Friday, May 26, 2006 0 Comments A+ a-

Today has got to be the funniest day of the week!

Semuanya bermula dengan Mr.3A yg berdiri depan station aku sementara menunggu Mr.Standalone-Manager untuk bersiap2 gi Solat Jumaat. Aku nampak la dari tepi mata aku, dia berdiri je tak wat pape. Pastu aku nak tegelak, aku pun buat2 la bukak laci aku amik hp, cek credit (padahal dan RM0.00 dah) tapi tak jalan gak. Aku nak tergelak. Aku pandang Dahlia, dia pun pandang aku. Ni yg leceh sket pasal aku takleh tgk muka Cik Dahlia ni. CONFIRM mmg gelak punya. Sebelum aku tergelak beso, aku tutup mulut aku. Pastu Dahlia pun panggil aku soh gi tempat dia (thanks beb...selamatkan aku) dan aku terus2 je pegi.

Tengah2 dok meng-kaver gelak kat tempat Dahlia, tetiba datang lak AbgKal. Terpaksalah aku berundur diri pasal aku tau dia nak bincang keje ngan Dahlia. Aku ni dah ler tgh tahan gelak, AbgKal tu nak gak buat statement sambil pandang aku. Aduhai. Tambah la lagik satu gelak factor aku. Aku hanya mampu senyum dari telinga kanan ke telinga kiri sambil kontrol suara aku yg dah menggeletar nak tergelak. Cepat2 aku lari ke toilet nak kuarkan gelak aku yg besor nih.

Aku tolak je pintu toilet tu tetiba depan mata aku ada satu lembaga berwarna hitam. Pehhh... Giler tekejut aku..tapi masih mampu mengepit suara beb! Kepit, bang...kepit!!! Rupanya Ms.AS pula. Dia cakap sorry pasal aku tau muke aku tekejut giler babas nye time tu. Hahahhaha..mesti lawak giler muke aku kan? Hahahaha.. Anyway, aku pun masuk gelak puas2 beb. Aduh... tak tahan aku menyimpan gelak dalam perut. Dapat kuarkan amatlah lega.

Pastu tadi AbgKal asyik2 gi tempat Dahlia bincang keje. Memula aku dengo dia suruh buat mende yg ada "aura" ntah ape gamaknye. Pastu 2nd time dia dtg, dia suruh buat ada bunyik "BOOM". Hahahahhahaha... giler beb. Susah sangat aku nak control gelak aku. Aduh.... Ni nak buat military nye website ke ape?? Apsal ade bunyik bom2 nih? Klaka klaka klaka!!!! Pastu tak abih2 panggil Dahlia nak tunjuk itu ini. Ekekekeke... Lucu weh. Lucu!!

Aku terpaksa lah control muka beb. Skang tgh ada renovation kat ofis (yes, R.E.N.O.V.A.T.I.O.N) dan The Boss is sitting accross my station, and Mr.Standalone-Manager is located in the room behind me. Jadi...pempaham aje la. Cemana lawak pun keadaan, I have to display the straightest face ever!

Adoi....lawak tol la sumer orang. Satgi AbgKal nak dtg melawat Dahlia lagi. Hopefully aku mampu untuk mengawal muka dan suara aku. Hahahahah..