Tuesday, October 28, 2008 4 Comments A+ a-

Pada suatu hari yang tenang, aku bercita2 untuk membeli telefon bimbit. Kerana sudah tidak tahan kasihan melihat ibuku yang hanya memakai 3310 yg aku beli di waktu kolej kire2 8 tahun lalu. Maka, akhirnya cita2 ku tercapai juga. Akan tetapi aku tidak dapat membeli hp idaman kerana ia berharga rm1500++. Aku hanya membeli telefon keluaran tahun lepas dan berwarna merah. Namun aku berpuas hati kerana pada suatu ketika dahulu aku pernah jatuh hati kat telefon ni. Ahaks. Bukan itu saje, aku jugak dapat membeli seluar corduroy yg sejak dulu nak beli tak sempat2. Padahal bukan mahal pun. Kat Pertama Kompleks aje la katakan... Tapi, seluar tu besar kat bawahnye so later nak kena pi alter lagik. Kesian org gemok pendek mcm aku nih, susah bebenor nak carik seluar murah yg I can fit right in.

Pada suatu malam yang sibuk, aku telah membawa keluarga pergi beraya ke rumah Auntie Zaleha di Ukay Perdana. Dia nak pi Bandung la pulak next month. Nak ikot!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Next year dia nak pi China. Dia soh aku kumpul duit jadi bleh ikut dia. Kalo nak ke China, tiket jek lebih kuang 2k. Hotel, travel, shopping lagik.. kire2 aku perlukan 5k untuk betul2 puas hati. Kalo cenggitu brapa aku kena simpan sebulan? 500? Giler! Ingat aku nih cop duit ke hape? Dapat simpan 50hengget sebulan pun dah cukup betuah! Pastu dia citer plan dia dan kakaknye untuk ke New Zealand. Dia soh aku ikut jugak. "Tak mahal, 6 ribu aje untuk tiket. U kumpul la duit, pastu bleh ikut Auntie.." Oh Auntie, saye nih 26 tahun, baru nak mula hidup... takpelah, maybe when I'm your age, I'll go. Provided aku kaya raya macam dia, dan tak kawen.

Pada suatu pagi yg suram, tekak aku sakit. Seakan2 ada lump. Juga agak kegatalan dan membuat aku terbatuk2 kecil sepanjang pagi. Oh tidak, aku harap aku tidak akan demam lepasni. Dah banyak sangat MC aku amik this year. Sungguh memalukan.

4 comments

Write comments
fiore
AUTHOR
12:27 AM delete

henpong baru wa cakap lu....3g...pasni leh call tgk ko berkemban hahahhahah

Reply
avatar
scabbers
AUTHOR
10:10 AM delete

kalau takat kau yg call, lebih dari bekemban pun boleh. :P

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
12:45 PM delete

lucah!!!!! i tak biasalah lawak2 berbaur lucah ni...

Reply
avatar
scabbers
AUTHOR
2:57 PM delete

duh~ kau lah pioneer kepada ke-lucah-an, wahai uncle sperm.

Reply
avatar