Monday, July 31, 2006 0 Comments A+ a-

1. Pukul 5pagi tadi, sedang aku melihat ribut yg melanda Bandar Muar... Tay-Doh membuat catwalk ke arah aku dan terus duduk bawah kain aku. Sambil dia memanaskan badan, kucing kaler oren sekor ni asyik la terbersin akibat demam selsema nya yg tak baik2 lagi. Kesian dia.

2. Adalah tidak elok bagi seorang gadis untuk mengurat mana2 lelaki yg telah berumahtangga atau ber - relationship, tidak kira sama ada relationship mereka itu dengan kaum sejenis mereka atau kaum sejenis aku.

3. Jika di suatu pagi mekanik botak yg sexy di bawah rumah anda memberi senyuman kepada ibu anda setelah terlihatkan anda yg sedang berjalan dibelakang, maka cepat2lah tunduk dengan penuh kesipu-sipuan sambil berharap anda ada the courage to smile back at him.

4. Walaupun anda tahu anda telah kecewa dan tiada harapan untuk bermesra seperti dulu... anda tidak perlu lah tertanya-tanya, "Politeknik JB kat mana ek?".

Friday, July 28, 2006 0 Comments A+ a-

Awek Sperm hantor link nih kat aku. Lawak betul lagu yg orang tu compose. Kena sebijik *gedebushhhhhh* kat Siti ngan Datuk K, serta Erra ngan Yusry yg tak bersalah tu.

But it's true la kan. Orang yg dah kaya dan ternama nak buat majlis giler babas nye besar2an. Habiskan duit dia sampai juta2 Ringgit Malaysia. Aku tau la itu duit dia, sukati dia la nak buatpe kan. Tapi tak nampak lagi ke jurang perbezaan antara dia yg kaya, dengan orang2 yg dipertontonkan kepada kita dalam rancangan Bersamamu kat TV3 tu? So maybe dia dah hulurkan bantuan untuk orang2 tu... Ok. Tapi kenapa rancangan tu masih ada lagi? Kenapa ada orang still mintak derma lagi? Apa pulak nak jadi dengan orang lain yg jadi mangsa perang, gempa bumi kat negara2 lain tu?

Pada aku la, takyah la dia nak membazir juta2 ringgit buat wedding of the year...sampai orang buat live coverage, buat majalah, letak citer kat front page sokkabo. Contohnye tak lain tak bukan, Erra ngan Yusry la. Giler tak hengat nye wedding! Tapi tengok last ape jadi? Bukan ke lebih baik kalau kita buat wedding secara sederhana... tapi berkekalan? Happy? Bukan sepatutnya macam tu ke?

Ok, maybe reason dia... dia tu celebrity no. 1 kat Mesia ni. Kalo tak buat majlis besar2an nanti peminat kata sombong dan sebagainye lah. Fine. Buatla majlis biasa, jemput semua orang, dan budget la makanan banyak2. Janji cukup sifat dah la. Yang nak kena berlebih-lebihan tu kenapa?

Sama la concept nye dengan jenama2 kereta yg ada kat pasaran sekarang. Kalau dia amik Siti jadi duta, dia bagi keta sebijik kat Siti tu. Adoiiii.... kan ke orang tu dah kaya? Dah ada Mercedes sendiri? Why bother kasi dia? Kenapa taknak bagi sebijik kat orang yg can't afford to buy a car? Hah dah kalo nak sangat publisiti untuk promote keta dia tu, jemput la press. Kasi kunci kat orang kebanyakan tu sambil reporters amik gambo, pastu paste kat dalam paper. Nampak la company tu buat kerja ala pro-bono kan? Baru la nampak ikhlas dan baik hati nye company tu.

Rancangan Gila-Gila Shopping tu lagi aku takleh terima hakikatnye. Dia pamper habis orang2 yg dah sedia kaya tu. Maybe tak kaya, tapi mampu la semuanya. Yang masuk pun executives, lawyer and what-nots la. Pastu bagi RM3k untuk shopping semata2, bagi hadiah kat family members dia.

Deyyyy!!!! Beratus ribu lagi umat manusia kat luar sana yang memerlukan bantuan la. Dan segala bantuan tu berasaskan kewangan. Kenapa kasi saja2 kat orang yg mampu? Kenapa kena pamper orang yg dah pernah pegi overseas, tido kat Hilton sana sini? Kenapa kena mintak PDA when you don't really need it?

So kat sini nak bagi kesedaran kat diri sendiri dan kawan2 yg lain jugak lah. Sebelum kite splurge, fikirkanlah... kite dah menyumbang kepada kebaikan ke blom? Kalo dah, siler la continue shopping tu. Kalo blom, hulurkanlah sikit ikut mana termampu.

Kalo aku Datuk K, aku akan buat shelter ke, pusat pekerjaan ke, pusat penjagaan kesihatan ke... dan aku akan make sure takde lagi orang2 kat sekitar area Masjid Jamek yg meminta derma begitu sahaja. Akan aku beli segala kerepek yg ade kat orang naik wheelchair yg jual kerepek tu. Haritu kat Putra Masjid Jamek tu, Prigles kot...ada buat promotion kerepek dia. Ramai giler orang nak cuba. Tapi orang atas wheelchair yg hari2 jerit promote kerepek dia tu...takde sorang pun pegi kat dia. Dan masa aku lalu sebelah orang tu, aku terdengar dia cakap.. "Aku yg jual kerepek hari2 kat sini takde orang pun nak beli".

Tak ke sedih dengar statement tu?

Wednesday, July 26, 2006 0 Comments A+ a-

4 hari tak tengok muke ofis, harini balik sini cam malas sangat rasanya. Knowing that I'll be home in Muar again this Friday, menambahkan lagi tahap kemalasan aku ini.

Saturday haritu mmg best. 4 orang kanak-kanak lelaki aku telah jumpa. 3 orang tu anak-anak sedara aku. Yang lagi sorang tu, tok nenek dia bawak dtg, so dia takde kawan...dia main bola ngan aku. Awww~ Hensem plak tu. Umur dalam 2-3 tahun kot. Nama dia Danish. Kening punye lebat, cam anak omputih pun ade. Tak banyak cakap, tapi asyik menjerit "Yeay!". Asalnya Mummy je yg suka main ngan dia...pasal sblum ni masa dia 1st time dtg umah aku Mummy je yg ada. Haritu dia sampai umah aku je, terus2 masuk dalam carik Mummy. Nampak je dia jerit "Yeay!" ahahahaa..comel giler. Masa main bola ngan dia, aku tendang la ke arah dia. Terkuat sket la tendangan aku tu. Skali terkena kaki dia. Jatuh pulak anak orang tu. Aku dah seram dah. Dia lak boleh bangun, angkat2 tangan macam masuk goal... pastu dia lari gi depan cari tok dia. Sepanjang dia lari ke depan tu dia jerit "Yeay!". 5 saat pastu dia kuar balik, sambung main ngan aku sambil jerit2 "Yeay!". Klako la. Pastu Nur sambung main ngan dia pasal Mummy dah suruh aku ngan Dahlia masuk dalam mandi sbb kena balik KL dah. Kiteorg masuk bilik...tido. Hahahahha.... tau2 dah kol 6, itupun Mummy yg kejut. Kata sumer orang dah tunggu kat luar nak tgk kiteorg balik. Yang kiteorg ni bantai tido dlm bilik. Kepenatan! Hahahahha. Aku penat la main bola ngan Danish tu. Dahlia penat ape gaknye, dok kat atas kosi kat tepi tu jek. Panas matahari pun tak kena. Heheheheh.

Tambah best lagi Manji ngan Makton soal-siasat Dahlia plak pasal love life aku yg non-existant itu. Ade ke tanya aku nak kawen dah? Ceh. Penat aku jadik anak sedara diaorg, bleh tak kenal lagik aku? Hahahaha. Kalo aku dah ade boipren sekali pun aku akan kabo kat sumer sedara mara aku...toksah risau ler. Tiada apa yg perlu aku rahsiakan.

Aku rasa sangat lucu lah keluarga aku. Semua orang cam menunggu turn aku. Mummy plak cam dah start risau aku takde boipren. Pantang aku sebut nama kawan lelaki, sumernya Mummy nak soh aku ngorat. Tapi nak wat cemana, setiap kali tu jugak lah aku akan kata, "Dah ada girlpren/ dah kawen/ dah ada anak la Mak...". Despite semua itu, aku (yg sumer org dok risaukan) jugak tak ambik endah akan diri aku sendiri. Lantak la ape nak jadik. (Haritu aku cakap cenggini kat Mummy, pastu kena marah. Hahahah. Padan muke aku.)

Eeeeiii... pening pun pening. Klako pun klako. Last2 aku jadik konpius. Tapi yg buat aku lagik konpius... nih menatang merah yg timbul kat idung aku skali lagik nih. Bukan jerawat... tapi cam kena gigit nyamuk. Dan sekarang aku dah rasa badan aku plak gatal2. Adoiiii... banyaknye dugaan! Ok la nak gi toilet. Mau cekout ape la yg membuatkan aku gatal2 nih.

Friday, July 21, 2006 0 Comments A+ a-

Saya ada seorang kawan bernama Min. Min ialah seorang perempuan yg sudah berkahwin dan tahap kenakalannya semakin bertambah. Min suka membuat saya tersipu-sipu dihadapan kawan-kawan. Saya sangat malu. Akan tetapi, saya suka berkawan dengan Min kerana dia pandai menyelesaikan masalah pengaturcaraan, dan rajin menolong orang.

Rakan saya seorang lagi yg bernama Dahlia. Dahlia sangat suka mentertawakan saya apabila muka saya menjadi merah. Kadang-kadang, tanpa sebarang sebab pun Dahlia suka ketawakan saya. Tetapi saya juga suka berkawan dengan Dahlia sebab dia teman saya makan KFC malam tadi kat KL Sentral.

Kawan lelaki saya yg bernama Shamarque suka meminta pertolongan saya. Setiap kali saya ke dapur untuk mengambil air atau gula-gula, Shamarque mesti akan memandang ke arah saya dengan muka yg agak kasihan dan menyuruh saya mencari apa-apa makanan yang boleh dikunyah. Contoh terbaik adalah kerepek. Saya juga suka berkawan dengan Shamarque sebab dia suka puji saya dan membuatkan saya bertambah kembang.

Seorang lagi kawan saya namanya Spermajalang. Dia adalah seorang buaya darat yg berasal dari JB yg tak best itu. Hobi dia ialah melihat perempuan2 cantik, dan membiarkan dirinya dilanda gosip dengan perempuan-perempuan yg belum berkahwin di pejabat. Saya suka berkawan dengan dia sebab saya selalu suruh dia pergi membayarkan makanan saya di kaunter bayaran.

Dan saya... ialah seorang yg malas dan jahat.

Wednesday, July 19, 2006 0 Comments A+ a-

With these 2 (and more) IT guys in the company yg menjaga server, network dan sebagainya... blog ini tidak dapat lah aku update. I'll just email any of you guys if it gets too f**ked-up over here. Oh hey, it already is!

* Sigh *

Bosannya idup tak dapat nak blog. Nak pasang internet kat rumah pun aku tak termampu. Tapi kan... I wonder if they're gonna block OUM nye website. If they do, then confirm lah apa yg dipelajari dalam kelas aku takkan share walau sekecil habuk pun dengan mereka. Even if sharing and practicing will improve my knowledge.

Sakit hati kan...kalau kite tak pernah berkira dengan diaorg, tapi dibalas seperti yg terjadi skang ni. Aku make sure aku balas balik berapa minit aku gi toilet, check email, blogging and other stuff... dengan masa yg secukupnya membuat kerja.

Aduhai. Kalo nak citer pasal ofis.. sampai pecah kepala, sampai terkeluar bijik mata, sampai pecah anak tekak, sampai hati kau terbakar dengan api yg sangat marak pun... memang tak habis. So that's what I told my friends - "baik citer pasal Siti ngan Datuk K, pasal lepas diaorg kawen, citer akan habis".

Alangkah bestnya kalau aku keje kat Muo. Kalau sakit ati cemana pun, balik keje bleh pegi lepak Tanjung. Tengok sunset ke, kasi monyet makan ke, cari biawak ke, duduk2 lepak kat tepi muara tu ke... seronok sket idup aku. Tenang jiwa. Lagi tenang kalo tiba2 Cikgu Fakarudin lalu depan mata.

* Aaaaww~ *

Tuesday, July 18, 2006 0 Comments A+ a-

Why read the newspaper when the news are about Mawi breaking up his engagement with Ina, more War, and Siti getting married to Datuk K because "kasih sayang beliau terhadap empat anaknya, itu yang membuatkan Siti kagum".

Damn. Ade ke itu alasan dia? Buleh kasi alasan lain tak? Mana ada bapak yg tak sayang anak?

*Dan kat sini hati aku berdetik seketika mengenang nasib diri*

Tengok Hafezh tu. Punye lah sayang Amni. Takde lak Siti nak kagum, pastu kawen ngan Hafezh kan? Najib pun sayang Haziq (eh, betul kan nama anaknye?).

Oh, memandangkan tgh bercerita pasal anak... korang sumer tau kan Nasrah dapat baby boy. Last week, awal pagi Isnin ke...malam Ahad kot.

So ok, kesimpulannya aku amat bosan dengan Siti. Tak habis2 dengan news yg besar2an. Tak cukup lagi glamer gamaknye. Lepas dia kawen ni, mesti dia senyap kan? Peminat pun ramai yg tak suke dia kawen ngan Datuk K. Isk...tapi nak wat cemana kan. Kalo dah dia suke kat lelaki berumur itu. Umur tidak menjadi penghalang.

WTF?!

Monday, July 17, 2006 0 Comments A+ a-

Ok people, get ready for another renovation!

Maybe ada, maybe takde. But right now, ofis ni tgh riuh rendah dengan mamat2 baru itu mengangkat meja, mengatur server, almari dan sebagainya. Selalu aku akan rasa bersalah sbb tak dapat menolong. Errmm...maybe not to those guys tapi kepada rakan2 yg lain. Contohnye tadi Mai dgn Yang dok susun buku dalam almari kat blakang aku. I wanted to help. Ye la, dah mende tu btol2 blakang aku. Kalo aku tak offer to help kang, sombong sgt plak aku nih. Tapi The Boss ada, and I have tons of work to finish... so aku tatau cemana nak buat. Kalo aku tolong, kang dia bengang lak aku tak buat keje aku. Dah last2 aku malu sgt, aku lari ke tempat Min. Tapi tetiba diaorg lak dtg tempat Min cakap meja dia nak kena alihkan. Maka aku pun balik la tempat aku, dan dengan rasa malu yg amat, membelakangkan rakan2 yg tgh susun buku kat rak.

Eeeiii...susah btol ofis ni tau. Nak bergaul pun ko rasa serba-salah. Nak tolong menolong pun ko nak kena pandang2 boss dulu. Mana taknya sumer org yg baru join ofis ni pelik kenapa kiteorg tak bercakap, susah sgt nak dengar bunyik dari tempat ni. Maybe aku je yg terlebih2 rasa kot? Pantang nampak org buat keje, aku rasa cam bersalah kalau aku tak tolong. Pasal aku tgk Zaila, Noriah & Omar cam buat bodo je? Omar ade la tolong mamat2 tu tadi...tapi on request je nampaknye. Tapi aku tau kawan2 aku tu bukannya takmoh tolong, cuma tension sbb dah banyak kali asyik dok pindah barang sana-sini. Dan sama la kot, kalau diaorg tolong, keje tak siap. Pastu kena deal dgn boss. Tapi kenapa diaorg cam bleh buat selamba je ek?

Hmmmm...maybe aku sorang je kot yg over.

Thursday, July 13, 2006 0 Comments A+ a-

sayang jauh dibalik awan..
wajahmu tetap berseri-seri...
laksana bulan...sedang mengambang.. (ehhh????!!)
menawan dan menggoncang....
dalam kalbu...

oh angin meniup bawa daku ke sana...
hasrat ku ingin bersama2...
tak tahan rasa hati menderita...
gelora asmara...
selalu menggoda...

--- biler tinggal aku sorang kat ofis, lagu nih jadi sangat best. rasa macam aku tgh relax2 atas katil kat rumah. ---

Tuesday, July 11, 2006 0 Comments A+ a-

Note : Aku dah banyak kali tulis ape yg aku tulis kat bawah ni. Takyah la korang buang masa membaca. I treat this blog macam journal aku. So ni semua adalah catatan untuk diri aku sendiri di masa hadapan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

When Mummy gave me that green light to get married, semuanya cam... berubah.

Suruh aku mengurat lah, suruh aku pakai cantik2 macam pompuan, suruh kemas rumah, belajar masak, suruh aku berjimat, simpankan aku duit, buy me girly stuff.... Eeeeeiii..!!!

Balik Muar haritu aku temankan Az jumpa boipren, Makton lak kata "Asyik temankan orang je? Sendiri punya biler nak ada?". Dan Mummy plak kata "Takyah la temankan orang, nanti diaorg berdua, Jhn pulak nanti kena jalan sorang2".

Yup, aku sedia maklum semua tu. Aku dah banyak kali temankan orang dating and ended up alone. Tapi nak wat cemana, aku pun memang hidup sorang2. Aku lebih senang sorang. Weekends pun aku gi shopping sorang, makan sorang, tgk wayang sorang... I like doing things on my own, dimana I don't have to deal with orang lain punya perangai dan kehendak. Tapi of course aku pun ada perasaan jugak. Aku pun rasa sedih gak kadang2 sbb aku kena tinggal sorang while others are having fun...kan?

Eh. Ter emo plak. Sorry. Ekekekeke....

Memandangkan Az telah dikenalkan kepada boiprennya itu oleh seseorang, aku tanya la Mummy kalau2 ada yg Mummy nak kenalkan kat aku. Malang skali jawapan Mummy, "Jhn carik la sendiri kat KL sana...kan ramai orang. Kat Muar ni mana ada sape2." Masalahnya orang kat KL ni semua takleh dipercayai. Dan aku rasa Mummy taknak kasi aku dengan orang yg keje kat Muar pasal diaorg punya range of gaji tu agak kurang kot... Yela, lelaki yg lingkungan umur aku semuanya either belum stabil atau kerja biasa. Yang kaya ada, tapi umurnya agak jauh dgn aku la kot. Aku bukan memilih, tapi Mummy yg memilih. Ekekeke.. suke2 hati aku jek. Tapi betul la. Aku takde hal nye dia keje ape sekalipun. Janji dia baik, dia hormat orang tua, dia pun suke gak kat aku.. dah la. End of story. Aku lagi suka kalau aku balik idup kat Muar. Takde LRT. Ada banyak pokok2. Udara best. Relax.

Then timbul pulak issue duit. Suruh berjimat dan simpan duit. InsyaAllah..bukannya aku tak plan pun. Mummy kata aku kena support diri aku sendiri nanti. Pasal Mummy dah pencen, so duit tu satu hari nanti akan habis jugak la kan. Lepastu aku dah tak boleh harapkan sape2 selain diri aku sendiri. Dan Mummy pun akan harapkan aku jugak. Makton pun sama. Tapi aku rasa la, kalau Mummy & Makton tak sponsor aku walau 1 sen pun, selagi aku dok KL & belum habis belajar nih... mmg gaji aku tu cukup2 je tiap2 bulan. Itupun kalau aku tolak dinner, tolak duit minyak untuk jalan2, tolak duit tol & minyak utk balik Muar 2kali dalam 1 bulan, tolak shopping, tolak duit registration 3 kali setahun tu. Kalau include semua tu skali, confirm tak cukup. Jadi cemana aku nak jimat?

RM10 je dah bagi kat ofis tetiap bulan, tapi pastu diguna untuk buat ape pun aku tatau.

Pagi tadi Mummy kata suruh aku jaga penampilan aku la...semua2 dalam topic tu la. "Orang pompuan kan kena cantik". Aku kan sangat selekeh, mana tak nya Mummy cakap camtu. Dan Mummy pun memang dah cukup menyampah tgk aku asyik pakai dark-colored outfits. Aku bawak balik baju kaler itam & dark brown haritu siap kena marah. Walaupun Mummy kata cantik, tapi kena marah sbb tak beli bright color. Merah ke, ijau ke... Ahahahahha. Lawak. Aku pakai semua kaler (kecuali kuning & oren) dengan syarat, ia gelap. Merah gelap. Hijau gelap. Kalau terang, aku pakai skali pastu aku simpan dalam almari sampai aku lupa. Dulu siap kena paksa beli shirt kaler pink. Oleh sebab aku memberontak, aku pun pegi beli satu2nya pink yg aku bekenan - kat Marks & Spencer dan budget nye sangat over dari apa yg Mummy kasi. Biler balik Muo Mummy tanya harga, aku cakap "Ala, ada la sket2". Heh. Jawapan typical aku kalau nak kaver harga asal. Huhuhuhuhu. Aku pakai la t-shirt tu sampai skang, tapi dah jarang la.

Kaler pun memainkan peranan penting pada Mummy. Kalau aku pakai kaler gelap, nanti takde orang nak notice aku kot. Lagipun Mummy kata orang muda kena pakai kaler terang. Errrkk!! Macam spot light!!! Terang!!! Tolong!!! Aku takleh terima. Itupun nasib baju kurung aku yg terang2 tu aku pakai gak. Tapi biler berjalan aku akan tuunduk je pasal segan orang semua mesti nampak aku. Terang nooo. Tapi kan, nasib baik Mummy tak suruh aku gi mandi bunga kan? Hahahhaha.. muda lagi ler. Mandi bunga ape jadahnye?! Kalau orang taknak tu, taknak aje la...toksah la nak tambah2 seri lagi. If it's you, it's you.

Heh. Susah tol jadi anak tunggal beb.

Monday, July 10, 2006 0 Comments A+ a-

Dilanda Cinta
Shanon

Tidur jaga tergendala
Kau terpaku dijendela
Langit yg gelap
Tak mampu membawa tidur padamu
Hatimu bergema
Gemuruh nafsu rancak berirama

Jelas kini
Kau tak mampu bertahan lagi

Semua yg telah berlalu
Semua yg akan berlaku
Semuanya tak menentu
Kerana kau dilanda cinta

Naik saja matahari
Hatimu gusar menanti
Saat bertemu
Senyuman manis yg menghantuimu

Dan setiap langkahmu
Bagaikan merentas laut bergelora

Takut tapi suka
Kau mengidamkan belaiannya

Semua yg telah berlalu
Semua yg akan berlaku
Semuanya tak tentu
Kerana kau dilanda cinta

Sikit lagi kau akan percaya
Bahawa cintamu terdaya
Mencetus sebuah rasa
Yg mampu mengubah sluruh dunia

Ramai yg telah jatuh
Pabila semangat rapuh
Gagal ku faham
Cinta tidak boleh digenggam

Dan kau sudah risau
Kau akan disumpah dgn kemarau

Jangan takut
Lembutkan hatimu

Semua yg telah berlalu
Semua yg akan berlaku
Semuanya tak tentu
Pabila kau dilanda cinta

Semua yg telah berlalu
Semua yg akan berlaku
Semuanya tak tentu
Kerana kau dilanda cinta
Cinta....

Dah lama aku nak lagu nih. Akhirnya Nur dapat download kan.. Tengkiu!!! Memula dengar aku tak suke. Pastu tgk Thursday Nite Live, macam ter suke plak. Anyway, lirik kat atas tu, bukanlah aku amik dari mana2 website. Sebaliknya aku membesarkan gegendang telinga aku untuk mendengar sebijik2 ape yg dia sebut. Aku akan terus cari lyrics yg betul..sbb aku pun tak puas hati. Ekekekeke...

Maka harinih, aku akan mendengar lagu Dilanda Cinta dan lagu Paris Hilton - Stars Are Blind. Hahahaha..ntah ape2 jek lagu yg aku dengar. Tapi nak wat cemana.. cam terasa best plak. Huhuhuhuhuh...

Friday, July 07, 2006 0 Comments A+ a-

Internet harinih mmg serious shit macam shit lah. Nak buat research pun cam takde kick. Nak send email + file kat boss pun amik masa yg sangat lama pasal asyik kena attach semula la, compose balik semula la, nak tunggu dia load la... bengong btol. Rasa macam keje aku tak complete jek harinih. Pasal tak puas hati.

Tapi dalam pada kemalasan aku nih, terpaksa juga aku gagahi diri untuk menjadi rajin. Pasal kalo aku rajin, aku jeling lagik skali jam tu... confirm dah nak kol 5! Sangat lah aku teruja pasal aku nak balik Muo lepas keje kang.

Dan malam ni member aku Az tu nak call rumah aku. Sekian lama aku tidak mendapat panggilan di telefon rumah...dan malam ni mimpiku akan menjadi kenyataan. Muahahahaha...!!

Weiii...dahla. Ntah pape je la aku nih. Akhir kata, cepatlah sket kol 5.30 & semoga France akan menang.

Chow~

Thursday, July 06, 2006 0 Comments A+ a-

Yeay! France menang pagi tadi!!!

Maka aku pun tidur dengan tersenyum... walaupun lepas aku sipi2 lagik terpegang lipas kat dalam almari seluar aku. Yuck!

So ok, I obviously know nothing about football la kan... tapi aku kureng suke la si Saha tu. Dia tak hensem, menggantikan tempat Henry yg agak hensem gak la pada aku. Dahtu baru brapa minit main dah dapat yellow card. Sama jek masa main ngan Brazil haritu. Tak sempat kuar peluh dah kena marah ngan referee. Aku tak suke la dia. Aku suke pemain yg aku nampak cam bersungguh2 la... Ribery & Sagnol. Sebaik Saha tu pasni takleh main dalam final. Aku tak suke keganasan, sebaliknya aku suka kelembutan dan keadilan ketika bermain. Ekekekeke...


Aaaawww!!


Gambar Zidane & Figo lepas France menang. Isk isk isk... favourite moment aku lah kirenye! Dua2 aku suke...dua2 tua dan dua2 sexy! Lepas diaorg peluk, diaorg bukak baju kasi tukar kan? Walaupun ada menyerupai "gay moment"... namun aku tetap suke! Sedey pasni dua2 pakcik tu dah tak main lagik.

Jadi pagi Ahad ni, perlawanan akhir... Les Bleus & Azzurri.

That means Zidane and Nesta. Dua2 chenta hati ku. Tapi memandangkan ni last game untuk Abg Zidane, terpaksalah aku mementingkan France...dan mengenepikan Abg Nesta. Cemana pun, sape2 menang...aku tetap suke!

Tuesday, July 04, 2006 0 Comments A+ a-

Syifa Aku & Syifa

Eeeeiii... geram betul aku tengok Syifa. Best betul Sabtu haritu, gi Bangi dengan Anom. Tak sangka Syifa nak kat aku!

Awwww~

Skarang sedang menunggu more pictures dari camera Cik Anom. Bestnye ber-bonding dengan budak pompuan 8 bulan tuh. Baby Fizah sorang nih suke amik gambo. Mentang2 dia comel.. pantang nampak camera punya flash, dia punya senyum dari telinga kiri sampai telinga kanan! Pastu biler tgk gambo sendiri, siap gelak2 lagi. Eeeiii...apela agaknye mama & papa dia ajor. Huhuhuhuhu...

Oh, mlm tadi aku dapat satu berita yg sangat menarik. Member baik aku kat skolah, Az, msg aku. Mintak tolong teman dia gi dating Sabtu nih.

Eeeeeeepppp...!!! Az dah ada boyfriend!!

Kalo Jaja tau, confirm dia pun tekejut. Aku nak sangat lah bercerita ngan Jaja...tapi Az soh aku "sumpah jangan bagitau sape2". Hahahahaha.. Sampai cenggitu skali. So, sebagai kawan yg baik dan juga peneman setia kawan2 lain yg nak kuar dating... aku pun kata kat dia yg aku bleh la teman diaorg kuar. Nak gak aku tgk lelaki yg berjaya menambat hati member aku yg sangat susah untuk ditambat itu. Heheheheh.

Takpelah. Takleh citer ngan Jaja, aku citer ngan Mummy! Hahahhaha...