Aku tatau cemana nak gambarkan tahap ke bengang an aku dengan member aku Weng tu. Nak mintak tolong tumpangkan awek dia tido umah aku 2 malam plak tu! Kang aku tak tolong, nampak sangat aku ni cam sombong, macambagus... kalo aku tolong, aku plak yg menyampah. Baik2 aku ok ngan awek dia... buat aku bengang gak ngan pompuan tu.
Aku dah bagi 1001 alasan kat Weng yg aku ni sibuk la, family aku nak datang la...tapi tak makan saman gak tu. Dahtu dia cuma cakap, tolong la...please la...terpaksa menyusahkan ko. Takde state reason pun apesal minah tu nak dok umah aku. Biler ditanya, mengelak plak nak jawab. Banyak soklan aku yg dia tak jawab.
Maybe dia tak faham soklan kot. Nak kata bodo, tak baik plak. Dia kawan aku. Lagipun dia skang tgh blaja kat Cardiff. Aku takat kat UIA PJ je. Confirm lah dia lagi bijaksana dari aku. Aku tau kalau Mummy tau ni, confirm Mummy marah. Yela, tolong orang yg kite tak kenal sgt... pastu takde ape pun yg aku dapat setakat "Terima kasih" & "maaflah menyusahkan awak je".
Eiiii...korang sure ingat aku ni kedekut taik idung masin. Aku pun tatau la cemana. Awek tu orang Negeri.. so maybe dia ada hal kat sini (which aku dah malas nak tanya ape benda, lantak dia la) yg penting (kalau diaorg takat nak dating, mmg aku janji aku takkan cakap dgn Weng lagi. Dating tu alasan bangang namanya). Aku bukan kenal pun minah tu, tapi aku kenal Weng.
Maybe Weng kalo bab kewangan tu dia susah sket... dan mungkin jugak awek dia pun sama..(tapi nampak gaya cam mampu je) Agaknye dia tak banyak fulus nak ulang-alik ke... nak tido hotel ke... aku pikir gak la mende2 tu. Dan aku cuba la letakkan diri aku kat tempat dia.
Jadik pagi tadi aku decide utk kasi je awek dia stay, tapi aku dah cakap siap2 yg biler aku takde, dia takleh dok dlm umah. Aku tatau la nak salahkan dia ke kan. Maybe mmg terdesak. Maybe jugak dia pikir dia ada aku, dan aku pun tinggal sensorang kat rumah, suka2 ati dia la nak tumpangkan awek dia. Kalau betul la dia fikir cenggitu aku sumpah dia jadi batu ok.
Kalo dia kawan aku, takde hal beb. Aku pun bukannya nak berkira ape pun kalo dia tumpang lepak umah aku. Cuma masalahnye skang aku tak selesa. OK? Tak selesa. Aku suka ade ruang aku sendiri. Ko dah penat2 satu hari suntuk keje...pastu tetiba ko balik, ko kena lak layan orang yg ko tak kenal yg nak tumpang tido umah ko 2 hari. Aku tatau la korang cemana. Tapi aku mmg agak kurang selesa la. Maybe ni masalah aku je. Aku je yg sombong sesangat takmoh bagi tumpang. Tapi betul la ape cakap Mummy. Dia bukan boipren aku. Dia bukan best friend aku. Dia lagi bukan family member aku. Bukannya aku tak penah tolong dia sebelum ni. Pernah je aku tolong. (Dah naik sedap kot?) So there's nothing in it for me.
Tapi dari segi keperimanusiaan, aku tolong la jugak. Lantak la diaorg berdua nak kata ape kat aku. Tak ikhlas ke, sombong ke, bongkak ke... tak penting. Diaorg dua takde kaitan ngan idup aku. Maka skang aku agak pissed gak la ngan si Weng tu. Tapi biler aku ingat balik msg dia malam tadi (dia reply msg aku yg memberi alasan kata family aku dtg gak next weekend) yg mana dia kata "bukan family ko dtg weekend ni ke? takkan tiap2 weekend family ko dtg?". Menyirap sungguh darah (bukan dara ok!) aku. Ape hal nak tanya camtu? Tak boleh ke family aku dtg kl tiap2 weekend? Salah? Kalau ye pun nak meng-kantoi-kan aku menipu.. tolong la jangan tanya soklan cenggitu kat aku.
Macam haram. Gampang sungguh. Ni aku nak maki dia nih. Itupun aku reply gak msg dia, walaupun dgn nada marah dan bengang, tapi lembut jugak la. Nak ikutkan hati, aku tulis FUCK OFF aje ngan dia. Bangang sungguh. Ape jadahnye?! Dia tak bayar pun family aku utk sampai KL ni. Hishhhh...aku SANGAT MARAH ok skang ni.
Dan biler aku dah mula menyampah dengan kawan aku sendiri.... aku mmg takkan berkawan balik dengan dia. Tahap Weng ni aku rasa ok lagi la.. kire cam later2 aku boleh lagi kawan ngan dia, cuma skang ni melayankan mood marah aku ni je. Tapi ade sorang kawan pompuan yg nama Haizi ni. Fuh. Sampai sekarang kalo aku citer pasal dia, aku still aku menggigil2 menahan marah. Takyah la nak start dgn yg itu pulak. Kang keje aku tak jalan.
Hish. Aku naik confuse biler aku marah, tapi aku still rasa kesian. Eeeiii...takbleh tengok orang senang! Ada je nak mintak tolong. Susahkan diri sendiri dulu boleh tak? Pastu turun ke family, baru turun ke kawan2. OK? Bangang btol.