Friday, December 28, 2007 0 Comments A+ a-

Happy Birthday, Mummy!


Aku akan pulang ke kampung malam ni, InsyaAllah. Tanpa hadiah. Harap2 kepulanganku cukup bermakna buat Mummy (poy giler ayat aku nih).

Juga selamat menyambut Tahun Baru 2008. Semoga tahun depan lebih bermakna buat kita semua (skali lagi diselitkan ayat poy disinih).

Since next year aku dah tak belajar lagi, tinggal amik MUET jek, aku pun nak pasang la azam untuk tahun yg sangat baru bagi aku. Jadi disini aku ingin mengambil kesempatan untuk meng-list kan cita2 aku yg harapnye tidak akan aku sia-sia kan.

Berikut adalah azam saye:

1. Pegi exercise kalau boleh setiap pagi pada hujung minggu yg free.
2. Beli segala jenis kaler & merialisasikan kepuasan diri dalam bidang coloring. (Read : Saye suke mewarne).
3. Go travel! Kurang2 kena sampai rumah Dahlia kat Perak.
4. Have a social life.
5. At least pretend to enjoy meeting new people.
6. Find myself a boyfriend.

Ade lagik ke ek? Rasanya itu aje.... I'll write it down somewhere nanti. Biler dah berjaya i'll cancel it off and add any new azam yg datang along the way.

Am so looking forward to 2008! :)

Wednesday, December 26, 2007 0 Comments A+ a-

Saya berasa sungguh gembira......

Saya berasa sungguh gembira......

Saya berasa sungguh gembira......

Saya berasa sungguh gembira......

Saya berasa sungguh gembira......

Saya berasa sungguh gembira......

-_-

Monday, December 24, 2007 0 Comments A+ a-

I am thankful that I have so many work to do, so I don't have to layan perasaan dan rasa sedih, sakit hati, kecewa, nak-terjun-bangunan dan sebagainya.

Tapi, aku sempat jugak tulis posting ni. Sungguh tak perlu!

Thursday, December 20, 2007 0 Comments A+ a-

Selamat Hari Raya Aidiladha

Wish me luck. I have 2 important datelines before Christmas!!!

Tuesday, December 18, 2007 0 Comments A+ a-

Terlalu Cinta
Rossa

Jangan dekat atau jangan datang kepadaku lagi
Aku semakin tersiksa karena tak memilikimu
Kucoba jalani hari dengan pengganti dirimu
Tapi hatiku selalu berpihak lagi padamu

Mengapa semua ini terjadi kepadaku

Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia...

Wednesday, December 12, 2007 0 Comments A+ a-

Pada suatu hari yg tenang kira2 dua puluh tahun yg lalu, Saseme Street telah membuat satu episod dimana Bert & Ernie bertengkar.... lalu aku menjadi sangat takut dan terus berpaling daripada tv. Aku sedar pada hari itu yg aku tidak suka kepada pergaduhan dan apa2 yg memutuskan talian persaudaraan/persahabatan.

Semalam aku surf YouTube dan melihat himpunan Bersih yg hangat diperkatakan sekarang nih. Tidak aku tahu betapa keruh keadaan ditempat kejadian sehinggakan mendapat coverage dari CNN, Al-Jazeera dan lain2 media diserata dunia. Aku berasa takut. Sangat takut. Aku juga berasa sedih kerana tergambar didepan mata aku perbalahan antara manusia. Apetah lagi bila perkara tersebut berlaku di negara aku sendiri, di tempat aku tinggal, tempat tumpah dara ku.

Eh, darah.

Dengan perasaan takut dan sedih melihat pemecah-belahan umat manusia ditempat sendiri, aku telah menitiskan air mata tanpa ku sedari. Terfikir jika satu hari nanti perkara ini menjadi sangat besar, mendapat sambutan dari lebih ramai orang, the possibility of war is gonna happen. Macam mana yg berlaku di negara lain seperti Indonesia, Thailand dan lain2. The main thing yg aku terfikir, macam mana kalau aku yg mati dalam keadaan huru-hara tu?

Kenapa tak boleh kita hidup dalam keadaan aman damai? Why must there be perkelahian and war? Why must there be hate? Can't we just love each other and live in peace?

Aku sungguh tak sangka perkara ni boleh berlaku kat Malaysia ni. Then again, sapelah aku untuk tau ape2 sedangkan aku sendiri tak mahu untuk mengambil endah tentang keadaan sekeliling aku. Bila ada unsur politik walau sedikit pun, aku tidak memang tak berminat langsung.

Nowadays aku cuma baca headline surat khabar sahaja. Mengenai eksiden yg berlaku di Jelapang semalam, sungguh mengerikan. Aku terbaca yg badan pemandu bas terputus dua? Sekali lagi aku terfikir about death. My death. I dont wanna go that way. Ngeri. Bayangkan macam mana kite rasa sebelum badan kite terputus dua tu? Of course lah sakit dia takboleh nak digambarkan. Isk. Meremang bulu roma aku.

Tapi dengan dosa2 aku yg tekumpul selama 25 tahun aku hidup ni, membuatkan aku lebih takut. Orang yg baik akan pergi dengan aman, tapi kita macam mana? Sudahkah anda bersedia menghadapi maut? Death is just around the corner, dude. If I can just shout-out to very single soul in this world, dan juga kepada diri aku sendiri....

Insaf lah.

Semalam something happened, tapi semuanya selamat. Alhamdulillah. Insiden tu membuat aku lebih banyak terjaga dan teringat. Aku sangat bersyukur kerana aku telah dilindungi dari perkara yg tidak mampu untuk aku gambarkan. Buat aku lemah lutut je. Dan skali lagi, nak buat shout-out and as a reminder juga (kita kan patut saling mengingati?).....

Sudahkah anda mengucapkan syukur pada hari ini?

Eh, sebenarnye aku nye posting kali nih ntah hape2 jek kan? Aku pun pening membaca. Harap korang pening juga.

:P

Monday, December 10, 2007 0 Comments A+ a-

Hanum & husband

Selamat Pengantin Baru, Hanum & Faizin.


*Sob! Sob!*

Da kawen da kawan aku sorang nih... Biler time2 cenggini la teringat waktu 1st time bekenalan dulu kat kolej, susah senang blaja, semua2 lah. Sape sangka kawan aku yg dulu tak geti nak pandang lelaki skang da slamat jadik wife orang. Huhuhu....

Aku baru jek jadi kawan, aku dah rasa very der touching tgk dia kawen...tinggalkan aku membujang. Cemana la gamaknye kalau aku ada anak nanti. Confirm aku menangis 7hari 7 malam. Sedih beb!!!

Anyway, love the wedding! Meriah dengan warna. Purple waktu bersanding bleh dijadikan contoh. Kehkehkeh....

Mari tengok gambar disini.

Tuesday, December 04, 2007 0 Comments A+ a-

Aku Sebatang Pen

Namaku Joe. Aku sebatang pen yg dilahirkan disebuah kilang di Penang. Kiranya, aku nih anak mami. Sewaktu aku berumur 1 hari, aku telah dimasukkan ke dalam sebuah kotak bersama kawan-kawan yg lain. Dalam kotak tu sangat sempit dan gelap. Seronok juga sbb aku dihimpit oleh 2 batang pen betina. Gerun aku memikirkan nasib jika bukan Lucy dan Sabariah yg menemaniku sepanjang perjalanan kami ke Kuala Lumpur.

Kami kemudian dijual di Isetan KLCC. Bagaimana aku tau? Sebab aku terdengar suara cashier yg berkata, "Thank you for shopping at Isetan KLCC. Please come again". Ya, tatkala itu kami telah dibeli. Sesampainya kami dirumah pembeli itu, kotak ku telah dibuka oleh seorang anak kecil yg kemudiannya mencapai Lucy lalu terus menconteng dinding rumah.

Kasihan Lucy, kepalanya hampir patah dikerjakan oleh anak kecil itu. Nasib aku lebih baik, dan aku bersyukur. Aku telah diambil oleh seorang perempuan, ibu kepada anak kecil tadi. She's one hot momma, I tell ya! Dia menggunakan aku untuk menulis surat kepada rakan karibnya yg tinggal jauh di kota London.

Sedang aku digunakan, tiba-tiba anak kecil tadi menolak ibunya dan aku terjatuh ke atas lantai. Kepalaku pening, aku hampir pengsan. Seluruh tubuhku bergetar. Hot momma memarahi anaknya lantas mengutip aku kembali. Tetapi, aku sudah tidak berdaya lagi untuk merembeskan cecair yg tadinya membuat hot momma gembira dan tersenyum.

Aku dicampak kedalam tong sampah kerana tidak boleh digunakan lagi. Perasaan sedih dan pilu kesal menyelubungi diriku. Aku kesal terhadap kilang yg telah menlahirkanku. Mengapakah aku dicipta se-cikai ini?

MENGAPA????!!!!!!

Riwayatku tamat dengan titisan air mata jantanku.......