Ayat-Ayat Cinta
Ya, memang best buku ni. Berbeza dengan filem nya. I prefer the book, of course! Character Aisha sangan berbeza dengan yg digambarkan dalam movie tersebut.Penulisan yg sangat detail, footnote dan sumber rujukan semua siap tersedia. Memang terasa sangat indahnya cinta (peh, giler tak tahan ayat) bila penulis describe tentang perasaan Fahri dan Aisha.
Masa tengok movie, beriya2 aku menangis masa Aisha merelakan Fahri menikahi Maria. Tapi dalam buku, biasa je. Memang rasa Aisha tu sangat baik orangnya. Dan babak yg paling sedih is the ending, masa Maria nak mati. Cerita nya tentang mimpi yg dia telah sampai di pintu syurga tapi tak boleh masuk. Dan akhirnya dia mati selepas mengucap dua kalimah syahadah. Lepas berwudhuk dan masuk Islam. Touching giler.
Seterusnya sedang membaca Ketika Cinta Bertasbih. Baru start malam tadi, dengan harapan dapat habis both books before pegi Bandung nanti. So kat sana leh la pegi tengok wayang kan? Hehehe.. Memandangkan harini aku MC sebab kedua belah kaki cramp, susah utk berjalan, apatah lagi untuk memandu kereta manual saya itu. Oh, memang tidak boleh. Maka, plan hari ini ialah membaca secepat mungkin buku pertama.
Sedang membaca tadi, sampai satu part mana seorang Ustadz nak melamar pompuan nih yg dulu student kat pesantren tu. Tiba2 teringat kat Cikgu Zabedah dan Arwah Cikgu Safiah, yg nak match-make kan aku dengan Hafizullah. Huh. Baru ni aku paham macam mana orang2 alim ni bergerak dalam bab2 cenggini. Dan baru ni terasa rugi. Mana tau, ntah2 skang ni aku ada sorang hasben alim yg boleh membimbing aku ke jalan yg benar. Tulah, dulu pi tolak sape soh! Ahakss....
2 comments
Write commentswahahaha.. tapi kan Jihan, risiko bermadu pun agak tinggi jika kawin dengan Hafizullah..
Replyhahaha.. mungkin.. tp tak semua org alim cenggitu.. =D
Reply