Pada suatu hari yg tenang, sedang aku berjalan menuju ke cafe utk berjumpa dengan rakan2, aku diberhentikan oleh seorang lelaki yg tidak dikenali. Lelaki itu memberi salam kepada aku lantas bertanyakan mengenai pelajar2 matrikulasi uia. Aku menerangkan sebanyak mana yg aku tahu mengenai situasi yg diajukan kepadaku. Dia merupakan salah seorang bekas pelajar uia yg datang untuk perjumpaan alumni mereka.
Setelah beberapa lama berbual, aku merasai kurang selesa berdiri dihadapannya. Ini kerana mata lelaki tersebut begitu galak memerhatikan diriku dari atas hingga ke bawah. Beberapa ketika kami berbual, aku mendapati matanya jatuh kebahagian yg-tak-perlu-aku-tuliskan-tapi-korang-tau-kat-mana. Tambahan pula, dia asyik bertanya latar belakang diri aku; negeri asalku, tempat kerja, tempat tinggal dan sebagainya. Lelaki itu ada juga menghulur tangannya sebagai tanda perkenalan kami.
Tidak cukup dengan semua itu, dia meminta pula nombor telefon aku. Aku yg sudah tidak tahan dengan caranya mencipta pelbagai alasan. Tetapi malang sekali lelaki yg memakai cermin mata, berpenampilan kemas dan bekerja sebagai salah seorang pekerja kerajaan itu tidak berjaya menangkap penolakan aku yg dibuat dengan baik. Sampai di suatu tahap aku berasa sangat cemas kerana terfikir bahawa lelaki ini adalah seorang penipu. Maka aku memberitahu dia bahawa aku ingin meneruskan perjalanan aku ke cafe untuk memberi kad.
Mujurlah ketika itu aku sedang memegang kad undangan perkahwinan sahabat aku, Kerol. Malang sekali, mujur tak mujur juga. Lelaki itu seolah2 tidak mendengar apa yg aku katakan. Dia tetap tersengih dan meminta nombor telefonku. Bersungguh2 juga dia meminta, tetapi aku tetap mencipta alasan. Akhirnya aku meminta diri untuk ke sekian kalinya, dan lelaki tersebut meminta untuk kali terakhir, aku meminta maaf dan terus berpaling untuk meneruskan perjalananku yg tadinya aman.
Aku berasa sangat takut dengan lelaki itu.
Aku baru je tau cemana nak amik gambar guna webcam aku nih. Utk kengkawan yg blom pernah tgk aku yg sekarang, aku kasik gambo ek? Enterprem siot!!!! Hahahaha...