SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM
HATI.
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri
manusia.Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak
terang.
2. Pendendam
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada.Orang seperti
ini
sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang
kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang
didendami itu.Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat
ketuhanan.
4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,kesenangan, pangkat
dan
lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada
duit.Allah lebih sayang orang yang fasiQ tetapi pemurah tetapi benci
orang
yang abid tetapi bakhil.Kerana walaupun fasiQ,pemurahnya itu tetap
memberi
manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui
makhluk.
5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas
dengan
yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa
banyak
yang diminum tetap tak habis jugak…lagipun orang tamak selalu
rugi..Ingat!!
yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan
oleh
kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan,itu belum boleh dikatakan
rezeki
kita.(mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit
tetapi
mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi
hal-hal
yang lebih besar.(oleh itu banyak-banyakkanlah bersabar bila hadapi
dugaan.
7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak
tenang.Orang
yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun
batin..
8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk
dipuji.Sentiasa
berlakun-lakun di depan orang.Jika ia dipuji,ia akan menambah amalnya
tetapi
jika dikeji,ia akan mengurangkan amalnya.Allah marah kalau kita
riak..takabbur dengan apa yang kita ada…
9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita,…dapat pun menderita kerana bila sudah dapat
susah
pula menjaganya. Berhartalah tidakmengapa tetapi kawal hati jangan
diletakkan pada harta itu. – bila mati cuma bawa amalan dan doa anak
yang
soleh/solehah…
Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat
ia
merupakan barang buruan dan rebutan.Jadi letakkanlah akhirat itu di
hati dan
dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat
dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya
disebabkan kemiskinan,musibah,kesibukan dan lain-lainnya,tetapi ialah
MAZMUMMAH.Makin tinggi mazmummah seseorang,makin ia tidak
BAHAGIA.Samada
bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap
menderita
tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia
jua
akhirnya.So..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu
sama
lain…andai kita terleka dengan dunia,buruklah padahnya…
Wallahu A'lam....
~aku ade ke ciri2 menda kat atas nih ha? cam ade je ek?~