Saya ada seorang kawan bernama Min. Min ialah seorang perempuan yg sudah berkahwin dan tahap kenakalannya semakin bertambah. Min suka membuat saya tersipu-sipu dihadapan kawan-kawan. Saya sangat malu. Akan tetapi, saya suka berkawan dengan Min kerana dia pandai menyelesaikan masalah pengaturcaraan, dan rajin menolong orang.
Rakan saya seorang lagi yg bernama Dahlia. Dahlia sangat suka mentertawakan saya apabila muka saya menjadi merah. Kadang-kadang, tanpa sebarang sebab pun Dahlia suka ketawakan saya. Tetapi saya juga suka berkawan dengan Dahlia sebab dia teman saya makan KFC malam tadi kat KL Sentral.
Kawan lelaki saya yg bernama Shamarque suka meminta pertolongan saya. Setiap kali saya ke dapur untuk mengambil air atau gula-gula, Shamarque mesti akan memandang ke arah saya dengan muka yg agak kasihan dan menyuruh saya mencari apa-apa makanan yang boleh dikunyah. Contoh terbaik adalah kerepek. Saya juga suka berkawan dengan Shamarque sebab dia suka puji saya dan membuatkan saya bertambah kembang.
Seorang lagi kawan saya namanya Spermajalang. Dia adalah seorang buaya darat yg berasal dari JB yg tak best itu. Hobi dia ialah melihat perempuan2 cantik, dan membiarkan dirinya dilanda gosip dengan perempuan-perempuan yg belum berkahwin di pejabat. Saya suka berkawan dengan dia sebab saya selalu suruh dia pergi membayarkan makanan saya di kaunter bayaran.
Dan saya... ialah seorang yg malas dan jahat.