Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha
Buku cerita bahasa melayu (indonesia actually) pertama aku beli. Penulisan Taufiqurrahman Al-Azizy. Ala Ayat2 Cinta gak lah ni. Kisah cinta yg berlandaskan Islam.Mula-muka baca terasa a bit dragging. Kadang-kadang diulangi apa yg telah ditulis. Tapi jalan cerita menarik, berjaya membuat aku terasa sangat benci dengan character Zulaikha dan Bibi, sampai aku meluahkan kata-kata kesat semasa membaca. (Yelah, aku ni emo sket) Dan kagum dengan kesabaran Yusuf.
Ada juga babak sedih sampai membuatkan aku menangis, tapi nasib baik takda charcater penting yg mati. (Although I very much like it kalau Zulaikha tu yg mati je.) Sebagai seorang pembaca yg emosional, aku tak suka kesudahan cerita tersebut.
Yes, I don't like the ending.
Maybe it's the perfect ending to some, but please, not for me. Buang sahaja bab terakhir tu, tidak perlu. Pada aku, biarlah pembaca menutup buku dengan perasaan marah once in a while. Tak semua things berakhir sebagaimana kita harap it would.
Selepas membaca buku ni juga membuat aku tertanya2, wujud kah lelaki mulia seperti Yusuf tu di muka bumi ini? Jika ada, aku nak boleh? Tapi dah tentu lelaki tu taknak kat aku kan? Yang mana aku terasa miripnya dengan perangai yg digambarkan oleh penulis tentang "gadis kota". (Bukanlah nak perasan aku ni org bandor, not at all.. tapi if u read the book, u'll know)
Maka tersematlah satu cita-cita baru dalam diri ini, despite my dislike towards Zulaikha and the end of the book. Nak menjadi seorang perempuan yg menjaga akhlak, bahasa dan tata tertibnya. Taknak jadi perempuan melayu terakhir, tapi ingin menjadi perempuan muslim sejati.
Cewah, begitu tinggi cita2 aku. Tapi, tak salah kan? Aku akan cuba berubah. Dan harap suatu hari nanti, aku pun akan menjumpai Yusuf ku. Supaya dia dapat membimbing aku dengan lebih baik ke jalan yg benar.
Peh. Ayat mengalahkan the original writer. Haha. Overall, I like the book. I'll probably go out lepasni to search for hasil-hasil penulisannya yg lain.
2 comments
Write commentsEh dulukan, orang pernah panggil aku Yusuf masa kat sekolah :D
ReplyHishhhhh jgn la bagitau!! Kan dah tergoda.... =P
Reply