Dalam hidup ini, kita diberi banyak cabaran dan dugaan. Antara yg bermain dalam fikiran aku sekarang:
1. Dugaan dengan Boss & endless case of susah nak bagi cuti.
2. Dugaan dengan pelajaran... nak study untuk exam, carik masa untuk siapkan assignment.
3. Duit yang ada pun asyik2 tak cukup je. Ada aje yg nak dibeli, dibuat, dilaburkan dan sebagainya.
4. Dugaan kesabaran menaiki tren bersama orang ramai serta pelbagai ragam mereka.
5. Keselamatan diri, hidup di dunia yg mana2-kita-pergi-pun-tak-selamat-sebab-ramai-sgt-org-jahat.
5. Orang yang kita suka tak suka balik kat kita.
6. Mak dah ada pilihan hati untuk kita, tapi kita tak boleh nak terima pilihan Mak.
7. Merujuk kepada no. 6, kita pula adalah satu2nya harapan Mak untuk melihat anaknya berjaya dan bahagia dalam hidup.
Apa sekalipun, aku harap aku dapat bersabar dengan segala yg datang (esp No.1). Selalunya aku akan mencari kesalahan diri sendiri supaya aku tidak berasa marah yg amat. Senangnya waktu muda2 dulu... Aku pun bukan seorang yg pemarah, kerana sesungguhnya cepat marah itu adalah satu sifat yg tak baik dan mesti dijauhkan.
Fuh... membebel pula aku nih. Apa pun dugaan, rintangan, cabaran yg datang... hadapi dengan senyuman. Eh..tu lagu Dewa. Silap. Hadapi dengan tenang dan penuh kesabaran. InsyaAllah everything will turn out a-okay.