Thursday, June 29, 2006 0 Comments A+ a-

Demam nak shopping kasut dah habis. Rasa cam nak beli kemeja pulak. Tapi takleh. Hujung bulan depan roadtax mati. Insurance nak kena bayar lagi. Bulan 8 pulak nak register semester baru. Semuanya bergantung pada payslip bulan 7. Tapi payslip bulan 7 memerlukan pertolongan dari ibu.

* Anak taktau malu! Dah ada gaji sendiri tapi still ditanggung Mak! *

Tahun ni aku estimate major payment aku untuk bulan 7/8 dalam RM3k. Tak termasuk monthly pass lrt, tol & minyak balik kampung, hutang MARA, duit belanja, bayar cuci keta, api & air dan jugak duit pantry. Walaupun duit pantry cuma RM10, tapi berkira jugaklah. Tau2 je la pasal ape. Malas nak cakap.

Menimbulkan KEMARAHAN.

Sperm kata nak kidnap aku. Dengan harapan ada orang nak beli dan kasi dia duit lah. Tapi maybe aku yg patut kidnap dan jual dia. Mana2 je kiteorg pegi, orang sentiasa akan memandang ke arah dia, instead of aku dan Dahlia. Hmmm.. boleh tambah duit cenggini. Esok aku kidnap dia la. Untuk weekend.

Berbalik pada cerita. Gaji aku baru je berapa. Belum tengok orang lain yg gaji 5-6 ribu. Mesti perbelanjaan diaorg sampai RM8k. Biasala, lagi tinggi gaji, lagi banyak hutang. Tak faham betul aku dengan konsep tu.

Oh dan aku sangat sakit hati. Aku nak tengok bola. Tapi siaran TV biasa yang free tu tak tunjuk semua. Bengang. Nak pasang ASTRO takde duit. Kalau ada pun bukan aku tengok. Kalau aku tengok, jawabnye tak balik kampung lah aku. Bak kata pepatah lecturer aku, Encik Nazul:

"Gua BENGKEK!!"

Wednesday, June 28, 2006 0 Comments A+ a-

Aaaaaaaaarrrrrrghhhhhhhhh....!!!!!!!!!!

I LOOK LIKE A CLOWN!

Stupid insect bite!

STUPID! STUPID! STUPID!

Damn whatever-that-bit-me. My nose is SO red! Dah la muke aku nih merah sbb jerawat, aku pakai baju merah laktu. MERAHNYE IDUNG AKU!!!!

Eeeeeeeeeeeeeiiiiiiiiiii...!!!!!

Tolong la bagi aku paperbag, biar aku selubungkan muke aku nih.

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...!!!!
Nak nanges!! Nak menjerit!!
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...!!!!

Badut sarkis!!

* CRYING OUT LOUD *

Tuesday, June 27, 2006 0 Comments A+ a-

Mini Me

Ahaks.. Lucu lah aku tgk gambar aku nih. Cam.... pompuan. Ahahahahaha... Time ni raya, (sbb kalo tak raya, aku tak pakai baju gown, aku pakai shorts jek) baju tu favourite aku. Masa nak beli baju tu aku tenampak yg lebih cantik, aku nak tapi Mummy kata takleh sbb mahal sgt. (Time tu RM70 untuk satu gown kanak2 adelah mahal.. skang pun la.. heheheh) Dahulu kala aku mmg suka ikat rambut cenggitu. Kalo tak ikat dua, aku ikat senget macam heroin citer Full House tu. Keh keh keh. Zaman skang kalo aku buat, confirm orang ingat aku pompuan giler. Masa tu aku kurus sket la. Sket je tak banyak. Aku pun pelik cemana leh aku jadik cenggitu. Kejap je tapi...pastu aku gemok balik...sampai la skang. Muahahahaha..!

Monday, June 26, 2006 0 Comments A+ a-

Cerita 1

Nampaknye skang aku bley riak la buat sementara waktu.. sebab aku ada kawan kat rumah nak ajak merayau, melepak, menengok wayang dan sebagainye. Orang yg dimaksudkan ialah Mohd. Weng! Bukannya selama ni aku takde Dahlia, tapi dia ramai sangat bini lah. Balik gak Weng lepas 2 tahun dok kat UK. Tapi balik kejap jek tgh cuti. Bulan 8 nanti balik sana balik. Dia belikan aku keychain Cardiff. Dia kata nak beli Harrods punya, Niza dah kasi aku dulu. Ekekeke.. aku suke kawan2 aku tuh. Rajin belikan hadiah. Unlike aku, yg tak pernah nak bagi diaorg ape2. Hahahaha. Aku sungguh evil. Dia balik dengan rupa paras yang semakin hensem, serta telah menukar nama kembali kepada Fahmi. Wow!

Cerita 2

Semalam kat dalam kelas cikgu yg comel tu, aku tak berangan la plak. Habis kelas pun aku tak angau2 gituh. In fact dalam kelas, aku tak sabo nak habis. Aku rasa la.. pasal dia berpakaian kemas la smalam. Dia pakai kemeja macam nak pegi ofis, siap tuck-in lagik. Rambut pun cam kemas2 sket. Uiks. Aku takleh terima la. Terus tak jadi comel. Aku suke orang yg selekeh cam aku gak. Huhuhuhuhu. Tapi..... dia telah menulis nombor telefon nya di papan puith. Maka aku pun terus2 jek dial, save dalam fon dan save dalam memory aku. Maybe dah nak exam nanti aku try sms dia buat2 tanya soklan ke kan. Ahaks! Skali tu dia baca blog ni kan (jgn perasan la pompuan!)... harus aku mati kemalu-maluan.

Cerita 3

Skang ni designers sangat lah bizi. Pastu diaorg semua ada kawan baru iaitu AbgKal. Aku la sorang2 tersorok kat sebelah meeting room, stor room & pantry. Shahrul ngan Dahlia dok kat tempat aku, so orait lagi la. Aku buleh la bermanje ngan diaorg kadang2. Tapi biler aku cakap ngan diaorg pun, muke masing2 masam mencuka, pastu tak pusing dari pc pun! Encik Spermajalang tu lagi toksah citer. Duduk pun jauh kat tingkap sana. Kerja pun skang asyik kena panggil dengan Top Management jek. Memang tak boleh lah aku nak bermanje ngan dia. Lagipun The Boss soh dia berbaik2 ngan awek cun sorang tu jek. Maka terpaksalah aku mengalah demi kebahagiaan kawan aku. Hahahahahahahahah... Giler. Aku ni dah takde keje sangat gamaknye. Mengarut tahap cipan!

Shoutout

Anom : Beb, rindu siot kat ko ngan Fizah. Sabtu ni aku nak pegi Bangi, hanto assignment kat rumah cikgu aku terus. Alang2 ape kata kite gi jenguk Fizah? Jom aa lepak umah aku Jumaat malam. Sambil tu bleh kite merealisasikan impian kite untuk main masak2. Hehehehe. Jom la Nom... aku dah takde time lain nih. Kejap aje pun...malam tu aku maybe nak gi wedding member Weng. Ahad aku nak gi Nilai plak. Tengok kazen aku Hani yg sebaya adik ko tuh masuk college. Msg aku balik ek. Aku dah chup engko awal2 dah ni!

Friday, June 23, 2006 0 Comments A+ a-

Been reading medical stuff on the net about this disorder of some sort. I've had it for as long as I can remember, but tak pernah pulak aku ambik serious mende nih. It's no big deal I guess. From what I've read, it does not lead to any big-time penyakit.

"It can usually be treated, but there is no cure" - Wikipedia.

eMedicine listed a few of the complications that people who suffer from this disorder may have; irritation of the affected skin, emotional distress and social embarrassment.

I might have the two latter complications, but I don't think my affected skin ada irritation. Kulit aku memang sensitive, especially to the hot sun. Nanti nampak cam aku kena bakar.. kehkehkeh. As for the body part yang bebudak nih selalu nampak macam ada rashes tu... area tu tak terlibat pun. Still can't find any explanation for that. Maybe it's just super sensitive.

I came across this medicine, tapi aku rasa aku nak consult doctor dulu lah. And it has been a while since I last visited Dr. Shariff. I need some clarification. Korang yg terbaca ni takyah la tanya penyakit ape yg aku alami, tapi korang patut tanya:

"Dude, your company ada updated handbook for staff ka?"

- Some of the content have been removed under unforseen circumstances. -

* Muahahahaha..!! *

Thursday, June 22, 2006 0 Comments A+ a-

Kadang-kadang "Wow!", kadang-kadang "Eewww!".

But when the other half comes... you simply can't take your eyes off 'em.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ooii pompuan! Dah hari Khamis, ko sedo tak?
Assignment ape citer? 3 kuiz lak cemana?

Errrrrkkkkk.... Freak out!!

Keh keh keh.

Wednesday, June 21, 2006 0 Comments A+ a-

Aku baca satu blog ni. Novel. Dia kata dia ada 2 date dalam satu malam. Heh. Membuatkan aku terfikir. Lama giler babas aku takde date.

Serious lah. Lama nye! Date yg betul2 date. Bukan takat kuar lepak minum2 kat mamak dengan baju tido. Tapi date yg mana aku pakai cantik2 (HAHAHAHHAHAHA.. moh la gelak sama!), jalan dua2 dengan teman-tapi-mesra aku tuh (ooopss excuse me aku tak ske org pegang tangan aku ok), pastu gi sumaket tgk wayang ke.... jenjalan ke... pastu gi makan... pastu lepak2 buang masa.... pastu ronda2 naik keta... pastu dia hantor aku balik.... Eiii.. lamanya!!! Lagi lama dari last time aku amik cuti. Lagi lama dari last time aku demam. Hmmmm... last aku kuar dating maybe 2-3 tahun yg dulu kot ngan Capix.

~ Last year ngan Adik tu tak kire kot..pasal aku tak pakai cantik2 pun? (Biler lak aku pernah pakai cantik2 nak jumpa dia?) ~

Eh, aku nak kuar dating la weiii. Ade tak sape2 yg sudi? (Ahahahhahaha!!!) Husband orang, boyfriend orang tak mau la. Lelaki yang single jek. Tapi this weekend takleh. Ade kelas, ada quiz, hanto assignment. Next weekend la. Gaji dah masuk baru syok nak jenjalan. Tapi aku rasa tunggu 2 tahun lagi pun blom tentu aku dapat kuar dating. Ceh. Buang masa aku buat shout-out kat sini jek.

:P

Tuesday, June 20, 2006 0 Comments A+ a-

Smalam aku dapat satu sms dari no yg tak kenal kata: "This is the number I'm using while in Malaysia. Feel free to call." Confirm lah member aku yg kat UK kan? Balik kejap ke.. tapi aku tak call. Aku sms balik immediately. Tapi tak reply pun. Apsal ek? Tiba2 takde credit? Tiba2 takde coverage? Tiba2 bizi sangat sampai tak sempat nak reply sms aku? Atau saja nak suruh aku call dia balik? Sah aku takkan call. Orang yg aku call cuma Mummy je. Dahlia pun kadang2 kalau ada emergency.

Malas aku nak cakap pasal "kebijaksanaan" kawan aku tu kan. Whoever the person is lah. Bagi sms kat orang tak bagitau nama. Pastu biler ditanya takmoh bagitau. Dia tak rasa rugi ke pegi belajar jauh2 sampai ke UK?

End of Story.

Monday, June 19, 2006 0 Comments A+ a-

Balik Muar = BEST GILER....!!!!

Aman damai beb dok kat umah. TV dalam bilik aku konker sepanjang masa, tgk Cartoon Network, Disney Channel ngan Nickelodeon je. Heaven wa cakap lu!!!

Sakit pala pun ilang. Lapar pun ilang. Rindu kat Owen, Rempit, Snowie, Kecik, Taydoh, GLion, Trina & Skibo pun ilang.

Bestnye.. bestnye.. B.E.S.T.N.Y.E!!!!!

Thursday, June 15, 2006 0 Comments A+ a-

It's 8.45pm and I'm still in The Office. I only had 2 slices of bread for breakfast and a Cornetto for lunch. The last date I was at home in Muar was on the 7th of May 2006. I arrive at The Office at 8.20am everyday and go home at the earliest of 6.30pm. At night, I watch tv, cook, study and try to do finish my assignment. I spent my weekends at The Office, shopping around KL and attend classes. The last date I took leave was on the 12th of April 2006. Itupun cuti pasal exam.

So basically, I'm REALLY tense and tired ok. And I have to finish my work (in which I am my team member) by 12.00pm tomorrow. Tiap kali aku cuba angkat kening, urat2 kat kepala aku nih tertarik-tarik dan aku rasa kepala aku sangat berat.

Monday haritu, the moment CSI started, I cried. I have absolutely NO IDEA why I cried. And the tears won't stop until Prison Break habis. Aku tak sedih pun, tapi aku menangis teresak-esak.

Maybe aku ada masalah mental tanpa aku sedari. Aku rasa ubatnya ialah: Balik Muar! And I'm going back tomorrow after work. And if you try to stop me, I will KILL you!!!

Wednesday, June 14, 2006 0 Comments A+ a-

Assignments, Quizzes, Forums and Finals: Cemana Nak Manage Time Dalam Kehidupan Seharian.

Amacam? Cam title of a reseach paper tak? Huhuhuhu... nanti aku nak present kat IT & C nye symposium lah.

Biler sampai time nak kena submit assignment jek, ketegangan kepala otak tu mmg akan terasa. Hari2 akan berlalu tanpa kau dapat membezakan antara siang dan malam kerana kau akan berjaga sepanjang masa, selagi paper tu tak complete. Dan pada waktu itu lah kau akan merungut "apesal la aku tak pasang internet kat rumah" dan seterusnya membuat budget bulanan kalau kau nak pasang internet.

Forum pun nak kena participate sebab dia akan ambil kira sebagai carry mark kite. Tapi kau tak dapat nak post apa2 jika module pun kau tak baca, dalam kelas pun kau asyik berangan-tak-paham-satu-hapah-pun-yg-cikgu-ajar, assignment pun kau buat last minute. The only thing yg kau boleh post is "Thank You for the shared information".

Kuiz dan final? Toksah citer la. Memang menyuruh kau membenamkan kepala dalam buku, sepanjang malam dan weekends. Tapi biler lepas kau sit for the quiz and exam, menyesal sebab tak habis baca, tak concentrate masa baca, atau "aku ada terbaca tadi dalam module, tapi tak ingat la!".

Aku baru je menulis tentang situasi yg dihadapi oleh aku dan rakan2 lain yg bekerja sambil belajar. Tapi kepala aku dah rasa berat dan mata aku dah berpinar tgk monitor nih.

Heh. Nasib baik dah lunchtime. Mari kita berehat.

Monday, June 12, 2006 0 Comments A+ a-

I know if I write this, Cik Arin dan Cik Dahlia mesti bengang. Pasal diaorg dah dengar aku cakap menda nih sepanjang hari...semalam. But I can't help it lah. Nak cakap jugak.

~ Lecturer Multimedia aku COMEL...!!! ~

Aduh...rugi sungguh aku tak pegi 1st class haritu. Dan rugi jugak aku amik subject nih masa sem pendek. Kalo sem panjang, aku leh jumpa dia 5 kali. Sem nih cuma 3 kali je jumpa. Tak best btol!
Punye la semangat aku nak pegi kelas dia lagik sampai aku buat sket assignment aku malam tadi, dalam keadaan kepala yg sakit, sikit lagi nak pecah pasal main ujan hari Sabtu haritu pastu balik tak mandi. Hahahaha. Kan bagus kalau tiap2 semester OUM bagi lecturer yg muda, comel/hensem, tgk-gaya-cam-blom-kawen dan best (pasal bagi kuiz senang, dah la open book, pastu dia bagi jawapan lagik).

* Sigh *

Apesal la aku tak tulis no. tepon aku kat attendace paper smalam... masa dia mintak email add aku? Punye la lama dia tenung email aku, lenkali mintak aje la no. phone aku! Best ler dapat cikgu cam dia. Tak sabonye nak jumpa lagik. Dan harap jugak biler time break, classmate aku yg lagi 3 orang (yg dah kawen dan agak berumur dan takde can nak ngorat cikgu. Hahahah.) pegi toilet dan tinggalkan kiteorg utk sembang2 cam smalam. Keh keh keh.

~ Kalo dah gatal tu, gatal jugak la kan! ~

Weiii...tapi aku pelik la. Kepala aku sakit lagi nih. Maybe I should've taken 2 tablets lah smalam..Panadol tuh.

Friday, June 09, 2006 0 Comments A+ a-

Hello & Welcome Back to Me.

I was away for 3 days. Had to attend this KMICE thing. Knowledge Management International Conference & Exhibition. Urrgghhhh... very de not me ok! Kat Legend Hotel. Ada 2 conference sebenarnye. The other one was ICOCI - Something about technology & computer? But the company paid RM650 for me to be kat KMICE nye section.

I really hate to waste so much of the company's money... but I didn't get most of the presented papers during the conference. I was lost in space since 9.00 am until 4.00pm sepanjang 3 hari. (Oh tapi semalam habis kol 2, so balik rumah & terus gi tgk X-Men!). The only thing I heard was those French/Autralian/Indian/Arabic etc. accents. Aku suka pegi pasal tu aje la. Oh, and the free & ulimited supply of food! Other than that, aku tak brapa lah.

Participants were mostly CEOs, Managers, Datuks, Professors, Dr. . Cousin Mung's crowd, I would say. It wasn't that I don't understand what they were saying... but I just don't get it, ok! The accents are fine... we're used to speaking to foreigners masa kat IMU kan? Tapi isi kandungan percakapan diaorg tu.. aiyoh! Knowledge Management?! I know what it is, but....

WHAT??????

Anyway, I just love those cute Pak Arabs ok! Rambut tak banyak, ala botak. Yang ada rambut pun curly2 gituh. Comel! Hidung mancung, pipi merah2... Awwww!!! Comelnye... And the way they pronounce "Jelatek"? Waduh... music to my ears! Hahahaha... Banyak lah yg aku suka. Dan yg paling aku ushar (dari Germany kot) dari awal conference tu...dok sebelah aku masa satu Parallel session tu. Oh, nervous giler aku takleh concentrate langsung! Um... like I was concentrating anyway! Heheheh. Dr. Cotinat, a keynote speaker from France pun hensem. Tinggi orangnye. Dan yg paling comel pada aku adalah seorang French PhD student. Nama dia Chacker Dijas. Tembam2, muka merah2, rambut tercacak2, takde la pendek takde la tinggi sgt. Normal la kot. English dia tak brapa mahir...tapi what do I care?! As long as he looks like a cuddly teddy bear... aku suke!!!

The conference was made possible by those Professors, Dr. and lecturers from UUM (read - Kedah). Kalau kawan2 rapat aku, mesti tau yg aku nih suke kat orang Kedah. I was hoping there might be students ke... anak2 ke... yg dari Kedah dan biler cakap pun ada slang sana. Tapi harapan aku keciwa.. anak2 diaorg cuma boleh match kan dengan Fatin (my 6-year-old neice) aje! Maka terpaksalah aku berpaling tadah dan membesarkan mata aku untuk Pak Arab. Ada jugak orang Malaysia yg bleh tahan hensem, tapi agak nerd lah. Pakai spek, bawak bagpack, rambut pun skema jek.

* Eh...cam kenal je description tu??!!! Hahahahah...

Lagipun orang local nih...tiap masa pun kite leh carik, bleh jumpa. Jadi diaorg tu cam kurang kepentingan la... Hahahaha..jahatnye lah aku nih. Anyway, I kept a journal throughout the 3-day conference. Dimana aku telah menulis dengan banyak. Yela, aku tak paham ape diaorg cakap...nak watpe lagik! Tulis la kan? I wanted to post it here, untuk kenangan.. tapi maybe later lah. Min baca gak journal aku tu semalam. Dia pun dah boring tahap critical. Last2 kiteorg bertiga main sembang2 atas kertas jek. Keh keh keh.

Dan harinih, hari Jumaat...marilah kita bersama2 membuat kerja.

- End of story -

Monday, June 05, 2006 0 Comments A+ a-

Oh ngantoknye diri ini, pada pukul 3.15ptg hari Isnin, bersamaan 5 Jun 2006.

~ Huarrgggghhhhhh.....!!! Ngantok..... ZzZzZzZzZz ~

Cepatlah sket 16hb June. Harap2 weekend tu dapat balik Muo. Dah 5 minggu aku tak jenguk kampung halamanku tercinta.

Friday, June 02, 2006 0 Comments A+ a-

Ok, cenggini la. Memandangkan aku nih selalunya kebosanan tinggal sensorang kat rumah, hari2 aku celik mata, aku rasa agak tak sabar nak dtg kerja... berjumpa dengan kawan2. Apetah lagi biler tiap2 waktu AbgKal duduk hampir dengan aku, kdang2 aku bukak pintu nampak architect hensem2 melemparkan senyuman... sejuk sket jiwa raga aku nih.

Akan tetapi, semalam, The Boss came in early. Masuk pun dengan muka yg masam mencuka. My buddies came in lepas boss, so biler aku nak senyum2 dengan diaorg, nak ceria2 dipagi hari... masing2 pun muka masam mencuka jugak. Si Min pun sama. Dahtu dia cam bengang2 pasal internet takde, dia yg kena uruskan... kerja dia yg bertimbun2 tu lagi... maka dia mmg tak pandang kiri kanan lah. Aku cam tersedih plak tgk keadaan pagi semalam. Macam semua orang bermusuhan antara satu sama lain. If not for AbgKal, this office would be D.E.A.D.

Aku tak tau ape point sebenarnya menulis entry ni.

* Sorry I have to remove one part of the story. Takmau orang lain plak terasa ngan aku. Biar aku sorang jek.