Showing posts with label book. Show all posts
Showing posts with label book. Show all posts

Ayat-Ayat Cinta

Ya, memang best buku ni. Berbeza dengan filem nya. I prefer the book, of course! Character Aisha sangan berbeza dengan yg digambarkan dalam movie tersebut.

Penulisan yg sangat detail, footnote dan sumber rujukan semua siap tersedia. Memang terasa sangat indahnya cinta (peh, giler tak tahan ayat) bila penulis describe tentang perasaan Fahri dan Aisha.

Masa tengok movie, beriya2 aku menangis masa Aisha merelakan Fahri menikahi Maria. Tapi dalam buku, biasa je. Memang rasa Aisha tu sangat baik orangnya. Dan babak yg paling sedih is the ending, masa Maria nak mati. Cerita nya tentang mimpi yg dia telah sampai di pintu syurga tapi tak boleh masuk. Dan akhirnya dia mati selepas mengucap dua kalimah syahadah. Lepas berwudhuk dan masuk Islam. Touching giler.

Seterusnya sedang membaca Ketika Cinta Bertasbih. Baru start malam tadi, dengan harapan dapat habis both books before pegi Bandung nanti. So kat sana leh la pegi tengok wayang kan? Hehehe.. Memandangkan harini aku MC sebab kedua belah kaki cramp, susah utk berjalan, apatah lagi untuk memandu kereta manual saya itu. Oh, memang tidak boleh. Maka, plan hari ini ialah membaca secepat mungkin buku pertama.

Sedang membaca tadi, sampai satu part mana seorang Ustadz nak melamar pompuan nih yg dulu student kat pesantren tu. Tiba2 teringat kat Cikgu Zabedah dan Arwah Cikgu Safiah, yg nak match-make kan aku dengan Hafizullah. Huh. Baru ni aku paham macam mana orang2 alim ni bergerak dalam bab2 cenggini. Dan baru ni terasa rugi. Mana tau, ntah2 skang ni aku ada sorang hasben alim yg boleh membimbing aku ke jalan yg benar. Tulah, dulu pi tolak sape soh! Ahakss....

Dalam Mihrab Cinta

Dari author Ayat-Ayat Cinta. Ingatkan cerita panjang, rupanya tak perasan ada tulis "Novelet" kat front page tu. Ada 3 citer pendek - Takbir Cinta Zahrana, Dalam Mihrab Cinta & Mahkota Cinta.

Takbir Cinta Zahrana menceritakan tentang Zahrana, seorang guru yg dah 30++ dan belum menikah. Kisah susah senang hidupnya mencari pasangan hidup. Last2 ex student dia yg melamar. Macam trend zaman skang la, pompuan tua kawin lelaki muda. Hehe.

The second novel, Dalam Mihrab Cinta. Pasal Syamsul Hadi yg telah dituduh mencuri, melarikan diri untuk mendapat hidup baru yg lebih baik. Kisah perjalanan hidupnya yg terpaksa menjadi pencopet dan akhirnya berubah menjadi seorang ustaz. Tapi cerita ni tak habis, coz dia belum dapat awek. So, kena tunggu sambungannya.

The third, Mahkota Cinta, berlatar-belakangkan kehidupan di Kuala Lumpur. Kisah Mari, seorang pekerja di Subang Jaya dan Zul, seorang mahasiswa UM. Dua orang yg saling bantu-membantu dan akhirnya dipertemukan kembali di Indonesia untuk menikah... dengan each other.

Penulisannya, to me, better dari Taufiqurrahman Al-Azizy tu. Tak berulang banyak kali, walaupun kedua-dua nya menulis perenggan kadang2 tu sangat descriptive, menjadikan ayatnya panjang berjela.

I kinda like Mahkota Cinta, tapi since Dalam Mihrab Cinta tu belum habis.. tak dapat la nak tau the whole story best ke tak. Takbir Cinta Zahrana tu tak brapa best. Or maybe the fact that dia dah tua dan belum kawin sikit2 ada membuat aku terasa. Akakakkaa...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

On another note yg tak berkaitan; Aku kangen, ok! Kapan mau pulang sih? Udah lama ngga ketemu... =(

Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha

Buku cerita bahasa melayu (indonesia actually) pertama aku beli. Penulisan Taufiqurrahman Al-Azizy. Ala Ayat2 Cinta gak lah ni. Kisah cinta yg berlandaskan Islam.

Mula-muka baca terasa a bit dragging. Kadang-kadang diulangi apa yg telah ditulis. Tapi jalan cerita menarik, berjaya membuat aku terasa sangat benci dengan character Zulaikha dan Bibi, sampai aku meluahkan kata-kata kesat semasa membaca. (Yelah, aku ni emo sket) Dan kagum dengan kesabaran Yusuf.

Ada juga babak sedih sampai membuatkan aku menangis, tapi nasib baik takda charcater penting yg mati. (Although I very much like it kalau Zulaikha tu yg mati je.) Sebagai seorang pembaca yg emosional, aku tak suka kesudahan cerita tersebut.

Yes, I don't like the ending.

Maybe it's the perfect ending to some, but please, not for me. Buang sahaja bab terakhir tu, tidak perlu. Pada aku, biarlah pembaca menutup buku dengan perasaan marah once in a while. Tak semua things berakhir sebagaimana kita harap it would.

Selepas membaca buku ni juga membuat aku tertanya2, wujud kah lelaki mulia seperti Yusuf tu di muka bumi ini? Jika ada, aku nak boleh? Tapi dah tentu lelaki tu taknak kat aku kan? Yang mana aku terasa miripnya dengan perangai yg digambarkan oleh penulis tentang "gadis kota". (Bukanlah nak perasan aku ni org bandor, not at all.. tapi if u read the book, u'll know)

Maka tersematlah satu cita-cita baru dalam diri ini, despite my dislike towards Zulaikha and the end of the book. Nak menjadi seorang perempuan yg menjaga akhlak, bahasa dan tata tertibnya. Taknak jadi perempuan melayu terakhir, tapi ingin menjadi perempuan muslim sejati.

Cewah, begitu tinggi cita2 aku. Tapi, tak salah kan? Aku akan cuba berubah. Dan harap suatu hari nanti, aku pun akan menjumpai Yusuf ku. Supaya dia dapat membimbing aku dengan lebih baik ke jalan yg benar.

Peh. Ayat mengalahkan the original writer. Haha. Overall, I like the book. I'll probably go out lepasni to search for hasil-hasil penulisannya yg lain.