Empat Sekawan Menyambut Hari Lahir

Friday, August 28, 2009 2 Comments A+ a-

Perkara : Acara berbuka puasa bersama-sama, merangkap sambutan hari jadi.

Lokasi : Secret Recipe Sogo

Waktu : 6.30 - 8pm

Ahli : Dahlia, Zura (the birthday girl), Et & yours truly.

Behind the Scene : Dahlia dan kawan2 baik nya sewaktu sekolah. Dahulunya kami semua berjiran dan teman ke pejabat menaiki tren. Sekarang semua telah membuat hala tuju sendiri dan birthday girl telah pun berumahtangga.

Air sirap sejuk free

Pada jam 7, semua pengunjung diberi minuman percuma - Air Sirap. Dan juga Kurma sebagai pembuka.


Kawan-kawan

Sementara menunggu waktu, kami bercerita tentang kisah hidup masing2 dan of course lah tidak lupa juga ber posing untuk kenangan!

My meal

Saya memesan Choclate Banana untuk minuman, dan Mee Sup Daging (bukan nama sebenar) sebagai makanan. Kedua-dua nya percubaan pertama. Walaupun gambar kurang menarik, tetapi berbeza sekali dengan rasa nya. Daging sangat lembut, fishball pun ok, kuah nya sedap sekali. Disertakan sekali sambal cili hijau yg pedasnya tidak keterlaluan mahupun kekurangan. Namun begitu, minuman saya telah menjadi seperti air basi. Sangat yucky. Nasib baik ada sirap free.

Dahlia & Japanese Soba

Di atas ialah gambar Dahlia bersama makanan nya. Dia telah memesan Japanese Soba dan Jus Tembikai sebagai juadah berbuka puasa. Kedua-dua nya pun sedap, walaupun soba tu makan sayur jek takde daging. Hehe.

Kek sedap

Sebagai penutup majlis, Et telah memesan sepotong kek Butterscotch sebagai "birthday cake", yg mana hanya di jamah sedikit sahaja oleh birthday girl. Selebihnya telah dikerjakan oleh kami bertiga. Sedap!

Harga makanan saya : RM27

2 comments

Write comments
nazrulshoppe
AUTHOR
8:42 PM delete

wahh.dahlia bertudung..hehe.nice

Reply
avatar
scabbers
AUTHOR
11:42 PM delete

hehe.. dahlia dengan wajah baru nya.

Reply
avatar