Biasanya kalau kawan baik, rasa macam nak jumpa hari2. Tapi ntah kenapa aku dah lama tak jumpa 2 org rakan karib aku tu. Dua2 dah tahap merajuk dengan aku. Sebelum ni aku cuti 2 minggu. Ni dah masuk minggu ke-dua bekerja di tempat baru, pun blom sempat lagi nak jumpa. Dulu masa cuti kata balik KL je nak jumpa diaorg. Excited over time tu pasal melalui percakapan Fizah, dia macam nak ada baby dah. Dah mula mengidam itu ini. Tapi sampai sekarang aku tak jumpa, dia pun taknak kasitau over the phone, aku pun tak tau ape nak buat.
Aku rasa bersalah gak aa. Lagi2 biler rumah kiteorg hanyalah sejengkal away from each other. *Hehehe* Kalau sekiranya korang membaca ni, aku mintak maap banyak2. Bagi aku masa sket lagi baru aku pegi jumpa korang ok. Emosi aku kurang stabil skang ni. Begitu juga dengan keadaan kesihatan badan aku. Aku tatau ape jadik. PMS tak abih lagi kot. *Hahahah*