Mengantuk
Musalmah tidak mampu untuk menahan perasaan gembira di hatinya. Dia tersenyum sendiri mengenangkan pertemuannya dengan Mahmud seketika yg lalu. Sesungguhnya dia tidak menyangka lelaki yg satu ketika dahulu pernah dibencinya kini telah mula mendapat tempat di hatinya."Asslamualaikum, Salmah", kata Mahmud dengan lembut.
"Waalaikumussalam", jawab Musalmah yg terkejut dengan kedatangan Mahmud tu.
"Wah, Salmah nampak cantik sekali harini", kata Mahmud sambil tersenyum manis.
Babak tadi asyik berulang dalam fikiran Musalmah. Senyuman Mahmud yg manis itu lah yg selama ini dirindukan Musalmah. 5 tahun Mahmud menyambungkan pelajarannya untuk mendapatkan Sarjana dalam bidang Kejuruteraan di United Kingdom, kini dia kembali ke Malaysia.
Berdebar hati Musalmah sewaktu mendapat pesanan di telefon bimbitnya kelmarin.
"Salam, Salmah. Apa khabar? Saya dah pulang ke Malaysia for good. Harap dapat berjumpa, terasa rindu nak mendengar suara awak yg lembut tu"
Sejak hari itu, Musalmah terasa sangat bahagia kerana perasaan rindu nya kepada Mahmud terbalas jua. Perjumpaanya tadi di Dome, KLCC telah menguraikan segalanya. Mahmud nampak ceria dan tutur katanya amat sopan, tidak seperti dahulu sewaktu mereka pertama kali berjumpa.
"Hey, perempuan! Apa langgar-langgar? Buta ke?!", jerit Mahmud kepada Musalmah yg terkial2 mengemas kertas yg berterabur jatuh.
Sejak itu, Musalmah amat membenci Mahmud yg merupakan pekerja di Unit Penyelidikan yg terletak bersebelahan dengan pejabat Musalmah di MIMOS, Taman Teknologi Malaysia. Namun atas rasa hormat kepada rakan sepejabat, Musalmah terus kan juga berkawan dengan Mahmud. Sehinggakan Mahmud hilang dari pandangan matanya, barulah dia sedar dan terasa akan kehilangan itu.
Tapi kini semuanya telah berubah. Mahmud telah kembali dan memberi nya ayat-ayat cinta yg sangat romantis, Musalmah jatuh di tangan Mahmud. Dia terasa bagaikan di puncak dunia!
Mereka meneruskan perhubungan mereka selama dua minggu, sehingga satu hari Mahmud mengajaknya keluar untuk membincangkan perkara penting. Musalmah sekali lagi berdebar, kerana dia yakin Mahmud akan melamarnya. Dia tahu Mahmud telah bersedia untuk berumahtangga melalui perbualan mereka.
Musalmah mengenakan pakaian yg cantik ; seluar khaki dan kemeja bewarna merah bercorak bunga dipadankan dengan tudung merah jambu kegemarannya. Dia menuju ke Tony Roma's di Cineleisure Damansara, tempat yg ditetapkan untuk bertemu.
"Salmah, ada sesuatu yg perlu saya katakan pada awak", kata Mahmud memulakan bicara.
"Ya, silakan", balas Musalmah yg cuba melindungi getaran dalam suaranya.
"Sejak saya pulang dari UK, awak lah teman yg paling rapat dengan saya. Saya rasa persahabatan yg awak berikan tu ikhlas, dan saya amat hargainya.".
"Terus terang saya katakan, saya amat senang dengan awak, Salmah", sambung Mahmud.
Salmah tersenyum dan merasakan muka nya merah padam.
"Dengan itu, saya harap awak akan dapat datang ke majlis perkahwinan saya minggu depan. Saya akan berkahwin dengan teman wanita saya yg sama-sama belajar di UK dahulu".
"Apa?!", jerit Musalmah terkejut. "Benarkah apa yg aku dengarkan ini?", kata Musalmah dalam hati.
"Jadi selama ni awak ada teman wanita dan awak mempermainkan saya sahaja?", marah Musalmah. Air mata nya mula mengalir kerana tidak dapat menahan sakit di hati.
"Ermmm... Maafkan saya, Musalmah. Sesungguhnya saya tidak berniat begitu. Saya hanya ingin berbaik-baik dengan awak. Dan setelah saya mengenali diri awak yg sebenar, saya amat gembira kerana dapat bertemu kawan yg sejati. Maaf jika awak telah menyimpan perasaan terhadap saya", jelas Mahmud.
"Kata-kata awak selami ni semua tipu belaka...", Musalmah sambil termenung mengingatkan kembali janji-janji manis yg dicurahkan kepadanya.
"Maaf, Salmah. Saya ingat awak tahu saya ni macam mana. Kan saya suka bermain-main saja. Sungguh saya tidak maksudkan apa-apa. Maafkan saya, Salmah, jika tersalah maksud", kata Mahmud, cemas melihat keadaan Musalmah yg menjadi semakin berserabut.
Salmah tidak dapat berkata apa-apa lagi. Hatinya terlalu sakit. Dia berlari keluar dari kedai menuju ke kereta nya.
"Salmah! Tunggu!", kedengaran jeritan Mahmud dari belakang.
Tapi Salmah tidak berhenti mahupun kakinya lemah, tidak berdaya untuk berlari. Salmah terus mendapatkan keretanya dan beredar dari situ.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ya, kanak-kanak. Itulah dia tadi cerita ntah-apa2 yg direka khas buat Pizli yg sedang mengantuk.
Moral of the story, kepada kaum wanita: Jangan percaya cakap lelaki. NEVER EVER.
Untuk kaum lelaki, deny all you want. Even if kau cakap "tak semua lelaki macam tu", and I'd say, "yea, ok, tak semua lelaki macam tu".. aku still tak percaya. I say that untuk meng-shut up kan anda sahaja.
Oh ya, cerita ini tiada kaitan dengan yg hidup ataupun yg mati. Mahupun Akil Hayy & Waheeda sekalipun. Tiada. Ana janji ia hanya untuk hiburan semata-mata.
=P
4 comments
Write commentsmacam lahanat hahahahahah
Replywahahahah... waahahahah... hahahha nama watak mcm cerita zaman dulu, tapi lokasi hebat ;)
Replymenitik air mata JK Rowlings kalo dia baca cerita ko nih.
Replyterima kasih atas sokongan anda semua. haha =P
Reply