Wednesday, December 12, 2007 0 Comments A+ a-

Pada suatu hari yg tenang kira2 dua puluh tahun yg lalu, Saseme Street telah membuat satu episod dimana Bert & Ernie bertengkar.... lalu aku menjadi sangat takut dan terus berpaling daripada tv. Aku sedar pada hari itu yg aku tidak suka kepada pergaduhan dan apa2 yg memutuskan talian persaudaraan/persahabatan.

Semalam aku surf YouTube dan melihat himpunan Bersih yg hangat diperkatakan sekarang nih. Tidak aku tahu betapa keruh keadaan ditempat kejadian sehinggakan mendapat coverage dari CNN, Al-Jazeera dan lain2 media diserata dunia. Aku berasa takut. Sangat takut. Aku juga berasa sedih kerana tergambar didepan mata aku perbalahan antara manusia. Apetah lagi bila perkara tersebut berlaku di negara aku sendiri, di tempat aku tinggal, tempat tumpah dara ku.

Eh, darah.

Dengan perasaan takut dan sedih melihat pemecah-belahan umat manusia ditempat sendiri, aku telah menitiskan air mata tanpa ku sedari. Terfikir jika satu hari nanti perkara ini menjadi sangat besar, mendapat sambutan dari lebih ramai orang, the possibility of war is gonna happen. Macam mana yg berlaku di negara lain seperti Indonesia, Thailand dan lain2. The main thing yg aku terfikir, macam mana kalau aku yg mati dalam keadaan huru-hara tu?

Kenapa tak boleh kita hidup dalam keadaan aman damai? Why must there be perkelahian and war? Why must there be hate? Can't we just love each other and live in peace?

Aku sungguh tak sangka perkara ni boleh berlaku kat Malaysia ni. Then again, sapelah aku untuk tau ape2 sedangkan aku sendiri tak mahu untuk mengambil endah tentang keadaan sekeliling aku. Bila ada unsur politik walau sedikit pun, aku tidak memang tak berminat langsung.

Nowadays aku cuma baca headline surat khabar sahaja. Mengenai eksiden yg berlaku di Jelapang semalam, sungguh mengerikan. Aku terbaca yg badan pemandu bas terputus dua? Sekali lagi aku terfikir about death. My death. I dont wanna go that way. Ngeri. Bayangkan macam mana kite rasa sebelum badan kite terputus dua tu? Of course lah sakit dia takboleh nak digambarkan. Isk. Meremang bulu roma aku.

Tapi dengan dosa2 aku yg tekumpul selama 25 tahun aku hidup ni, membuatkan aku lebih takut. Orang yg baik akan pergi dengan aman, tapi kita macam mana? Sudahkah anda bersedia menghadapi maut? Death is just around the corner, dude. If I can just shout-out to very single soul in this world, dan juga kepada diri aku sendiri....

Insaf lah.

Semalam something happened, tapi semuanya selamat. Alhamdulillah. Insiden tu membuat aku lebih banyak terjaga dan teringat. Aku sangat bersyukur kerana aku telah dilindungi dari perkara yg tidak mampu untuk aku gambarkan. Buat aku lemah lutut je. Dan skali lagi, nak buat shout-out and as a reminder juga (kita kan patut saling mengingati?).....

Sudahkah anda mengucapkan syukur pada hari ini?

Eh, sebenarnye aku nye posting kali nih ntah hape2 jek kan? Aku pun pening membaca. Harap korang pening juga.

:P