? Jeles that she had no fun in her life...coz she's married?

Hishhhh...malasnye nak layan... dah tak terkata dah... jika sesiapa yg ingin bekerja di ofis ini, sila la saikokan diri anda dahulu... Maybe dalam keadaan saiko baru kita bleh terima arahan mereka.

Pasal website lak aku pun tatau camne. Sbb memang dari awal lagi kitaorg semua dah agak dah.. dia cuma nak isi masa lapang kitaorg aje... lepas tu ape yg kita buat, dia buang, dia ganti dengan dia punya design, suruh la kita edit balik. Cik D and Farah dah kena... I bet my turn will be up next. Tapi tatau jugak, coz they really like my partner. Bila sampai kat orang kesayangan ni.. lain sket pusingan ayatnya...

Jadi, bila ditanya anggukkan sahaja kepala...setuju sahaja... bila tak setuju, anda akan kena padahnya. Anda akan dibenci dan mungkin akan terasa seperti diturunkan jawatan. Bila disuruh tukar skin, tukar db, tukar itu dan ini, tukarkan sahaja. Bila ada aduan atau kesalahan berlaku, jangan salahkan diri anda.

Dulu idop aku ceria aje.. aku jarang marah2.. mmg kawan2 aku semua kata aku ni tak pernah marah. Tapi sekarang ni, setelah lama aku dok bekerja kat ofis ni, dibawah arahan mereka... aku senang sangat naik marah. Hari2 ada aje benda yg nak aku marahkan. Dosa mengumpat dan mengata aku toksah cerita la... mmg kalau dibuat buku, dah jilid ke 12 dah aku rasa... Jerawat pun dah naik macam cendawan yg tumbuh selepas hujan...

Arrrrrghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....!!!!!