Wednesday, May 31, 2006 0 Comments A+ a-

No you don't know the one
Who dreams of you at night
And longs to kiss your lips
Longs to hold you tight
Oh I am just a friend
That's all I've ever been
Cause you don't know me

-- You Don't Know Me (Jann Arden)

Tuesday, May 30, 2006 0 Comments A+ a-

If you're in my (or any other staff yg dah bekerja for them since IMU) shoes, don't you think you've HAD IT with R.E.N.O.V.A.T.I.O.N?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Semalam aku telah melakukan sesuatu yg sangat bodoh.

* Ye, aku sedia maklum aku ni taklah pandai mana, tapi at least aku tak tolak2 orang dalam lrt dan aku tak calar & lari! *

Ape pun, apa yg aku buat semalam memang mendatangkan rasa seperti-nak-terjun-tingkap lah. Jantung aku berdegup dengan kencang, sampai degupan tu berterabur dah takde lagu dah. Berserabut pala otak aku sampaikan orang tegur aku pun aku asyik terkejut aje.

Terlalu aku memikirkan perkara nih sampai malam tadi terbawa-bawa dalam mimpi. Aku rasa nak nagis, tapi apekan daya... air mata dah kering. Cewah. Macam lagu Siti la plak. Keh keh keh.

Monday, May 29, 2006 0 Comments A+ a-

Hari Sabtu haritu aku terpaksa berhadapan dengan tren yg rosak. Maka ada seorang perempuan yg typical nih (kurus2, pakai tudung, tshirt tutup bontot, bawak handbag, pakai selipar pompuan...u know the type la kan) dok bergesel2 ngan aku. Asyik2 dok tgk jam. Ye la aku tau la tren lambat, kan dah kata ada technical problem. Aku menahan kemarahan aku. Cuma mampu memberi dia pandangan yg menunjukkan aku geli nak rapat ngan dia. Ape dia ingat dia pompuan, aku pompuan... dia leh berdiri rapat2 la ngan aku? Dia leh jadi kawan aku la? Ni la dia satu contoh orang yg tak menggunakan kepala otak dia dengan sepenuhnya. Ape jadahnye nak potong line? Apehal nak masuk lrt tu cepat2 sangat? Dia bukannya dok belakang pun. Dia takat blakang aku jek. Aku ni depan skali...no 1 dalam line. Bihtuh kalo engko masuk tren tu, terus2 bleh sampai distinasi ko la? Berebut2 cam orang jakun tak pernah naik lrt. Bangang nye pompuan. Aku nye geram, aku tolak dia masuk tren tu..sedangkan aku nampak orang yg berpusu2 nak kuar dari tren tu. Normally mmg aku tak tolak org la..tapi dah dia gampang sangat tak sesabo nak naik...amik ko.

Bihtuh sampai kat Masjid Jamek nak kuar dari tren ade la plak lagi sorang pompuan nih. Bodoh tahap ape pun aku tak tau lah. Dok tolak2 aku sambil merengek2 kat boyfriend dia kata takut tak dapat kuar. Ceh. Tolak aku apehal? Kalau dia buta aku takde hal lah. Ini mata secelik2 manusia, takyah pakai spek pun. Itu pun tak nampak depan aku pun jem. Aku pun tersepit, lambat nak kuar. What the hell la? Pastu aku tak dengar lak boipren dia sabarkan gf dia yg bangang tu. Ni lagi satu couple melayu yg typical. Eeeiiii...ni yg aku nak mengutuk aje kejenye. Ape la bangang sangat nih? Serious aku nyampah tau. Bukan orang KL kot. Tak biasa naik lrt. Aku rasa kalo orang KL yg dah biasa, kalau tak dpt kuar...stay je dlm lrt tu, next station patah balik la. Ape susah? Bodoh tol.

Geram aku tak habis lagik, semalam keta aku lak calar. Balasan ponteng kelas lah. Tapi aku cukup geram btol. Keta aku nih kecik, aku park jauh dengan keta sblah aku tu. Kat Taman Melawati la nih, gi makan ngan Dahlia. Time nak balik tu aku nampak ade 3 orang lelaki nak naik keta Proton Saga sebelah aku tu. Aku pun taknak la saing diaorg, takut la jugak. Dia 3 org lelaki...aku sorang pompuan. Diaorg tu pun typical lelaki (jenis yg ala2 abg askar gitu..walaupun tak botak, tapi you know la kan). Aku pun gi la teman Dahlia telepon kat pablik fon tepi tu. Aku tak dengar bunyik ape pun..maybe aku tgh sibuk khayal, tapi teteiba diaorg dah blah aku pun pegi la kat keta. Skali tu calar!!!!!!!!!!!!

CALAR BESAR!!!!!!!!!!

Bangang btol la yg bawak keta tu. Nak kata bawak Mercedes, tak plak. Bawak Proton Saga je kan. Aku pun bawak Proton Saga jugak beb, sblom dapat keta aku sendirik. Takde plak aku gesel keta orang. Aku dah bagi space sket nye besar kat dia...langgar jugak? Buduh!!!! Kecik2 taknak training bawak keta btol2, dah tua nyusahkan orang lain. Kalau pompuan la kan..aku kurang sket marahnye, pasal pompuan kalo bawak keta atas jalanraya, tak se-berlagak orang lelaki. Diaorg ni mmg serious jenis2 yg kalo bawak keta tu laju nak mampos (kalo mampos betul lagi bagus) pastu suka mengutuk2 pompuan bawak keta. Tak tahukan diaorg lagi gampang! Kasi babi bawak keta pun lagi pandai dari dia. Bodoh.

Aku pernah gak tergesel kereta orang. Masa tu kat Muar, pagi2 aku bawak family aku pegi beli breakfast. Ade something tertanggal dari keta tu. Tapi alarm takde. So aku ni dengan baju tido aku gi masuk kedai makan tu, tanya tuan kedai soh tanya org2 kat dalam...sape nye keta pasal aku dah terlanggar. Takde sorang pun mengaku. Aku pegi kedai lagi satu kat situ. Semua kedai yg bukak kat situ, semua aku pegi tanya sape nye keta. Dah takde yg mengaku, aku pun relax jap...tunggu la kot2 tuan nye keta sampai. Dah lama sangat tunggu takde sape yg muncul..aku pun blah la. Nak wat cemana kan. Aku tau aku bersalah...aku beredar dengan perasaan bersalah. Tapi orang tu tak muncul. Semalam yg langgar keta aku tu? Ada tunggu aku datang? Takde pun. Nyusahkan orang je lelaki2 cenggitu. Remind me again lah, why I hate men. Kalau lelaki yg tak drive, sakit hati plak.. pasal kite jek yg kena drive mengharungi jem. Kalo yg drive, cam bagus la plak. Nak selit sana sini, tapi last2 rupanya dia yg calarkan keta orang. Budus!!!

Dan pagi nih datang ofis, The Boss dok tanya2 pasal email Dahlia. Tanya Shamarque dah dapat email ke blom. Pastu cot-cet2 pasal tak dapat lagik email dari Dahlia. Pastu tekan2 keyboard dengan kuat, nak tunjuk bengang lah tu. Last2 dia cakap ngan aku, soh call kan Dahlia tanya dia pasal file yg she's supposed to send. Apehal aku? Dia takleh nak cakap ngan Dahlia sendiri ke? Takut sangat ngan Dahlia? Takut Dahlia menjawab lagik? Nih la dia. Hafezh complaint kena pasang laptop kan? Ha skang tau la aku kat sini cemana. Nak fotostet pun suruh aku. Padahal sah2 dia dah tunjuk document tu kat Noriah. Apesal tak suruh Noriah yg fotostet kan? Pasal aku kan junior, aku kan paling muda, aku kan paling takde keje, aku kan paling tak diperlukan dalam company nih... jadi aku la yg kena buat segala2. Pantry kotor suruh aku cek, laptop & projector suruh aku pasang & pack. Aku nih kuli rupanya. Pasal company ni kecik, aku tak kisah sangat beb. Aku mmg tak kisah pun sblom nih. Suruh aku cuci pinggan pun takpe. Aku buat tak berkire beb. Aku tau orang lain pun sibuk & tak suka nak wat benda2 cenggini. Tapi THE WAY dia treat orang tu, tak boleh elok sikit ke? Tak boleh ke kalau tak sombong? Aku paling tak puas hati cara dia tak appreciate langsung Dahlia datang keje hari Sabtu haritu. Sape je tak sakit hati kan?

Jadi harinih mmg penuh dengan kemarahan. Ingat balik pompuan2 kat lrt yg bangang dan lelaki bodoh yg calarkan keta aku tu lagi la membuatkan aku rasa cam nak maki orang jek harinih.

Friday, May 26, 2006 0 Comments A+ a-

Today has got to be the funniest day of the week!

Semuanya bermula dengan Mr.3A yg berdiri depan station aku sementara menunggu Mr.Standalone-Manager untuk bersiap2 gi Solat Jumaat. Aku nampak la dari tepi mata aku, dia berdiri je tak wat pape. Pastu aku nak tegelak, aku pun buat2 la bukak laci aku amik hp, cek credit (padahal dan RM0.00 dah) tapi tak jalan gak. Aku nak tergelak. Aku pandang Dahlia, dia pun pandang aku. Ni yg leceh sket pasal aku takleh tgk muka Cik Dahlia ni. CONFIRM mmg gelak punya. Sebelum aku tergelak beso, aku tutup mulut aku. Pastu Dahlia pun panggil aku soh gi tempat dia (thanks beb...selamatkan aku) dan aku terus2 je pegi.

Tengah2 dok meng-kaver gelak kat tempat Dahlia, tetiba datang lak AbgKal. Terpaksalah aku berundur diri pasal aku tau dia nak bincang keje ngan Dahlia. Aku ni dah ler tgh tahan gelak, AbgKal tu nak gak buat statement sambil pandang aku. Aduhai. Tambah la lagik satu gelak factor aku. Aku hanya mampu senyum dari telinga kanan ke telinga kiri sambil kontrol suara aku yg dah menggeletar nak tergelak. Cepat2 aku lari ke toilet nak kuarkan gelak aku yg besor nih.

Aku tolak je pintu toilet tu tetiba depan mata aku ada satu lembaga berwarna hitam. Pehhh... Giler tekejut aku..tapi masih mampu mengepit suara beb! Kepit, bang...kepit!!! Rupanya Ms.AS pula. Dia cakap sorry pasal aku tau muke aku tekejut giler babas nye time tu. Hahahhaha..mesti lawak giler muke aku kan? Hahahaha.. Anyway, aku pun masuk gelak puas2 beb. Aduh... tak tahan aku menyimpan gelak dalam perut. Dapat kuarkan amatlah lega.

Pastu tadi AbgKal asyik2 gi tempat Dahlia bincang keje. Memula aku dengo dia suruh buat mende yg ada "aura" ntah ape gamaknye. Pastu 2nd time dia dtg, dia suruh buat ada bunyik "BOOM". Hahahahhahaha... giler beb. Susah sangat aku nak control gelak aku. Aduh.... Ni nak buat military nye website ke ape?? Apsal ade bunyik bom2 nih? Klaka klaka klaka!!!! Pastu tak abih2 panggil Dahlia nak tunjuk itu ini. Ekekekeke... Lucu weh. Lucu!!

Aku terpaksa lah control muka beb. Skang tgh ada renovation kat ofis (yes, R.E.N.O.V.A.T.I.O.N) dan The Boss is sitting accross my station, and Mr.Standalone-Manager is located in the room behind me. Jadi...pempaham aje la. Cemana lawak pun keadaan, I have to display the straightest face ever!

Adoi....lawak tol la sumer orang. Satgi AbgKal nak dtg melawat Dahlia lagi. Hopefully aku mampu untuk mengawal muka dan suara aku. Hahahahah..

Thursday, May 25, 2006 0 Comments A+ a-

Kalau ada satu hari tu... pagi2 aku dikejutkan, diberi breakfast in bed - sausages & pancakes (tapi air nescafe), kemudian dibawa ke tempat yg sejuk, nyaman, aman damai, serta mempunyai pemandangan yg indah.... mesti best. Dan akan menjadi lebih best jika bukan aku yg memasak, bukan aku yg memandu serta bukan aku yg mengeluarkan duit.

Oh, indahnya hari itu.

Akan tetapi, in reality, aku yg memandu, aku yg mengeluarkan duit...dan mamak blakang yg masakkan breakfast.

Wednesday, May 24, 2006 0 Comments A+ a-

Pagi tadi Abg Kal held the door open for me ~

* Mata bertentang mata, adakah kau terasa... *

Hahahaha..aku ni serious giler.

Wednesday, May 24, 2006 0 Comments A+ a-

Ehehehe...pagi2 aku dah menulis. Abg Carl (sebut dengan nada dreamy) skang ade je kat ofis. Padanlah aku skang dah jarang nak pakai spek...rupa2nya mata aku dah tercuci! Ahaksss....

Anyway, semalam dalam lrt...ada incident yg amat lucu berlaku (at least for me, it was). Housemates Dahlia, Zura ngan Siti tu...diaorg ingat aku nih Tickle-Me-Elmo gamaknye. Tak abih2 nak men-tickle aku (sape ngajo ler bahasa cenggini). Aku ni VERY der geli biler orang pegang aku.

~ Ooopss break kejap. Tadi aku nampak Ganesh kat depan. Aww! ~

Aku rasa perbuatan kiteorg time tu diperhatikan oleh seorang brader nih, yg berkongsi tiang dgn kiteorg (tiang seri dlm lrt tuh ler..). Mana taknye aku rasa diri ini sangat tergedik2 biler diperlakukan sebegitu di khalayak ramai. Tapi kan, tiba2 tgh aku gelak tu, aku terdengar ade suara lelaki memanggil nama aku dari belakang. Terdiam seketika aku, lalu berfikir "Uiks, ade orang sebut nama aku ke tadik? Apesal suara lelaki? Peliknye peliknye!!!". Kali kedua lelaki tu panggil nama aku, aku pun toleh ler. Pastu tanpa salam, intro atau bertanya khabar, dia tanya aku, "Eh, ko kenal Suhaila tak?"... Aku pun tak sempat nak tarik napas, balas la pertanyaan dia. "A'ah kenal. Mak dia meninggal kan semalam?". Lepas tu kiteorg berbual rancak. Siap tanya kabor Mak Ayah kat kampung, citer pasal sedara dia, tok nenek, jiran, sepupu sepapat, adik bradik... cam orang kampung ler! Dari hujung mata aku, aku perhatikan brader yg berkongsi tiang tadi tu seakan2 confuse dengan apa yg berlaku. Ye la, one second aku tgh gelak2 ngan kawan2, the next second, aku sembang ngan sorang lelaki, tanpa perkenalan, siap tau salah-silah keluarga lagik!. Hahahahahah...aku taktahan ler ingat balik. Lawak giler. Aku rasa cam nak explain jek kat brader tu.... hahahahah...

Sebenornye lelaki yg tegur aku tuh, nama dia Azmir. Aku kenal dia masa aku rajin2 chat kat IRC tatkala umur aku 18 tahun. (Muda, bukan? Keh keh) Cemana lak aku leh tau segala2 pasal dia? Haaa... Azmir nih anak Pakcik Dolah. Pakcik Dolah tu orang Surau kat kampung aku. Mummy baik dengan dia, pasal wife Pakcik Dolah ni kakak kepada member mak aku, Auntie Adid. Pakcik Dolah ni plak tinggal dekat ngan skolah aku. Jadik aku kenal la anak2nye...kecuali si Azmir nih. Aku ingatkan anak Pakcik Dolah ni habis kat brader yg skola kat High School tu. Rupanya ade lagik sorang yg paling muda, (Azmir nih ler) tak skola kat Muo...dia merantau ke Skola Sains mana ntah kat Johor sana. Auntie Adid ni plak mmg dah sejak aku lahir kot...dia berkawan ngan Mummy. Jadik aku kenal ler anak2 dia sumer. Eh, anak dia ada 2 orang aje pun. Hahahahah.. Uncle Mail, husband dia...pandai masak. Pernah gak dia masakkan untuk kiteorg kalau ada buat makan2 besor kat rumah. Syiok, wa cakap lu... aku ske ayam masak merah dia. Fuhhhh...kelas!!!!

Oh, sambung. Setelah di siasat, rupanya Azmir ni sedara aku! Hahahahhaa.. Pertaliannya jauh. Atuk dia, adik-bradik (or sepupu, aku tak pasti) dengan BikChum (adik ipar Mummy, makcik aku ler) punya mak punya cousin (Cikgu Sabariah). Hahahhaha...panjang kan? Gitu2 la... Cikgu Sabariah ni plak cikgu aku masa kat skola rendah dulu! Ustazah ler. Masa kiteorg nak masuk pertandingan nasyid (jgn gelak la, tapi aku mmg budak nasyid la zaman skola dulu) dia siap bagitau sumer kengkawan aku yg aku nih cucu sedara dia. Hahahahah.. yela, betul la. Cucu sedara-tapi-jauh. Hehehehe..

Tapi aku dah lama lost contact ngan Azmir nih sebenornye. Kiteorg begaduh (ewah, cam kapel lak! Hahahah) skali dulu pasal dia belagak sangat! Aku ingat dia cam dah berubah, tapi smalam dia bagitau aku kazen dia dapat 9A dalam SPM (anak Auntie Adid tu ler) dengan penuh lagaknye! Kembali lah perasaan bebulu aku ngan dia. Hahahahah... Dia ni gak la yg bertanggungjawab memperkenalkan aku dengan ex-hasbeng. Jadi maybe sampai biler pun aku tak ske si Azmir ni kot. Hahahahhaa... Sangat jahat aku nih.

Maka aku pun baru sedar yg aku telah mencarut panjang giler. Must get back to work. Aku baru perasan la... aku banyak cakap la skang nih. Smalam Mummy tepon, habis 1/2 jam kiteorg bersembang. (or mengumpat, whatever u call it! Harhar) Ntah ape kena gamaknye ngan aku nih. Asyik nak cakappppp jek. Isk. Dah. dah. Wat keje!!!!!

Tuesday, May 23, 2006 0 Comments A+ a-

Pasti
Ning

Sayang...
Kehadiranmu di sisi
Indah dan bererti
Menyinari hidupku kini

Diri...
Tidak kekosongan lagi
Cinta kita kan bersemi
Tiada lagi rasa sangsi

Bisikan cinta
Darimu setia
Ku yakin kita kan bersama
Mengecapi bahagia

Jalinan mesra
Kita berdua
Ku yakin cinta kita ini
Untuk sehidup semati

Alunan melodi
Terasa kini
Naluri hati ku berkata
Pasti....

~ Oldskool beb!!!! ~

Gua suka lagu nih. Walaupun telinga gua sedang mendengar Deep Purple, Prodigy, P.O.D dan yg sewaktu dengannya... tapi lagu yg tertera di atas tetap menjadi pojaan hati gua! Yeay!!
Oh dan siler jangan silap tapsir. Lagu tu takde kaitan dengan love life aku yg tak wujud itu. Hanya berkaitan dengan kejiwangan diri ini. Ngeh ngeh ngeh....

* Eh... ada manager/consultant baru dok dalam bilik kat blakang aku nih? Sape ek? Apsal takde org kenalkan? PNC kot. Hahahahahahahahahhahaa. Ermmm...tapi apsal bukan Carl? (Ahaks..sempat menggatal lagik!)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Oh Abang Carl...! * Membuat dreamy face sambil kelip2 mata *

Tapi biler dia datang dekat, tgk dia betul2... ushar atas bawah, depan blakang... aku rasa... ermmm... takde la cam hensem bebenor. Maybe pasal dia tinggi, putih dan suaranya dlm telefon yg agak men-teruja-kan aku.... pasal tu terus dalam pala otak aku dah set aku suke dia. Ahahahahahah... statement!!!!

Memandangkan pala otak aku takleh nak grasp kerja pada harinih (unlike yesterday... pala otak aku rasa cam nak terpecah, mata aku dah nampak double) maka aku ada lah masa untuk meng-compare-kan orang2 disekeliling aku. Dan aku rasa la.. Abg Sperm kite tuh still no. 1 la. Aku tulis ni bukan saje2 nak mengampu suruh dia masakkan aku pasta-bercampur-sayur2an-yg-lazat-macam-haritu (hint hint!) ok! Datanglah manager yg botak ala mat salleh, the 2 Sivarajah consultants, COO yg drive BMW sekalipun... takbley lawan engko la.

Eiiii... Kalau Abg Sperm baca la post ni, aku rasa by now dia dah kembang, s e k e m b a n g -k e m b a n g tulisan ni. Aku dah puji tahap cipan ni kan, takde ke niat dihati nak belikan kasut Stuart Weitzman ke.. Nine West pun jadik ler! Bleh aku bergaya2 di pejabat. Kehkehkeh.

Eh dahler dahler. Aku nak cuba konsentret wat keje nih!!!

Saturday, May 20, 2006 0 Comments A+ a-

This time around, I'm spending my Saturday with the programmers. They are all a bit uptight la. Aku cakap ngan boss aku nak dtg, kol 11.15 baru aku masuk. Keh keh keh. Mana taknye, kol 9.30 baru aku mampu untuk mengheret badan aku untuk bangun dan mandi. Sampai ofis jek aku tak dengo bunyik pun. Udara pun takde! Cemana la my fellow programmers ni idup yek? Tanpa music dan kipas yg memberi pengudaraan. Pelik sungguh aku dengan diaorg2 nih. No wonder la aku tak melepak ngan diaorg sangat. Kuikuikui. Pakaian pun...aduhmakaih! Punyalah cun. Perempuan, ok..mereka2 nih!!! Aku selekeh je pakai t-shirt itam ngan jeans itam, kasut itam, mp3player itam, beg itam.. nih sumer kire uniform aku ler. Sejak IMU lagik la.. aku mmg agak terasa kepelikan diri aku apabila aku dikumpulkan bersama these people la.

Anyways, takleh lama. Keje banyak. Rasa cam nak datang lagi je esok. Tak cukup masa!!!

(Tapi still update blog jugak!)

Thursday, May 18, 2006 0 Comments A+ a-

Pagi-pagi hari dah hujan kan harinih? Sejuk air-cod kat ofis + sejuk hujan. Syiok. Kalau kat ofis ada tilam dan bantal empuk, serta comforter... maka haruslah aku menyembunyikan diri aku dibawah comforter itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kalau aku ni magic, aku akan zap-zap kan coding aku supaya semuanya siap dengan segera! Tanpa perlu aku fikir cemana nak susun layout nye, tanpa perlu aku kerah kepala otak, fikir ape variable, parameter and all those perkataan yg-aku-takde-idea-what-it-means-pun.

Tapi tiap kali aku menuding jari atau pensel aku dengan harapan terkeluarlah sparks ala2 Cinderella nye fairy godmother yg menyanyi "Bibbidi-bobbidi-boo" tu....tiada apa yg berlaku.

Dan kalau jugak lah ada software yg faham bahasa manusia biasa. Maka sejurus selepas kite record kan suara kite, memberi specifications tentang program yg kite nak develop itu, terbentuklah program kite yg sudah siap semuanya, hanya menunggu masa untuk dipakai oleh client... Akan aku cium software tersebut, dan menyayangi nye sepenuh hati. Mungkin juga aku akan bercinta dengan software tersebut.

Oh, nampaknya makin lama aku menulis, makin nampak tanda-tanda yg aku nih biol.

Wednesday, May 17, 2006 0 Comments A+ a-

Tak Mungkin Ku Melepasmu
Dygta

Mengartikan dirimu di dalam hatiku
Betapa ku sesali adanya dirimu
Haruskah ku bertahan demi cinta ini
Yang tak mungkin

Andaikan saja ada keteguhan hati
Tuk membuka kembali jalan cinta ini
Biarkan ku menanti semua janji kita
Sampai batas waktu mengakhiri
Dan tak mungkin untuk kita bersama
Di atas perbedaan yang slamanya mengingkari

Dan tak mungkin bila ku melepasmu
Sungguh hati tak mampu
Mengertilah cintaku
Dan tak mungkin

Semestinya tak ada yang memisahkan cinta ini
Karna hanya dirimu satu cintaku
Mengertilah cintaku
Percayalah cintaku
Apa mungkin...

Monday, May 15, 2006 0 Comments A+ a-

I want to love everybody. And I want everybody to love me back. I want to be known for my lovable character.

But first and foremost, I must learn to love. I must learn to be patient, polite, nice and kind to every single soul. Even if there's one soul who came walking in the office and say, "Scab, pack up the laptop and projector!". Or another soul who said, "Dude, seriously, I have feelings for you" and dissappear from life the next second. Menguji tahap kesabaran anda, bukan? Tapi takpa. Banyakkan bersabar. Selain human beings, I must also be nice to animals. No, cockroaches are pests and they are meant to be destroyed from the face of the earth!

* Oooopps! * Errmm.. that came out a bit harsh, kan? Anyway, moving on..

Aku rasa orang2 zaman sekarang kebanyakannya sangat sibuk dengan kerja masing2, carik duit lebih, marah dan bengang dengan superior/staff/collegues, berlumba-lumba dan menunjuk-nunjuk akan kejayaan masing2. Sibuk ikut trend semasa.... dan lupa akan perkara2 yg lebih penting. Dan yg lebih penting itu adalah keamanan serta perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain. Tidak lupa daratan dan mempunyai rasa belas kasihan. Dan kesemuanya itu, equals to love.

* Oooii pompuan! Ape engko mengarut nih? *

Uhh..maafkan saya. TER membebel pula. Ape pun, paham2 jek la maksud aku. Now I have to get back to my heavy workload, and wishing my knight in shining armour would come rescue me a little bit faster.

* Damn! *

Sunday, May 14, 2006 0 Comments A+ a-

What a better way to spend a Saturday night at the office with 3 of your friends, a.k.a 2nd family members?

It's Sunday morning and I'm still here dengan baju tidur aku. Kehkehkeh. Thank God I didn't wear a kaftan when I went out for dinner with them last night. Eh, tapi maybe a kaftan's better la. Ask me why.

No air-conditioning la! Aduh... kipas plak ada satu jek. The other one's in the other office in which we don't have the keys to. Apart from that, everything's ok.

Agak kasihan melihat rakan2 aku terpaksa berkurung kat ofis since Friday. They had so little sleep. Unlike me, of course! Ha ha. Accompanying them throughout the night is the least I can do. It's not like I have any other plans anyway. Can't wait to get out of here, actually.

On the brighter side, I get to wake up early with a beautiful city view dan udara segar dari 14th floor. Oh, plus the smell of coffee. Splendid.

Thursday, May 11, 2006 0 Comments A+ a-

Anom... please la dude. Jika kau terbaca blog ni dulu sebelum ko mereply email aku.... Tolong la!! Cepat sket reply email tu. Sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan.

Oh tidak Nom... last week member Convent aku sms kata dia nak kawen 3hb Jun ni. Smalam Mummy aku call kata member aku nye kakak kawen ujung bulan ni. Dan aku jugak dapat Walimatul Urus dari member skola agama aku 4hb Jun ni. Tetiba aku bukak email tgk ko tanya aku free ke tak 27 & 28 ni???

Ape nih?? Ko nak tunang ke??

Cepat la reply email aku Nom...!!! Aku berdebar2 dah ni... ko sebut je ko nak tunang ade yg menangis ni karang... Sedih ni. Cepat!!!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adoii laaaaa.... lega jantung, limpa, hempedu, trakea, esofagus, bronchiole aku sumer.... Baru la tenteram hati dan perasaan ni nak buat keje. Rupanya bukan la Anom nak tunang. Boipren Cik Anom punye kakak laaa nak kawen. Wah wahhhhh....lega kemain lagik aku. Hehehehehe...

Maapla Nom. Bukannya aku takmau ko tunang ke ape ke... cuma aku tekejut jek. Banyak sangat news orang nak mendirikan masjid nih sejak2 kebelakangan nih. Aku nak beli simen utk masjid aku pun takde lagik...apetah lagi nak mendirikannya terus. Isk isk isk....

Wahai rakanku Hanum...ko telah membuatkan aku lega!!!! Satgi balik bleh tido dengan aman.

Wednesday, May 10, 2006 0 Comments A+ a-

Pada suatu hari, ada seekor gajah. Gajah sedang berjalan di dalam hutan. Tiba2 gajah ternampak seekor semut. Gajah pun menjerit.

"AaAaAaAAaAAaAAaAAaAAaAAaAAaAAaAa...!!!"

Maka gajah itu pun lari lintang-pukang.

Tuesday, May 09, 2006 0 Comments A+ a-

Sejauh Mungkin
Ungu

Lelah hati yang tak kau lihat andai saja
Dapat kau rasa kan letihnya jiwaku karna sifatmu

Indah cinta yang kau berikan kini tiada
Lagi kudapatkan teduhnya jiwa

Baiknya kupergi
Tinggalkan dirimu
Sejauh mungkin
Untuk melupakan
Ooo...

Indah cinta yang kau berikan kini tiada
Lagi kudapatkan teduhnya jiwa

Baiknya kupergi
Tinggalkan dirimu
Sejauh mungkin
Untuk melupakan
Dirimu yang slalu
Tak pedulikan ku
Yang mencintaimu
Yang menyayangimu
Bila saat nanti aku jauh
Kuharap kau mengerti
Kuharap kau sadari

Monday, May 08, 2006 0 Comments A+ a-

Blog-ku-sayang,

I feel like a W.o.M.a.N today. I know, I know.. it's yuck-y admitting it, but really, these presents Mummy & Makton gave makes me feel that way. Don't get me wrong though. I L.o.V.e the presents to bits, and praying each second that I can take good care of 'em.

So I guess now I have to be extra careful & G.e.N.t.L.e all the time. Like, every second of the day. Sesungguhnya aku terkenal sebagai seorang yg ganas dan kasar. Aku bukanlah seorang yg lembut dan begitu keperempuanan. Jadi, from this moment on, I have to adjust myslef to being a L.a.D.y.

Yuck, yuck, yuck!!!

Aku nak temuntah citer pasal pompuan2 nih. Muahahahahhaa....

Dahla. Can't wait to go to KLCC petang ni...nak tengok other girly stuff that I can buy.

;p

Note: You should see Dahlia gelakkan aku semalam. She laughed so hard, she's on Medical Leave today.

Thursday, May 04, 2006 0 Comments A+ a-

1. A few weeks ago, I read a post from Guzz entitled "Err.... Sorry for the confusion lady.... ".
2. This morning Mummy said she likes my blouse coz it's big, and I told her I look like a pregnant lady.

.... and the story begins at Masjid Jamek this morning around 8.00am ....

As usual, aku sumbat kedua2 telinga aku dengan earphone untuk mendengar lagu. Putra LRT sampai, aku pun masuk la. Aku orang yg last, so aku berdiri dekat2 dengan pintu tapi dapat memegang tiang kat tempat orang duduk tu.

3. Ekspresi muka aku agak sedih, down, penat... cenggitu la kot. (Sape2 yg pernah tgk gambar "pregnant" aku kat Desaru tu tau la...)
4. Memandangkan baju dalam aku tertinggal kat Muar, dan baju ni plak agak luas pembukaan lehernya, maka baju aku tertarik la ke belekang dan pada bahagian depan macam tergantung la gituh.

Dapat bayangkan tak? Kalau dapat ok la. Bagus. Hehehehe...

Berbalik kepada cerita.....
Tiba2 tangan aku dicuit oleh orang. Aku ingat Prisha, officemate yg kadang2 aku terjumpa dalam LRT. Aku toleh dan melihat seorang gadis Cina dah halfway nak berdiri, offer aku duduk.

Ok, you can start laughing now.

Tak syak lagi dia ingat aku pregnant! Dia tunjuk aku seat dia, suruh aku duduk. Aku yg nak terbahak2 gelak kat situ declined with a smile. Pastu dia buat muka terkejut beruk pasal aku taknak duduk. She insisted, but I kept declinig. So in the end dia duduk lah balik. Orang2 yg lain kat sebelah2 aku...kat depan dia (seorang mamat agak hensem) dah ready nak bergerak. Tapi muka diaorg pun cam pelik...sumer pandang2 aku dengan confuse.

Adakah aku malu?
Hmmmm...takde la sangat. Kalo aku malu, aku bleh rasa muka aku panas dan menjadi merah. Tapi aku tak rasa pun tadi. Cuma aku rasa SANGAT LUCU dan membuatkan aku tersenyum menahan gelak sepanjang perjalanan aku ke ofis.

Hahahahahahahhahaha....

Masuk je ofis, I laughed out loud! Serious punya gelak sampai my collegues pelik. Then I told them the story. Kehkehkeh. One friend said "Memang la, tengok la u punya rambut macam mana.."

Oh, so then it struck me that aku buat sanggul la rambut aku. Kire cam kalo korang pegi hospital tengok orang yg tengah sakit nak beranak... ha... cenggitu lah rupa aku.

So, this incident has got to be THE joke of the month, and I hope you enjoy lauging at my story.

The End.

Wednesday, May 03, 2006 0 Comments A+ a-

Thank God I didn't kill mamat-tingkat-tiga when I saw him after lunch kat lobby. I'd kick him hard on the ass, hit him on the face berkali2, tampar2, sepak2, dig his heart out with my bear hand (macam citer Indiana Jones tuh ek?) and finally dump him in the trash.

Oh the temptation!!

Luckily, I am more in control of my emotions now. Trying my very best to smile all the time, to anybody (especially cute guys & men in expensive cars). I do hope one of'em would notice me one of these days. Al-maklumlah, aku ni selalu berada in the shadows aje. Pakai pun baju kaler itam jek. Mana la orang nak nampak kan? Lagipun kalo orang nampak aku mmg diaorg akan lari punye. Dahla gemok, pendek, banyak jerawat plak tu. Isk. Huduh.

Adoi...nak nanges la plak rasanya.

Tuesday, May 02, 2006 0 Comments A+ a-

Of all the things I want to say.... I think the best summary would be...

"Babies are adorable".