Headache!

Friday, May 22, 2009 5 Comments A+ a-

Sakit kepala! OMG sakit gila! Berdenyut2. Tapi Mummy kata, kalau sakit jgn dibuat2 sakit. Lawan.

So dah 2 hari aku melawan. Semalam ingat cuma sebab penat and ngantok, so aku bedal bercawan2 Nescafe. Malangnye takde perubahan. Hah aku nih memang normally if sakit pala, aku akan pulihkan dengan bantuan Nescafe kegemaran. Lagi best if dapat Nescafe-o ais kat Bestari. Kawww gila. Menepati citarasa.

Peliknya dah sampai malam, makin menjadi2 gak. So aku lawan lagi. Baikkk punya. Siap kuar dengan Dahlia. Pegi Ampang Point membeli barang2 keperluan Dahlia, contohnya buku cerita "Biarlah YM Berbicara", pensil hitam yg buat conteng kat mata a.k.a mascara dan pelbagai lagi barang wanita yg aku sendiri pun tak paham.

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Kajang untuk makan sate bersama2 abang kegemaran. * Uweksss * Takde la sebenarnye si Dahlia ni dah lama bebenor teringin nak sate Kajang, tapi kiteorg tak pernah dapat peluang utk pegi. Since malam tadi peluang tu datang, kami pun pegi lah... Walaupun masing2 ada a whole load of work untuk disiapkan. Ahaks~

Dahlia nye seat keta dah baru beb. Bak kata pepatah aku kat dia mlm tadi, "lemak aku tak terkeluar bila dok kat seat kau". Al-maklumlah, seat ala Recaro gituh. Omar pulak dah potonog rambut. Makin hensem kau! Tapi malang skali tetap tak dapat pulihkan otak aku yg berdenyut kencang itu. =P

Selera makan aku pun cam hilang entah mana. Ade ke sate aku makan 5 cucuk je? Paling sikit dalam history pemakanan aku.

Sampai rumah, ofkos lah dah midnite++. Malang sekali YM aku tak berbicara. Sedih makcik. Pilu hatiku. Ekekeke.. Dan aku nak salahkan TM. Sebelum kuar aku online, aku nampak dia ada, but I can't reach out to him sebab internet aku slow sangat sampai ter dc. Lepas 10minit lagi aku try, aku dapat offline msg. Dia BUZZ aku ade 20 kali gaknye. But still internet aku slow, I bet my msg tak sampai.

And so now, I have to wait sampai dia balik. If I'm lucky next week ada lah tu. Kalo tak, ntah2 next month.

Oh well....... wat cemana.... layan je la sakit pala nih...... Nak MC segan pulak rasanya. Tapi satgi kang if sakit gak, balik je la kot. Nak melayan jem mlm kang sure bleh buat aku tertido dlm keta.

5 comments

Write comments
pizli.mw
AUTHOR
11:43 AM delete

Pergi klinik.. Mintak synflex.. 10 minit lepas tu dah tak sakit kepala..

Reply
avatar
scabbers
AUTHOR
1:03 PM delete

setelah men-google, aku dapati synflex tu bleh guna utk relief pain for gout, period pain & migraine?

hmmmm... tak kot... aku makan panadol ni.. masih sakit lagi, tp ada la rasa kebas2 sket...

Reply
avatar
pizli.mw
AUTHOR
2:19 PM delete

dia power.. belum cuba jangan cakap tak..

Reply
avatar
spermajalang
AUTHOR
5:43 PM delete

hantuk kepala ko kat bucu meja.. insyallah darah kotor akan keluar dan kepala ko akan menjadi lega gile.. cube la..

Reply
avatar
scabbers
AUTHOR
5:49 PM delete

pizli : balik nnt aku gi jumpe doc ok..

sperm : terima kasih atas nasihat anda, wahai doktor spermajalang. =P

Reply
avatar