The End Of A Generation

Tuesday, June 30, 2009 0 Comments A+ a-

Semalam mendapat berita kematian dari Mummy. Lek Yatim telah meninggal dunia lebih kurang jam 2ptg di rumahnya. He's Arwah Bapak punye adik bongsu, and was the only remaining sibling yg masih hidup sebelum ni.

Maka berakhirlah satu generasi, iaitu generasi Yaii dan Nyaii, adik beradik Arwah Bapak. Anak2 moyang Abd. Latif. Yang aku ingat nama2 mereka; Nyaii Sar, Lek Seman, Lek Sutipah dan Lek Yatim. Errr... ada yg lain ke ek? Hehehe.. tak ingat lah.

Anyway, Mummy, Makton, Makdah, Paktan, Manjib & Nur pergi ziarah dan tahlil di rumahnya malam tadi. Jenazahnya akan dikebumikan harini. Baru je raya haritu kami semua beraya ke rumahnya. Sempat lah aku berjumpa dan bersalaman dengan atuk sedara yg paling comel tu. Hehehe, seriously dia sangat cute orangnye. Masa tu dia masih kuat lagi berjalan turun-naik tangga. Pakai kain pelikat yg diangkat tinggi, nasib baik dalamnye ada seluar panjang. Hehehe..

Dan bersatulah kembali keluarga Arwah Bapak di dunia seterusnya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah