Aku Sebatang Pen
Namaku Joe. Aku sebatang pen yg dilahirkan disebuah kilang di Penang. Kiranya, aku nih anak mami. Sewaktu aku berumur 1 hari, aku telah dimasukkan ke dalam sebuah kotak bersama kawan-kawan yg lain. Dalam kotak tu sangat sempit dan gelap. Seronok juga sbb aku dihimpit oleh 2 batang pen betina. Gerun aku memikirkan nasib jika bukan Lucy dan Sabariah yg menemaniku sepanjang perjalanan kami ke Kuala Lumpur.
Kami kemudian dijual di Isetan KLCC. Bagaimana aku tau? Sebab aku terdengar suara cashier yg berkata, "Thank you for shopping at Isetan KLCC. Please come again". Ya, tatkala itu kami telah dibeli. Sesampainya kami dirumah pembeli itu, kotak ku telah dibuka oleh seorang anak kecil yg kemudiannya mencapai Lucy lalu terus menconteng dinding rumah.
Kasihan Lucy, kepalanya hampir patah dikerjakan oleh anak kecil itu. Nasib aku lebih baik, dan aku bersyukur. Aku telah diambil oleh seorang perempuan, ibu kepada anak kecil tadi. She's one hot momma, I tell ya! Dia menggunakan aku untuk menulis surat kepada rakan karibnya yg tinggal jauh di kota London.
Sedang aku digunakan, tiba-tiba anak kecil tadi menolak ibunya dan aku terjatuh ke atas lantai. Kepalaku pening, aku hampir pengsan. Seluruh tubuhku bergetar. Hot momma memarahi anaknya lantas mengutip aku kembali. Tetapi, aku sudah tidak berdaya lagi untuk merembeskan cecair yg tadinya membuat hot momma gembira dan tersenyum.
Aku dicampak kedalam tong sampah kerana tidak boleh digunakan lagi. Perasaan sedih dan pilu kesal menyelubungi diriku. Aku kesal terhadap kilang yg telah menlahirkanku. Mengapakah aku dicipta se-cikai ini?
MENGAPA????!!!!!!
Riwayatku tamat dengan titisan air mata jantanku.......