Awek Sperm hantor link nih kat aku. Lawak betul lagu yg orang tu compose. Kena sebijik *gedebushhhhhh* kat Siti ngan Datuk K, serta Erra ngan Yusry yg tak bersalah tu.
But it's true la kan. Orang yg dah kaya dan ternama nak buat majlis giler babas nye besar2an. Habiskan duit dia sampai juta2 Ringgit Malaysia. Aku tau la itu duit dia, sukati dia la nak buatpe kan. Tapi tak nampak lagi ke jurang perbezaan antara dia yg kaya, dengan orang2 yg dipertontonkan kepada kita dalam rancangan Bersamamu kat TV3 tu? So maybe dia dah hulurkan bantuan untuk orang2 tu... Ok. Tapi kenapa rancangan tu masih ada lagi? Kenapa ada orang still mintak derma lagi? Apa pulak nak jadi dengan orang lain yg jadi mangsa perang, gempa bumi kat negara2 lain tu?
Pada aku la, takyah la dia nak membazir juta2 ringgit buat wedding of the year...sampai orang buat live coverage, buat majalah, letak citer kat front page sokkabo. Contohnye tak lain tak bukan, Erra ngan Yusry la. Giler tak hengat nye wedding! Tapi tengok last ape jadi? Bukan ke lebih baik kalau kita buat wedding secara sederhana... tapi berkekalan? Happy? Bukan sepatutnya macam tu ke?
Ok, maybe reason dia... dia tu celebrity no. 1 kat Mesia ni. Kalo tak buat majlis besar2an nanti peminat kata sombong dan sebagainye lah. Fine. Buatla majlis biasa, jemput semua orang, dan budget la makanan banyak2. Janji cukup sifat dah la. Yang nak kena berlebih-lebihan tu kenapa?
Sama la concept nye dengan jenama2 kereta yg ada kat pasaran sekarang. Kalau dia amik Siti jadi duta, dia bagi keta sebijik kat Siti tu. Adoiiii.... kan ke orang tu dah kaya? Dah ada Mercedes sendiri? Why bother kasi dia? Kenapa taknak bagi sebijik kat orang yg can't afford to buy a car? Hah dah kalo nak sangat publisiti untuk promote keta dia tu, jemput la press. Kasi kunci kat orang kebanyakan tu sambil reporters amik gambo, pastu paste kat dalam paper. Nampak la company tu buat kerja ala pro-bono kan? Baru la nampak ikhlas dan baik hati nye company tu.
Rancangan Gila-Gila Shopping tu lagi aku takleh terima hakikatnye. Dia pamper habis orang2 yg dah sedia kaya tu. Maybe tak kaya, tapi mampu la semuanya. Yang masuk pun executives, lawyer and what-nots la. Pastu bagi RM3k untuk shopping semata2, bagi hadiah kat family members dia.
Deyyyy!!!! Beratus ribu lagi umat manusia kat luar sana yang memerlukan bantuan la. Dan segala bantuan tu berasaskan kewangan. Kenapa kasi saja2 kat orang yg mampu? Kenapa kena pamper orang yg dah pernah pegi overseas, tido kat Hilton sana sini? Kenapa kena mintak PDA when you don't really need it?
So kat sini nak bagi kesedaran kat diri sendiri dan kawan2 yg lain jugak lah. Sebelum kite splurge, fikirkanlah... kite dah menyumbang kepada kebaikan ke blom? Kalo dah, siler la continue shopping tu. Kalo blom, hulurkanlah sikit ikut mana termampu.
Kalo aku Datuk K, aku akan buat shelter ke, pusat pekerjaan ke, pusat penjagaan kesihatan ke... dan aku akan make sure takde lagi orang2 kat sekitar area Masjid Jamek yg meminta derma begitu sahaja. Akan aku beli segala kerepek yg ade kat orang naik wheelchair yg jual kerepek tu. Haritu kat Putra Masjid Jamek tu, Prigles kot...ada buat promotion kerepek dia. Ramai giler orang nak cuba. Tapi orang atas wheelchair yg hari2 jerit promote kerepek dia tu...takde sorang pun pegi kat dia. Dan masa aku lalu sebelah orang tu, aku terdengar dia cakap.. "Aku yg jual kerepek hari2 kat sini takde orang pun nak beli".
Tak ke sedih dengar statement tu?