Wanita Api
(mcm citer Heroes la plak... mak Claire)
* Dilahirkan sebagai pemimpin
(Tukang pimpin anak2 sedara ada la)
* Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar
(Huh...yelatu. Aku terima pendapat org lain, tapi aku still pertimbangkan pendapat aku jugak)
* Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu
(Romantis? Wakakakaakakakaka!! Tidak pemalu tu, kadang2 la...)
* Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya
(Somehow perkataan "suka mendominasi" tu membuatkan ade satu imej ni dalam otak aku. Isk isk isk...)
* Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris
(Most of the time... kdg2 tu kalau tak berterus terang, aku plak yg terhiris)
* Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan
(IF only there is a relationship to begin with!)
* Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan
(Yeke? Ntah. Tak kot... )