Malam Tadi
Balik dari tengok diaorang punya gig malam tadi, lepak2 dulu. Then ikut diaorg balik tumpang bermalam sambil menyambung aktiviti lepak. Woke up with the quiet one beside me, and the two others gelak2 sambil perhatikan kiteorg. Then one of 'em gave me the quiet guy's phone number before I went off.Rumah diaorg ni macam kat dalam supermarket yg buruk dan tak ramai orang. Jadiknye bila aku balik tu kene lalu supermarket lah. Banyak sangat orang Myanmar, ntah kenapa. Sampai je kat foodcourt, terasa ada orang macam pegang aku lightly kat bahu. When I turned rupanya seorang lelaki sedang memandang aku with a sleazy face. Dia tak hensem, pakai spek nerd, pakai cap, badan besar2 sket dan tinggi.
Aku ni pantang biler ada orang yg tak dikenali sentuh aku. Memang akan dibenci seumur hidup. Tapi dia tu mengerikan. Dia ikut aku dekat2 cakap nak berkenalan. Scary giler. So aku lari kat sorang uncle tengah makan. Mintak tolong. Tapi lelaki stalker tu ikut gak. Aku lari lagi ke pakcik lagi sorang, tapi dia ikut gak. Then aku menjerit "Tolong!!" sekuat hati. Semua orang tengok tapi macam buat tak peduli. Stalker tetap ikut aku sedekat yg mungkin.
Aku lari ke tingkat bawah. Takde escalator plak tu, lari turun tangga. Sampai bawah, rupanya takda ruang untuk aku keluar. Bawah tu tempat jual bunga2 plastik hiasan rumah, dijaga oleh 2 org awek. Aku menggelabah mintak diaorg tolong, tapi diaorg buat tak dulik. Stalker tu sampai bawah, awek 2 org tu bleh tegur2 dia plak.
Laaaa... rupanya stalker tu mcm berpengaruh la kat situ, dan awek2 ni sibuk meleset2 kat stalker nih sebelum dia terus kejor aku. Tapi aku lari balik naik atas sambil carik jalan keluar. At last jumpa jugak. Stalker tu still ada kat blakang. Memang takot giler lah masa tu. Tiba-tiba rasa macam kena langgar dan tercampak. Tapi tak rasa sakit dan ntah kenapa aku terbang sangat lama tak sampai2 tanah. Siap aku cuba terbang sambil berlari untuk lebih cepat.
Sambil tu jugak aku dail the quiet guy punya number. Nak mintak diaorg tolong. Tapi rupanya nombor tu nombor tipu. Brapa kali call tak dapat2. Last2 biler aku landing atas tanah, aku teruskan berlari sampai la kat satu pagar. Pagar tu besar macam pagar istana. Tapi aku on the opposite side of the road, yg mana sibuk dengan kenderaan. Ada London nye bus 2 tingkat lalu. Stalker still behind me. Jantung aku da nak tercabut time tu. Seram giler. Aku kesat peluh aku dengan kain.
Habis je kesat muke, stalker reached me and at the same time ada kereta langgar aku dari belakang dan kain tu terlepas dari tangan aku.
Aku tersentak lalu terjaga. Boleh dengar heartbeat aku yg laju tuh.
***********
Menurut Islam : Bermimpi diikuti oleh orang pemuda bermakna anda akan berjumpa dengan musuh.
Menurut Barat : Ini adalah mimpi kebimbingan, kadang-kadang mimpi ini ialah ketakutan benar bahawa akan diserang atau digertak. Secara lambang, ia menunjukkan anda mencuba melepaskan diri dari situasi yang susah ataupun anda tidak menghadapi hakikat.
***********
Or maybe not to trust those "friends" of yours.
2 comments
Write commentsgila drama mimpi kau
Replyanak wayang beb
Reply