Cerita 1
Nampaknye skang aku bley riak la buat sementara waktu.. sebab aku ada kawan kat rumah nak ajak merayau, melepak, menengok wayang dan sebagainye. Orang yg dimaksudkan ialah Mohd. Weng! Bukannya selama ni aku takde Dahlia, tapi dia ramai sangat bini lah. Balik gak Weng lepas 2 tahun dok kat UK. Tapi balik kejap jek tgh cuti. Bulan 8 nanti balik sana balik. Dia belikan aku keychain Cardiff. Dia kata nak beli Harrods punya, Niza dah kasi aku dulu. Ekekeke.. aku suke kawan2 aku tuh. Rajin belikan hadiah. Unlike aku, yg tak pernah nak bagi diaorg ape2. Hahahaha. Aku sungguh evil. Dia balik dengan rupa paras yang semakin hensem, serta telah menukar nama kembali kepada Fahmi. Wow!
Cerita 2
Semalam kat dalam kelas cikgu yg comel tu, aku tak berangan la plak. Habis kelas pun aku tak angau2 gituh. In fact dalam kelas, aku tak sabo nak habis. Aku rasa la.. pasal dia berpakaian kemas la smalam. Dia pakai kemeja macam nak pegi ofis, siap tuck-in lagik. Rambut pun cam kemas2 sket. Uiks. Aku takleh terima la. Terus tak jadi comel. Aku suke orang yg selekeh cam aku gak. Huhuhuhuhu. Tapi..... dia telah menulis nombor telefon nya di papan puith. Maka aku pun terus2 jek dial, save dalam fon dan save dalam memory aku. Maybe dah nak exam nanti aku try sms dia buat2 tanya soklan ke kan. Ahaks! Skali tu dia baca blog ni kan (jgn perasan la pompuan!)... harus aku mati kemalu-maluan.
Cerita 3
Skang ni designers sangat lah bizi. Pastu diaorg semua ada kawan baru iaitu AbgKal. Aku la sorang2 tersorok kat sebelah meeting room, stor room & pantry. Shahrul ngan Dahlia dok kat tempat aku, so orait lagi la. Aku buleh la bermanje ngan diaorg kadang2. Tapi biler aku cakap ngan diaorg pun, muke masing2 masam mencuka, pastu tak pusing dari pc pun! Encik Spermajalang tu lagi toksah citer. Duduk pun jauh kat tingkap sana. Kerja pun skang asyik kena panggil dengan Top Management jek. Memang tak boleh lah aku nak bermanje ngan dia. Lagipun The Boss soh dia berbaik2 ngan awek cun sorang tu jek. Maka terpaksalah aku mengalah demi kebahagiaan kawan aku. Hahahahahahahahah... Giler. Aku ni dah takde keje sangat gamaknye. Mengarut tahap cipan!
Shoutout
Anom : Beb, rindu siot kat ko ngan Fizah. Sabtu ni aku nak pegi Bangi, hanto assignment kat rumah cikgu aku terus. Alang2 ape kata kite gi jenguk Fizah? Jom aa lepak umah aku Jumaat malam. Sambil tu bleh kite merealisasikan impian kite untuk main masak2. Hehehehe. Jom la Nom... aku dah takde time lain nih. Kejap aje pun...malam tu aku maybe nak gi wedding member Weng. Ahad aku nak gi Nilai plak. Tengok kazen aku Hani yg sebaya adik ko tuh masuk college. Msg aku balik ek. Aku dah chup engko awal2 dah ni!