Thursday, February 16, 2006 0 Comments A+ a-

Finally, I went to meet up with the-TM-guy-who-asked-me-out-to-dinner. He's OK la... But I have to thank him for asking me to meet him yesterday kat mamak tu la. Pasal ape... the guy-from-the-third-floor tu ada tgh lepak2 ngan member2 dia kat situ!!!

Ekekekekeke...

The moment I sat down depan kawan aku tu, aku terus pause jap ngan dia, sms Dahlia bagitau ade mamat-tingkat-3 tu. Ahahahaha... Giler. I'm not so pshyced about my date la kan.. Although he seems like a nice person.

Tapi ape yg buat aku rasa cam nak lari jauh2 dari dia kan.. Dia punya cara tu bukan macam nak berkawan. Macam nak mengurat. Biler kite dah taktau ape nak cakap, aku pandang lantai pasal dia asyik dok ushar aku jek. Dia tengok muke aku sket nye lama. Aku rasa dia cuba nak kire jerawat aku brapa banyak kot?! Huhuhuhuhu...

Pastu dia kata dia boring kat rumah pasal dia sorang je anak lelaki, jadik dia asyik terfikir nak kawen. Wah!!! Walaupun dia tak kata dia nak kawen ngan aku, tapi statement itu amat menyeramkan. Dia muda lagi beb...sebaya aku. Aku pun tak pikir nak kawen skang. Dalam masa 5-6 tahun lagi tu maybe la kot. Pastu dia tanya aku soklan yg seringkali manusia2 lain tanya: Biler awak nak kawen? Nak hantuk pala dia kat situ...tak elok plak. Nak maki, buruk plak pandangan org lain kang. Jadik aku jawap la hujug bulan 4 ni. Mula2 dia percaya, pasal aku cakap ngan dia boyfren aku izinkan aku gi jumpa dia. Hahahahah.. ape jadahnye? Aku cuma perlu izin Mummy, Makcik2 serta Pakcik2 aku sahaja ok!

Maka smalam jugak, kali ke seratusnya dia tanya aku biler nak kuar makan ngan dia. Lek la beb... aku bizi!!! Brapa kali mau kata.. aku bizi, aku bizi, AKU BIZI!!! Bukan aku suka2 nak bizi, dah memang bz, wat cemana? Pindah rumah, kelas, family, kawan ofis... tak ke bizi namanya tu? Sepanjang bulan ni je aku tak cukup2 nafas nak settlekan semua kerja. Suka2 dia je nak push aku supaya kuar dating ngan dia. Eeeeeiiii...!!! Geram btol orang yg tak paham bahasa nih. Kang aku cakap Jawa ngan dia lagi dia tak paham. Tapi macam la aku geti nak cakap Jawa pun kan?? Hehehehehe...

Oh ye, dia pun telah menjumpai aku punya profile kat dalam myspace. Pulak tu aku ngan Dahlia ada sembang2 pasal aku malas nak jumpa dia. Har har har. Jadik, in case awak dah jumpa blog saya nih... mintak maap banyak la ye. Blog ni cuma diary saya aje. Sukati saya la nak tulis ape dalam ni kan? Dan lagi... saya tak brapa interested la. Kalau untuk berkawan sahaja takpelah. OK?

:D